10 Perkara yang Perlu Dilakukan Selepas Waxing dan Bercukur Untuk Elakkan Ruam dan Radang

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Update Date 26/11/2019

Waxing atau bercukur adalah perkara yang biasa dilakukan bagi mereka yang mengambil berat berkenaan penampilan untuk kelihatan lebih bagus dan kemas. Waxing dan bercukur kadangkala boleh menyebabkan ruam atau keradangan kepada kulit yang memungkinkan kewujudan calar dan parut. Ruam dan radang adalah masalah yang biasa terjadi dan boleh terjadi dalam pelbagai situasi, sesetengahnya tidak terlalu buruk tetapi sesetengah yang lain mungkin boleh menyebabkan masalah lain yang lebih serius. Sesetengah ruam dan radang boleh sembuh dalam masa yang pendek, tetapi sesetengahnya mungkin akan mengambil masa selama beberapa hari atau tempoh masa yang lebih panjang untuk sembuh. Simptom-simptom ruam dan radang termasuklah kulit yang kering dan bersisik, berwarna kemerah-merahan, gatal, dan ruam yang teruk mungkin menyebabkan lebam dan kemerah-kemerahan. Dibawah merupakan langkah-langkah mudah bagaimana untuk merawat kulit anda setelah waxing atau bercukur untuk mengelakkan kulit daripada sebarang ruam dan radang.

1. Mandi

waxing

Air mandian yang suam dicadangkan untuk melembutkan kulit anda setelah aktiviti waxing dan pastikan suhu air tidak terlalu panas. Kulit yang terlibat semasa proses waxing akan lebih terdedah kepada kekeringan sekiranya didedahkan kepada air panas dan akan menyebabkan keradangan yang lebih serius. Gunakan pencuci berkrim untuk menghilangkan sisa lilin bagi menggantikan produk-produk penggelupasan.

2. Gunakan gel atau salap

waxing

Anda boleh mempertimbangkan untuk menggunakan produk berasaskan gel atau salap untuk merawat kemerahan dan kulit yang mengalami keradangan. Produk-produk semulajadi seperti aloe vera, minyak pokok teh, minyak grapeseed dan minyak vitamin E akan melegakan keradangan selain mempunyai sifat antibakteria. Untuk pilihan salap, pilih produk yang mengandungi polymyxin B sulfate dan bacitracin zinc untuk mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan produk yang mengandungi neomycin yang akan menyebabkan reaksi alahan.

3. Gunakan ais atau cold compress

waxing

Ais dan cold compress bermanfaat untuk mengurangkan kemerahan dan keradangan. Bagi penggunaan kiub ais, balutkannya dengan kain nipis terlebih dahulu sebelum menggunakannya keatas kulit dan jangan menggunakan ais secara terus keatas permukaan kulit kerana ia akan melekat dengan kulit.

4. Jangan sentuh kulit yang mengalami keradangan

waxing

Adalah dinasihatkan agar kulit yang mengalami keradangan kekal untuk tidak disentuh melainkan apabila perlu seperti menyapu gel atau salap keatas permukaan kulit. Kotoran dan bakteria daripada tangan yang tidak dibersihkan akan mendedahkan liang terbuka pada permukaan kulit terhadap jangkitan yang akan menyebabkan kemerah-merahan dan keadaan serius yang lain.

5. Pakai pakaian yang longgar

waxing

Pakaian yang longgar akan mengelakkan sebarang geseran dan keradangan selain membenarkan kulit anda untuk bernafas. Adalah amat penting bagi anda untuk sentiasa menukar pakaian untuk mengelakkan kuman daripada memasuki liang terbuka yang akan menyebabkan jangkitan kulit yang lain.

6. Hadkan aktiviti luar dan senaman

waxing

Cuba elakkan daripada melakukan senaman, berjemur, sauna, dan tab mandian panas buat sementara waktu sehingga kulit anda benar-benar pulih. Senaman akan menyebabkan ruam keatas kulit kerana pergeseran akan sentiasa berlaku keatas kulit yang mempunyai keradangan. Kulit yang mempunyai keradangan adalah sangat sensitif terhadap sebarang haba dan cahaya matahari, oleh itu aktiviti yang melibatkan penggunaan sebarang bentuk haba seperti berjemur dan tab mandian panas adalah tidak digalakkan.

