Mak Buyung, JANGAN ‘Bersama’ Ketika Trimester Pertama Kehamilan Jika Ada 7 Tanda Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 27/04/2020

Secara umumnya, seks ketika hamil tidak akan mendatangkan apa-apa kemudaratan.

Malahan, ia turut digalakkan demi memastikan kehidupan seks anda dan pasangan berada pada tahap yang baik.

Pun begitu, masih terdapat beberapa kebimbangan mengenai seks ketika mengandung.

Ada yang mengatakan bahawa seks semasa awal kehamilan atau trimester pertama boleh sebabkan keguguran.

Adakah ia benar atau sekadar keraguan tidak munasabah semata-mata?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih mendalam untuk mengetahuinya!

Hamil 3 bulan pertama, tempoh paling tidak selesa

hamil

Trimester pertama atau 3 bulan pertama kehamilan adalah tempoh yang paling tidak selesa buat seorang ibu hamil.

Ini kerana akan berlaku banyak perubahan terhadap fizikal dan mental wanita pada ketika ini.

Ketika ini jugalah wanita mengandung akan mengalami mual-mual dan muntah-muntah – morning sickness.

Dari aspek fizikal, akan berlaku banyak perubahan terutamanya dari segi bentuk tubuh badan.

Payudara akan berubah menjadi lebih besar dan sensitif. Kesannya, ia akan mengakibatkan rasa sakit apabila disentuh.

Dari aspek mental pula, bakal ibu akan mengalami perubatan drastik.

Mood wanita hamil pada awal trimester ini kebiasaannya adalah tidak stabil.

Maka, ini bukanlah waktu untuk encik suami buat hal yang pelik-pelik.

Begitu juga aspek kemahuan seksual.

Ada sesetengah wanita hamil yang akan mengalami penurunan libido secara mendadak menjadikannya tidak berminat dengan seks.

Namun, ada juga yang akan menjadi lebih horny, bergantung kepada individu.

Di sebalik semua penjelasan ini, ramai pakar masih berpendapat bahawa tiada masalah untuk melakukan seks semasa trimester pertama.

Pun begitu, masih ada risikonya ya!

Seks semasa trimester pertama, selamat atau tidak?

seks ketika hamil

Meskipun ramai pakar yang mengatakan bahawa hubungan intim semasa 3 bulan pertama kehamilan adalah selamat, masih ramai pasangan yang kurang yakin untuk melakukannya.

Ini kerana masih ada yang beranggapan bahawa aktiviti seksual pada ketika ini boleh mengakibatkan keguguran!

Ya, memang benar bahawa keguguran biasa berlaku semasa trimester pertama kehamilan berbanding trimester kedua dan ketiga.

Menurut statistik, kira-kira 10 hingga 15 peratus kes keguguran adalah dilaporkan berlaku pada ketika ini.

Punca utama keadaan ini berlaku adalah disebabkan oleh kromosom abnormal yang terjadi semasa proses persenyawaan embrio – sesuatu yang tidak boleh dikawal.

Ini menunjukkan bahawa seks semasa hamil tidak kira apa trimester sekalipun tidak akan mengakibatkan si ibu mengalami keguguran.

Jadi, anda tidak perlu terlalu bimbang tentangnya.

Selain itu, terdapat beberapa punca lain yang mengakibatkan keguguran semasa 3 bulan pertama kehamilan iaitu:

  • Masalah hormon
  • Jangkitan kuman
  • Kecacatan rahim
  • Pengambilan ubatan seperti Accutane
  • Penyalahgunaan dadah
  • Menghisap rokok
  • Meminum alkohol
  • Gangguan sistem reproduktif seperti endometriosis dan polycystic ovarian syndrome (PCOS)

Dalam erti kata yang lebih mudah, seks semasa trimester pertama kehamilan tidak akan mengakibatkan keguguran.

Ia mungkin selamat, namun masih perlu berwaspada!

ibu

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bahawa aktiviti seksual ketika 3 bulan pertama kehamilan tidak akan menjejaskan kehamilan atau menyebabkan keguguran.

Maka, anda bebas untuk melakukannya.

Namun, anda masih perlu berwaspada.

Terdapat beberapa situasi di mana ibu hamil tidak digalakkan oleh pakar untuk bersenggama dengan pasangan ketika trimester pertama.

Jika anda mempunyai sebarang tanda seperti yang terdapat di bawah ini, sila elakkan diri dari melakukan sebarang aktiviti seksual semasa 3 bulan pertama kehamilan:

#1. Anda pernah mengalami keguguran sebelum ini

#2. Anda sedang hamil anak kembar

#3. Anda berasa mual dan penat secara berlebihan

#4. Air ketuban bocor atau pecah terlalu awal

#5. Serviks terbuka terlalu awal

#6. Anda didiagnosis dengan kondisi uri di bawah

#7. Bayi dalam kandungan mempunyai tanda lahir pramatang

Sekiranya anda masih meneruskan hasrat untuk berasmara dengan encik suami walaupun anda mempunyai sebarang tanda seperti yang disenaraikan di atas, komplikasi yang lebih teruk mungkin akan berlaku.

Akhir kata, seks semasa trimester pertama adalah selamat dan tidak akan mengakibatkan keguguran.

Namun, ada beberapa situasi yang mungkin menghalang anda dari melakukannya.

Sebaiknya, sila dapatkan konsultasi dengan doktor sebelum membuat apa-apa keputusan ya?

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Nak Buat Ujian Kehamilan Pun Ada Masanya, Tapi Waktu Bila Lebih Sesuai? Pagi, Petang @ Malam?

Waktu melakukan UPT adalah topik yang sering dipersoalkan jika ingin menjalani ujian kehamilan. Apakah tempoh masa yang terbaik untuk melakukannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Isteri Hamil Juga Walau Beraksi Gunakan KONDOM? Ini 7 Sebab Ia Mungkin ‘Bocor’!

Masih hamil walaupun beraksi di ranjang menggunakan kondom? Ia mungkin disebabkan kondom bocor! Klik artikel untuk tahu 7 sebab sebenar ia terjadi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid

Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Suami Isteri, Sebab Tu Asyik Lapar Lepas Bersama: Benarkah?

Pernah tak anda berasa lapar selepas melakukan hubungan seks? Sebab apa ya? Adakah seks bakar banyak kalori sehingga buat perut anda berkeroncong?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Tak Pernah Rasa Klimaks Semasa Bersama Suami? Normal Ke?

Apabila menerima rangsangan seksual, pastinya akan terjadi klimaks. Tetapi bagaimana jika orgasme wanita tidak berlaku? Adakah ia sesuatu yang tidak normal?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Artikel lain untuk anda

masalah air mani cepat keluar

”Belum Puas Lagi Tapi Suami Dah Terpancut” – Minta Cik Abang Amalkan 7 Teknik Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
sindrom carpal tunnel semasa hamil

Kebas Jari Dan Tangan, Ini Cara Ibu Hamil Nak Kurangkan Simptom Carpal Tunnel

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
kanser prostat

6 Mitos Tentang Kanser Prostat, Terbongkar! Yang Terakhir Paling Membimbangkan

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 04/06/2020
seks dengan kondom

Bila Isteri Tidak Suka Bersetubuh Guna Kondom, Apa 5 Perkara Encik Suami Perlu Buat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/06/2020