Kegagalan Jantung, Bukan Isu Remeh

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 07/11/2019 . 2 minit bacaan

Anda pernah gagal bercinta? Mesti sakitkan hati ‘tu’. Rasa dunia gelap gelita bila ditinggalkan sang kekasih. Tapi pernah anda dengar tentang masalah kegagalan jantung? Haa…yang ini pun boleh buatkan hidup anda gelap, terus tak bernyawa.

Apa itu kegagalan jantung?

Kebiasaannya ramai individu takut dengan masalah strok, serangan jantung mahupun penyakit berkaitan kanser. Dan rata-rata menganggap masalah kegagalan jantung sebagai satu isu yang remeh. 

Ia merupakan ketidakupayaan jantung untuk mengepam bekalan darah yang secukupnya kepada badan, dan boleh dialami oleh sesiapa sahaja pada sebarang peringkat usia. Dikatakan 1 daripada 5 individu yang berusia lebih 40 tahun, berisiko untuk mengembangkan masalah berkaitan jantung ini. 

Kebiasaannya masalah ini didasari oleh gaya hidup yang tidak sihat seperti tabiat merokok, pengambilan minuman beralkohol, gaya hidup tidak aktif serta masalah kesihatan seperti obesiti.

Punca menyebabkan kegagalan jantung

Terdapat beberapa keadaan yang boleh menjadi punca wujudnya masalah kesihatan ini, seperti:

  • Serangan jantung (Penyakit arteri koronari)
  • Hipertensi (penyakit darah tinggi)
  • Obesiti 
  • Diabetes (penyakit kencing manis)
  • Penyakit berkaitan otot jantung seperti dilated cardiomyopathy
  • Kecacatan jantung sejak lahir dan kecacatan disebabkan tabiat merokok
  • Penyakit paru-paru yang teruk
  • Injap berair

Simptom yang perlu diberi perhatian

Terdapat beberapa simptom berkaitan masalah kegagalan jantung yang sering kali diabaikan atau tidak disedari oleh kebanyakan individu. Antara simptomnya adalah:

  • Sesak nafas – masalah kesihatan ini boleh menyebabkan cecair di dalam badan untuk berkumpul pada paru-paru yang mengakibatkan berlakunya sesak nafas
  • Berat badan – kegagalan kronik boleh mengakibatkan peningkatan berat badan lebih daripada 2 kilogram seminggu
  • Berbaring – posisi berbaring secara meniarap turut boleh menyebabkan berlakunya sesak nafas. Keadaan ini memerlukan anda untuk berbaring secara duduk atau menggunakan lebih daripada satu bantal
  • Keletihan –  masalah ini bermakna kekurangan oksigen dalam darah. Keadaan ini boleh mengganggu proses kitaran dalam badan kerana otot dan tisu badan memerlukan oksigen untuk menghasilkan tenaga 
  • Bengkak – anda mungkin akan menyedari keadaan bengkak pada kaki, pergelangan kaki dan abdomen. Keadaan ini disebabkan oleh kandungan cecair yang berlebihan di dalam badan 
  • Hilang selera – peningkatan jumlah cecair di dalam badan secara tidak langsung boleh memberi kesan kepada proses pencernaan dan berkemungkinan boleh menyebabkan kehilangan selera makan. Terdapat juga individu yang mungkin berasa tidak selesa apabila makan
  • Denyutan jantung –  untuk mengimbangi keupayaan jantung mengepam darah ke seluruh badan, kadar denyutan jantung anda mungkin akan meningkat
  • Kerap kencing – apabila mengalami masalah kegagalan jantung, ia akan mengurangkan kekerapan anda untuk kencing. Keadaan ini disebabkan oleh pengurangan jumlah darah yang sampai ke buah pinggang

Jika anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan di atas, sebaiknya dapatkan pemeriksaan kesihatan lanjut dengan pakar perubatan. Ia adalah perlu untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Kesimpulan 

Masalah kegagalan jantung adalah satu masalah kesihatan kronik. Walau bagaimanapun, keadaan ini boleh dirawat. Oleh kerana itu adalah penting untuk anda mengenal pasti dan mengetahui jika wujud sebarang simptom kepada diri anda. Jangan memandang isu kesihatan ini sebagai satu perkara remeh. 

Gaya hidup yang sihat dengan berat badan yang seimbang, tidak merokok, melakukan senaman secara berkala sekurang-kurangnya 5 kali atau lebih dalam seminggu, menjaga soal pemakanan dengan tidak mengabaikan waktu hidangan khususnya sarapan pagi dan memperbanyakkan pengambilan buah-buahan dan sayuran adalah antara cara yang dapat mengurangkan risiko kegagalan jantung.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berikut:

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Fakta Mengenai Penyakit Jantung

    Anda rasa sudah tahu banyak mengenai penyakit jantung? Adakah semua maklumat yang anda tahu adalah benar dan tepat? Artikel ini boleh membantu memberikan fakta yang betul tentang penyakit jantung. 1. Penyakit ini ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 27/11/2018 . 2 minit bacaan

    Mikronutrien dan Penyakit Jantung

    Apa itu mikronutrien? Mikronutrien adalah bahan seperti vitamin dan mineral yang diperlukan dalam jumlah minuscule untuk membantu tubuh menghasilkan enzim, hormon dan sebatian lain yang penting untuk pertumbuhan ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 06/08/2018 . 3 minit bacaan

    Hubungan Diabetes Dengan Penyakit Jantung

    Penghidap diabetes mellitus sering mengalami pelbagai gangguan kesihatan. Bukan sahaja luka ringan yang merebak tetapi termasuk gangguan organ dalam tubuh yang membahayakan mereka. Salah satu penyakit yang sering ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Pusat Kesihatan, Diabetes 08/06/2018 . 2 minit bacaan

    Adakah Pesakit Jantung Boleh Berpuasa?

    Kebanyakan orang sakit, masih mahu berpuasa pada bulan Ramadan, walaupun mengalami penyakit kronik, seperti penyakit jantung. Jadi bolehkah pesakit jantung berpuasa pada bulan Ramadhan? Apakah kesan berpuasa terhadap ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/04/2018 . 2 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    kelesuan kerja

    Kelesuan Kerja Boleh Sebabkan Masalah Jantung – Kajian

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 28/01/2020 . 4 minit bacaan
    nadi rehat

    Perlu Tahu Ke Kadar Denyutan Nadi Sewaktu Rehat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 26/11/2019 . 3 minit bacaan
    jantung

    Kesihatan Jantung, Isu Kesihatan yang Tidak Boleh Diabaikan

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 30/09/2019 . 2 minit bacaan
    Seks dan Jantung Anda

    Seks dan Jantung Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/04/2019 . 2 minit bacaan