7. Gunakan losyen calamine

waxing

Losyen calamine digunakan untuk merawat kegatalan dan membantu untuk merawat keradangan kulit. Calamine mengandungi bahan aktif zinc oxide, yang mengandungi sifat antiseptik untuk menghalang jangkitan selain memberi kelegaan kepada kita daripada sebarang kegatalan dan garuan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menganggapnya sebagai salah satu ubat yang paling diperlukan, selamat dan berkesan dalam sistem kesihatan.

8. Jangan picit sebarang benjolan

waxing

Selepas aktiviti waxing, pada kebiasaannya benjolan akan muncul bagi sesetengah individu disebabkan oleh tekanan yang diberikan di sekitar kulit. Elakkan memicit atau memecahkan benjolan kerana bakterian akan lebih mudah memasuki bahagian dalam kulit melalui lian-liang dan meningkatkan jangkitan kulit.

9. Jauhi penggunaan produk penggelupasan AHAs dan BHAs

waxing

Fungsi alpha hydroxy acid (AHAs) dan beta hydroxy acid (BHAs) adalah untuk membuang kulit mati daripada permukaan kulit dan boleh dijumpai dalam produk pencuci, toner, pelembap, skrub, peels dan masks. Hydroxy acids ini boleh menjadikan kulit anda lebih nipis kerana ia menggelupaskan permukaan kulit dan memberi kesan kepada kulit untuk mengalami keradangan.

10. Gunakan antiseptik semulajadi

waxing

Cuka epal adalah salah satu antiseptik semulajadi yang boleh mempercepatkan proses penyembuhan kulit dan dalam masa yang sama, menghalang jangkitan kulit. Astringent dan sifat antiseptik daripada cuka epal adalah bermanfaat untuk merawat benjolan, menyeimbangkan pH kulit dan menghalang keradangan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Penyakit Takayasu: Kisah Penyakit Tanpa Nadi

    Pada tahun 1830, Rokushu Yamamoto merekodkan satu kes dalam laporan amalan perubatan beliau, memperincikan tentang seorang pesakit lelaki berusia 45 tahun dengan tanda dan simptom yang cukup aneh. Lelaki tersebut ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab

    Sindrom Kulit Lecur Stafilokokus, Menyerupai Kulit Terbakar

    Apa itu sindrom kulit lecur Stafilokokus? Sindrom kulit lecur Stafilokokus atau Staphylococcal scalded skin syndrome (SSSS) adalah jangkitan kulit yang serius oleh bakteria Staphylococcus aureus (S. aureus).Bakteria ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Rawatan dan Pencegahan Ruam Panas

    Ruam panas adalah ruam ketidakselesaan yang berwarna merah yang biasanya ditemui di kawasan tubuh yang dilindungi oleh pakaian. Keadaan ini biasanya dalam iklim panas dan lembap akibat penyumbatan salur peluh. ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Farah Aziz

    Atasi Sakit Sendi Anda Dengan Herba dan Rempah Berikut

    Sakit sendi sering dikaitkan dengan arthritis, iaitu keadaan keradangan pada sendi dan ianya akan menyerang secara berterusan memandangkan pergerakan bahagian tubuh badan akan sentiasa berlaku walaupun ketika anda ...

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

    Artikel lain untuk anda

    cara-mencukur-bulu-badan-yang-betul

    Cukur Atas Cukur Bawah, Tapi Tahu Tak Cara Mencukur Yang Betul?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/03/2020
    keadaan kulit

    Jangan Abaikan Keadaan Kulit Berikut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Diterbitkan pada 26/12/2019
    virus-faringitis

    Virus Faringitis

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 10/12/2019
    Rawatan Rumah Untuk Merawat Ekzema

    Ada Masalah Ekzema? 5 Bahan Ini Boleh Bantu Atasinya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 28/03/2019