Ini Rupanya 7 Punca Sebenar Berak Berdarah, Yang Terakhir Boleh Buat Kecut Perut!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 21/05/2020

Pernah atau tidak kalian buang air besar dan terlihat seakan wujud darah pada najis?

Tenang, jangan terus panik kerana bukan anda seorang sahaja yang pernah atau akan mengalaminya.

Persoalannya, apakah punca sebenar berak berdarah? Mungkin ramai dalam kalangan kita yang akan meneka bahawa kondisi ini berkaitan dengan pendarahan pada usus atau kolon.

Ya, ada logiknya di situ. Jadi, jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam lagi untuk tahu punca sebenar kondisi ini berlaku!

Punca sebenar berak berdarah

Ada individu yang mengalaminya tapi hanya akan mendiamkan diri kerana takut atau malu untuk berjumpa doktor.

Jangan begitu, ini kerana terdapat banyak sebab yang boleh menyebabkan kondisi ini.

Daripada yang ringan sehinggalah yang teruk, ini punca sebenar berak berdarah yang kalian perlu tahu:

#1. Buasir

Ramai yang tahu tentang kondisi ini bukan? Buat anda yang belum tahu, ia adalah kondisi di mana saluran darah pada rektum atau anus membengkak lalu menyebabkan rasa sakit dan gatal.

Disebabkan pembengkakan ini terletak dan terkeluar dari lubang dubur, ia akan menyebabkan ketidakselesaan ketika membuang air besar. Kesannya, anda mungkin mengalami berak berdarah.

buang air besar

#2. Keracunan makanan

Kadangkala, pendarahan pada najis bukan hanya disebabkan oleh kondisi yang berlaku pada tubuh badan kita. Sebenarnya, ia juga mungkin disebabkan makanan atau minuman yang kita ambil.

Ada makanan atau minuman yang mengandungi organisma penyebab keracunan makanan.

Selain sakit perut, cirit-birit atau muntah-muntah, berak berdarah juga merupakan salah satu simptomnya.

#3. Fisur anus

Selain itu, kondisi berak berdah juga mungkin boleh berlaku akibat fisur anus. Untuk pengetahuan anda, ia adalah satu kondisi di mana berlaku kekoyakan pada kawasan sekitar dinding anus.

Sudah pasti ia akan mengakibatkan pendarahan ketika membuang air besar selain turut menyebabkan rasa seperti lubang dubur terkoyak atau terbakar ketika najis melaluinya.

#4. Ulser peptik

Mungkin ramai yang tahu bahawa ulser boleh berlaku dalam mulut. Anda juga perlu tahu bahawa ia boleh berlaku pada dinding perut atau usus sehingga menyebabkan pendarahan.

Pendarahan ini mungkin kita dapat lihat ketika membuang air besar.

Najis kelihatan seakan bercampur dengan darah akibat ulser ini. Segera berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan lebih lanjut.

buang air besar

#5. Penyakit Crohn

Ia adalah sejenis penyakit pada usus di mana lapisan dinding sistem pencernaan, bermula dari mulut hingga anus akan mengalami keradangan.

Namun, ia paling biasa berlaku pada usus besar.

Akibat penyakit ini, penderita akan mengalami sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah yang agak teruk. Berak berdarah adalah salah satu petandanya, jadi sila segera berjumpa doktor.

#6. Polip kolon

Buat anda yang belum tahu, polip itu adalah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada tubuh badan kita. Jangan terkejut kerana ia juga boleh tumbuh pada kawasan sekitar dinding kolon.

Mungkin ia tidak berbahaya jika masih di peringkat awal dan dirawat segera.

Namun ia boleh membesar lantas menjadi salah satu punca berak berdarah serta berkaitan dengan kondisi terakhir ini.

#7. Kanser

Berak berdarah juga adalah salah satu tanda kanser. Ini kerana kanser pada kolon dan anal adalah 2 jenis kanser yang boleh menyebabkan pendarahan ketika membuang air besar.

Apa yang membimbangkan adalah pendarahan ini kadangkala tidak dapat dikesan terutamanya jika ia masih di peringkat awal.

Oleh itu, sila lebih berwaspada dengan setiap tanda-tanda.

Sekiranya anda mengalami kondisi ini, jangan bertangguh dan segera berjumpa doktor kerana kita tidak tahu punca sebenar yang menyebabkannya.

Ujian seperti kolonoskopi, endoskopi, ujian najis dan ujian darah perlu dijalankan untuk mengetahui dalang yang menyebabkan kalian mengalami kondisi ini.

Jadi, jangan ambil mudah jika kalian berak berdarah lagi okay!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    JANGAN SESEKALI Tahan Rasa Nak Buang Air Besar, Atau Buruk Padahnya! Sembelit Burukkan Keadaan

    Semakin lama anda menahan daripada membuang air besar, maka semakin keras najis anda. Ini kerana semakin banyak kandungan air yang akan diserap keluar

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Mudah Sembelit Semasa Pergi Melancong? Ini Petua Untuk Hilangkannya

    Bagi mereka yang masih kurang jelas, bercuti sering membuatkan anda mengalami sembelit. Mengapa ini boleh terjadi? Ikuti petua hilangkan sembelit di sini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Susu Ibu Ada Bakteria?

    Kebaikan susu ibu meliputi pelbagai aspek meliputi genetik, khasiat pemakanan, psikologi dan lain-lain. Namun tahukah anda susu ibu mengandungi bakteria?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

    9 Warna Najis Bayi Yang Ibu Bapa TAK PATUT Ambil Mudah!

    Kebanyakan ibu bapa tidak tahu akan rahsia di sebalik warna najis bayi mereka. Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenainya dengan lebih lanjut.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Farid

    Artikel lain untuk anda

    apa itu kerak usus

    Kerak Usus Punca SEBENAR Perut Boroi? Jangan Terus Percaya, Baca Ini Dulu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 07/05/2020
    pendarahan gastrousus

    Pendarahan Gastrousus

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 09/12/2019

    Ini Rupanya 4 Sebab Kenapa Tak Digalakkan Makan Babi, No #3 Paling Seram!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 17/11/2019
    h-produk-cuci-usus-tak-bahaya-ke

    Eh…Produk Cuci Usus. Tak Bahaya Ke?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 08/11/2019