Suntikan Kontraseptif Mungkin Boleh Bantu Cegah Kanser Serviks

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 12/12/2019 . 2 mins read

Selalunya pengambilan pil kontraseptif hanyalah untuk mencegah kehamilan. Tetapi ada kajian mengatakan ia membantu melawan sel penyebab kanser serviks. Adakah ia sahih?

Hentikan sel kanser serviks

Kajian yang diterbitkan dalam The American Journal of Pathology, berdasarkan penyelidikan yang dilakukan ke atas haiwan, suntikan kontraseptif biasa dikatakan dapat membantu melindungi wanita daripada kanser serviks. 

Melalui penyelidikan yang dijalankan, saintis daripada University of Houston di Texas mendapati wujud kesan perlindungan suntikan ke atas tikus makmal. Dalam eksperimen ini, sejumlah tikus makmal diberikan bahan kimia medroxyprogesterone acetate (MPA), selepas wujud tanda awal kanser. 

Hasil kajian menunjukkan tikus yang telah disuntik dengan suntikan kontraseptif Depo-Provera, dilindungi daripada penyakit kanser serviks dan badan mereka menghentikan perkembangan sel-sel kanser, malahan sel kanser yang sedia ada semakin menurun. 

Tikus digunakan dalam kajian ini kerana proses perkembangan kanser di dalam badan mereka adalah sama dengan proses perkembangan kanser di dalam badan manusia.

Suntikan kontraseptif

Penggunaan suntikan kontraseptif merupakan antara salah satu kaedah kehamilan yang masih lagi belum digunakan secara meluas di United Kingdom (UK), tidak seperti penggunaan pil pencegah kehamilan dan kondom. 

Kebanyakan wanita muda di UK dan Amerika Syarikat mencegah dan melindungi diri daripada pelbagai jenis kanser serviks melalui suntikan vaksin HPV yang diberikan secara percuma di sekolah.

Walau bagaimanapun, menurut penyelidik kajian, wanita yang tidak mendapat suntikan HPV akan menerima manfaat perlindungan dan pencegahan kanser yang sama melalui suntikan kontraseptif Depo-Provera ini. 

Bagi ketua penyelidikan, Dr Sang-Hyuk Chung, “Walaupun vaksin HPV telah wujud sejak 2006, namun disebabkan kos yang tinggi serta kurangnya program vaksinasi secara global, penurunan kanser serviks dengan penggunaan HPV tidak begitu ketara.”

“Kita memerlukan cara yang lebih invasif dan berkesan untuk merawat isu dan masalah berkaitan perkembangan kanser,” ujar Dr. Chung. 

Walaupun kajian ini hanya dijalankan dan diuji ke atas tikus, tetapi para penyelidik berpendapat jika ia memberikan kesan yang sama kepada manusia, suntikan kontraseptif ini bukan sahaja membunuh sel kanser tetapi dapat membantu mencegah kehamilan. Walau bagaimanapun, penyelidik memberi amaran bahawa terdapat kemungkinan suntikan ini mempunyai kaitan dengan peningkatan risiko kanser payudara

Kesimpulan 

Fungsi suntikan kontraseptif dalam melawan sel kanser mungkin belum dapat dipastikan keberkesanannya. Tetapi fungsinya dalam mencegah kehamilan, sudah terbukti. Jadi jika anda ingin mencegah kehamilan dan dalam proses merancang keluarga, pastikan anda mendapatkan suntikan ini, okay?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

    Ada isteri yang akan mengadu sakit ketika melakukan seks dengan kondom. Apa sebabnya? Apa yang suami perlu buat? Klik artikel untuk tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 03/06/2020 . 3 mins read

    Ini 5 Makanan Penyebab Kanser Serviks WAJIB Tahu, #3 Paling Digemari Wanita

    Barah rahim adalah antara masalah kesihatan yang menjadi musuh kepada wanita. Jom ketahui faktor penyebab kanser serviks, lepas ini boleh elakkan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Wanita 03/06/2020 . 3 mins read

    Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

    Masih hamil walaupun beraksi di ranjang menggunakan kondom? Ia mungkin disebabkan kondom bocor! Klik artikel untuk tahu 7 sebab sebenar ia terjadi.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 02/06/2020 . 3 mins read

    ALAMAK… Seks Oral Pun Boleh Jadi Punca Kanser? Sebelum Buat, Baca Ini Dulu!

    Seks oral berisiko tinggi menyebarkan HPV. Untuk pengetahuan anda, ia adalah sejenis virus yang boleh jadi punca beberapa jenis kanser berkaitan oral!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Seks Hubungan 28/05/2020 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    Ingin Rancang Keluarga Secara Natural Tanpa Sebarang Kaedah? Cubalah 3 Cara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 02/07/2020 . 4 mins read
    kondom plastik

    Alah Kepada Kondom Getah? Cuba Guna Kondom Plastik! Ada Kelebihan Menarik MESTI TAHU

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 mins read
    5-kesan-kesihatan-selepas-rawatan-kanser

    Bersedia Pejuang Kanser, Ini 5 Kesan Selepas Rawatan Kanser Yang Perlu Diketahui, Anda Kuat!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read
    kanser prostat

    6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 mins read