Tip Menjaga Sistem Pencernaan Semasa Puasa

Oleh Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Penjagaan sistem pencernaan adalah sangat penting sepanjang bulan Ramadan. Ini kerana sistem ini akan memecahkan makanan kepada nutrien yang diperlukan oleh tubuh anda. Jika anda mengabaikan penjagaan kesihatannya, tubuh anda mungkin menghadapi masalah penyerapan nutrien.

Tip penjagaan pencernaan sepanjang puasa

Makan makanan tinggi serat

Pengambilan makanan tinggi serat dan kaya dengan bijirin, sayur-sayuran, kekacang dan buah-buahan boleh meningkatkan kesihatan pencernaan anda. Bukan sahaja semasa puasa sahaja tetapi hari-hari lain juga.

Ini kerana makanan dengan serat yang tinggi membantu menjaga pergerakan makanan melalui saluran penghadaman anda, menjadikan kecenderungan mengalami sembelit adalah kurang. Selain itu, ia juga membantu anda mencegah atau merawat pelbagai keadaan pencernaan, seperti divertikulosis, buasir, dan sindrom usus besar (IBS). Di samping itu, ia dapat membantu anda mencapai atau mengekalkan berat badan yang ideal.

Hadkan makanan berlemak

Secara umum, makanan berlemak cenderung melambatkan proses pencernaan, menjadikan anda lebih mudah mendapat sembelit. Walau bagaimanapun, memasukkan sedikit lemak ke dalam diet anda adalah penting sebagai bekalan tenaga. Tetapi, makanan berlemak berserta dengan makanan serat tinggi menjadikannya lebih mudah pada sistem pencernaan anda.

Kekal dehidrasi

Walaupun berpuasa, anda perlu memastikan tubuh mendapat air kosong secukupnya iaitu 8 gelas sehari bagi mengekalkan kesihatan sistem pencernaan. Dengan kuantiti pengambilan air yang mencukupi, serat akan menariknya bersama ke dalam usus besar bagi membentuk najis yang lebih lembut dan melepasi dengan mudah, seterusnya mencegah sembelit.

Ambil masa

Walaupun anda sedang kelaparan akibat sehari berpuasa tanpa makan dan minum, jangan sesekali makan dengan gelojoh atau tergesa-gesa. Perlahan-lahan dan mengunyah setiap gigitan sekurang-kurangnya 20 kali. Ini memberi banyak masa perut anda untuk mempersiapkannya mencerna nutrien yang anda berikan, dan membolehkan tubuh dan otak anda memberitahu anda ketika anda sudah cukup atau kenyang.

Elakkan tekanan

Terlalu banyak tekanan atau kegelisahan boleh menyebabkan sistem penghadaman anda berfungsi secara berlebihan. Oleh itu, cari aktiviti yang boleh mengurangkan tekanan dan lakukannya secara teratur.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Tarikh Reviu: Mei 10, 2019 | Kali terakhir kemaskini: Disember 9, 2019

Rujukan