backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Ini Risiko Untuk Terdedah Kepada Jangkitan Cacing Dalam Badan, AWAS!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2022

    Ini Risiko Untuk Terdedah Kepada Jangkitan Cacing Dalam Badan, AWAS!

    Semasa di sekolah rendah, penulis pernah disuapkan dengan sejenis cecair putih. Hanya satu frasa yang terlintas pada ketika itu, ‘ubat cacing’. Terus terfikir, bagaimana boleh terdapat cacing dalam badan penulis?

    Adakah anda juga terfikir, bagaimana seseorang boleh mendapat masalah kecacingan? Apakah penyebab yang menjadikan cacing bertempat di dalam perut anda? Ingin tahu jawapannya? Ikutinya di sini.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Jenis-jenis cacing dalam badan

    Sebelum anda pergi dengan lebih lanjut, eloklah untuk anda mengetahui jenis cacing terlebih dahulu. Terdapat dua jenis cacing usus yang sering mendiami tubuh badan manusia iaitu:

    • Flatworms, yang terdiri daripada cacing pita dan flukes
    • Roundworms, yang menyebabkan jangkitan ascariasis, pinworm dan hookworm

    Baca juga:

    Ini dia penyebab masalah kecacingan

    Antara salah satu faktor yang menjadi penyebab kepada masalah kecacingan atau cacing usus ialah memakan daging yang separa masak atau kurang masak daripada jenis haiwan yang telah dijangkiti dengan cacing.

    Haiwan-haiwan ini termasuklah ikan, lembu dan kambing.

    Selain itu, terdapat juga beberapa faktor lain yang menyebabkan keberadaan cacing di dalam perut, seperti:

    cacing dalam badan

    Simptom-simptom cacing dalam badan

    Terdapat beberapa simptom kecacingan yang boleh anda lihat dan rasa. Ini termasuklah:

    Cacing dalam badan: Bagaimana ia boleh terjadi?

    Apabila anda mempunyai hubungan dengan faktor-faktor yang telah tercemar seperti meminum air yang telah tercemar, cacing ini akan bergerak ke bahagian usus anda dan memasukinya.

    cacing dalam badan

    Cacing-cacing ini kemudiannya membiak dan membesar di dalam usus anda. Apabila saiz dan jumlahnya semakin meningkat dan bertambah, simptom kecacingan akan mula muncul. 

    Siapakah yang mudah mendapat masalah kecacingan?

    Untuk pengetahuan semua terutamanya ibu bapa dan penjaga, kanak-kanak adalah golongan yang paling mudah terdedah untuk mendapat kecacingan. Mengapa?

    Antara sebabnya, kanak-kanak adalah golongan yang sering bermain dengan persekitaran yang mengandungi jenis tanah yang tercemar seperti taman permainan.

    cacing dalam badan

    Selain itu, individu dewasa yang sudah berumur juga mempunyai risiko yang sama disebabkan oleh sistem imun yang semakin lemah.  

    Kesimpulan

    Penulis tidak pasti samada kanak-kanak di sekolah rendah masih lagi diberikan ubat cacing atau tidak.

    Jika tidak, anda masih boleh membawa anak anda ke klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kepastian mengenai kecacingan dan rawatan yang sepatutnya.

    Jangan tunggu sehingga najis anak anda dipenuhi dengan cacing-cacing yang berkeliaran. Anda juga pasti geli untuk melihatnya. 

    Apa yang pasti, mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 07/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan