Lebih 1 Daripada 4 Rakyat Malaysia Mengalami Penyakit Mental

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/11/2019 . 2 mins read

Penyakit mental kini merupakan antara beban utama di seluruh dunia. Di Malaysia, hampir 30% rakyatnya mengalami keadaan mental, menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 (NHMS).

Umur 16-19 tahun paling banyak terkesan

Mengikut data daripada laporan yang sama, golongan dewasa muda berumur antara 16 hingga 19 tahun menunjukkan peratusan paling tinggi. Ini adalah waktu yang sangat kritikal dalam pembesaran seseorang. Ia adalah tempoh transisi antara remaja dan dewasa.

Terdapat banyak faktor yang mungkin menyumbang kepada keadaan ini. Peperiksaan besar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), tekanan daripada keluarga, ketidakstabilan hormon dan transisi daripada alam persekolahan kepada pendidikan tinggi adalah antara sebab yang ada.

Tahap pendidikan adalah faktor yang penting

Jika dilihat dari sudut tahap pendidikan, mereka yang mempunyai tahap pendidikan tertinggi sekolah menengah paling banyak terjejas. Ini mungkin disebabkan kurang peluang kerjaya dan gaji yang lebih rendah berbanding mereka yang mempunyai kelulusan lebih tinggi.

Namun, apa yang sedikit menghairankan adalah peratusan paling rendah bagi penyakit mental adalah dalam kalangan mereka yang tidak mempunyai pendidikan formal, jauh lebih rendah daripada tahap pendidikan tinggi (tertiari).

Gaji rendah meningkatkan risiko penyakit mental

Laporan menunjukkan bahawa peningkatan gaji seseorang adalah berkadar songsang (inversely propotional) dengan kelaziman penyakit mental sehingga gaji RM9,000 dan ke atas di mana risiko bertambah semula.

Data ini jelas menunjukkan kaitan rapat antara ekonomi dan kesihatan mental masyarakat. Beban dan tekanan daripada masalah ekonomi dan pendapatan negara ternyata menjejaskan kesihatan orang awam.

Kajian dan fokus terhadap penyakit ini harus diberikan

Lebih banyak kajian dan usaha harus diambil dalam membendung masalah ini. Peningkatan kes dalam kalangan dewasa muda dan kanak-kanak adalah satu petanda yang membimbangkan memandangkan mereka adalah golongan yang bakal menerajui negara pada masa akan datang. Jika sudah mengalami masalah kesihatan serius di umur yang muda, negara akan ketandusan sumber manusia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga telah menyeru semua negara agar langkah yang bersepadu dan serius perlu diberikan dalam menangani penyakit mental serta penyakit-penyakit tidak berjangkit (NCD). Akses kepada rawatan dan penjagaan perlu diperluas kerana banyak pesakit yang tidak tahu atau malu mendapatkan bantuan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Betul Ke Udara Boleh Meningkatkan Risiko Skizofrenia?

    Adakah benar udara yang kita hirup ini boleh menjadi antara punca meningkatkan risiko untuk mengalami penyakit mental kronik, skizofrenia?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 23/01/2020 . 4 mins read

    8 Tanda Seseorang Itu Berniat Untuk Bunuh Diri, Alert Semua Orang!

    Anda mungkin tidak tahu, cubaan bunuh diri juga mempunyai tanda-tandanya yang tersendiri. Ketahuinya dengan lebih lanjut disini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 20/01/2020 . 4 mins read

    Persepsi Mengenai Kesihatan Mental Berubah Selepas Sedekad

    Kini, semakin ramai yang mula memberanikan diri untuk menceritakan pengalaman peribadi berkaitan kesihatan mental. Adakah hal ini akan semakin positif?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mental 10/01/2020 . 4 mins read

    Fakta Dan Mitos Tentang Kemurungan

    Kemurungan merupakan antara satu masalah berkaitan gangguan mental. Jom kita ketahui apakah perkara fakta dan mitos tentang mengenai masalah mental ini.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    Artikel lain untuk anda

    bunuh diri

    Berniat Nak Bunuh Diri Tanda Ada Masalah Otak? Ini Fakta Yang Anda MESTI Tahu!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read

    Nampak Glamor, Tapi Inilah 3 Titik Hitam Yang Terpaksa DIHADAPI Bintang K-pop

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 04/03/2020 . 3 mins read
    kesihatan mental

    Ini 5 Artis Tempatan Yang Pernah Alami Gangguan Mental, Nombor 3 Tu Tak Sangka!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 28/02/2020 . 4 mins read
    kemurungan atau depresi

    Risau Kesedihan Anda Jadi Kemurungan? 7 Tip Mudah Ini Bantu Melancarkan Hari Anda

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 26/02/2020 . 3 mins read