Penjagaan Susulan Bagi Tekanan Darah Tinggi

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Bagi pengawalan tekanan darah yang berkesan, penjagaan susulan adalah sangat penting untuk memastikan keberkesanan rawatan semasa pesakit. Berikut adalah beberapa tip penjagaan susulan untuk individu yang mempunyai tekanan darah tinggi.

Sentiasa mengukur tekanan darah anda

Bertanya dengan doktor anda untuk pengukuran tekanan darah yang disyorkan. Pantau bacaan tekanan darah anda dengan kerap untuk memastikan pembacaan berada dalam julat kesihatan yang disyorkan. Sekiranya anda menghidapi keadaan penyakit tertentu seperti diabetes, serangan jantung atau strok, anda perlu lebih berhati-hati dengan bacaan tekanan darah anda untuk mengelakkan serangan berulang atau komplikasi lanjut. Jika bacaan tidak berada dalam julat normal, anda memerlukan pelarasan dalam rawatan dan ubat anda.

Pengurusan ubat

Mematuhi dengan ketat kesemua ubat yang ditetapkan oleh doktor. Jangan berhenti atau menukar dos anda sendiri. Pematuhan yang konsisten dapat membantu anda memanfaatkan sepenuhnya rawatan anda dan membenarkan doktor melihat apakah perubahan yang perlu dibuat untuk keadaan anda. Maklumkan kepada doktor dengan segera jika anda mengalami apa-apa kesan sampingan, oleh itu doktor akan mencadangkan kepada anda beberapa kaedah untuk mengatasinya atau menukar ubat anda.

Ambil perhatian juga dengan penuaan dan pengerasan arteri kerana tekanan darah anda mungkin juga akan meningkat secara beransur-ansur. Rawatan yang berkesan pada masa lalu mungkin juga tidak lagi berfungsi. Anda mungkin memerlukan pelarasan dos ubat atau perubahan ubat.

Pemeriksaan dan lawatan susulan

Anda disarankan untuk pergi ke pemeriksaan biasa dengan doktor untuk memantau keadaan anda. Selain daripada bacaan tekanan darah anda, pemeriksaan untuk kerosakan organ seperti jantung, mata, buah pinggang, otak dan pembuluh darah periferal adalah penting kerana ia sangat berkaitan dengan tekanan darah tinggi. Lawatan susulan ini juga akan membantu anda memantau sebarang faktor risiko yang berkaitan seperti obesiti dan / atau kolesterol tinggi.

Penjagaan lanjut untuk rawatan hipertensi amat penting untuk memaksimumkan keberkesanan rawatan. Pematuhan yang ketat dan pemikiran positif akan menjadi pemangkin terbaik untuk keberkesanan yang lebih maksimum.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Rujukan
Anda mungkin berminat dengan artikel berikut