Mengetahui cara hilangkan ulser mulut amat penting supaya anda dapat mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Mengetahui cara hilangkan ulser mulut amat penting supaya anda dapat mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan proses penyembuhan.

Ini kerana ulser mulut boleh menyebabkan rasa pedih dan tidak selesa, terutama ketika makan atau bercakap. Walaupun ia biasanya tidak serius, kesakitannya boleh mengganggu aktiviti harian.
Jika anda ingin tahu lebih lanjut mengenai cara hilangkan ulser, mari ikuti penerangan kami dalam artikel di bawah.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah ulser mulut. Antaranya ialah luka, perubahan hormon atau stres.
Jangan risau, ulser mulut tidak boleh berjangkit. Namun, ada banyak rawatan yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan yang dialami.
Terdapat beberapa kaedah mudah yang boleh dilakukan di rumah untuk membantu merawat ulser dengan lebih berkesan.
Selalunya, ulser mulut akan hilang dengan sendirinya dalam masa 10 hingga 14 hari.
Namun, jika ulser berlangsung lebih lama dari 3 minggu, dapatkan rawatan doktor secepat mungkin.
Jika anda sedang mencari remedi semula jadi untuk merawat masalah ulser, gunakan 5 bahan di bawah ini untuk merawatnya. Semua bahan ini anda boleh jumpa di dapur rumah sendiri!
Madu boleh melegakan ulser kerana ia membantu mengekalkan kelembapan dan mempercepatkan proses penyembuhan. Ia juga mempunyai sifat antioksidan dan anti-mikro.
Gunakan kain kapas yang disapu madu dan letakkan di kawasan yang ulser. Anda juga boleh menggunakan minyak gliserin atau vitamin E dengan cara yang sama.
Garam laut atau hidrogen peroksida mempunyai sifat anti-radang, antiseptik dan disinfektan.
Oleh itu, anda boleh menggunakan bahan-bahan secara berasingan atau kombinasi yang berkesan untuk menyembuhkan ulser mulut atau luka kanker.

Ia sangat berfaedah untuk menenangkan sakit ulser mulut. Campurkan sedikit madu dalam satu sudu santan. Urut kawasan yang ada ulser. Lakukannya tiga atau empat kali sehari.
Sebagai alternatif, anda boleh membilas mulut anda dengan santan segar atau mengurut minyak kelapa di kawasan yang terjejas.
Serbuk penaik atau baking soda, juga dikenali sebagai natrium bikarbonat, membantu merawat ulser mulut.
Ia amat berguna untuk mereka yang disebabkan oleh makanan atau minuman asid kerana baking soda membantu meneutralkan asid.
Ia juga akan mengurangkan keradangan dan mengeluarkan kuman dan bakteria. Perlu diketahui bahawa ia boleh menyebabkan rasa terbakar.
Ais adalah perubatan di rumah yang berkesan untuk rasa sakit ulser pada mulut.
Ia amat berguna apabila anda meletakkan ais di kawasan yang terjejas sebaik sahaja anda mengalami simptom, seperti kepedihan dan rasa terbakar, sebelum ulser muncul.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Mouth Ulcer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21766-mouth-ulcer. Accessed on July 19, 2022.
Mouth ulcers. https://www.nhs.uk/conditions/mouth-ulcers/. Accessed on July 19, 2022.
Mouth ulcer. https://www.nhsinform.scot/illnesses-and-conditions/mouth/mouth-ulcer. Accessed on July 19, 2022.
Mouth ulcers. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/mouth-ulcers. Accessed on July 19, 2022.
Mouth ulcers. https://www.dentalhealth.org/mouth-ulcers. Accessed on July 19, 2022.
Mouth sores and ulcers. https://www.healthdirect.gov.au/mouth-sores-and-ulcers. Accessed on July 19, 2022.
Versi Terbaru
06/04/2026
Ditulis oleh Farah Aziz
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa