Sekurang-kurangnya 2.2 Billion Alami Masalah Penglihatan – Laporan WHO

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 22/06/2020 . 2 mins read

Pada 8 Oktober yang lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengeluarkan laporan pertama mereka berkaitan masalah penglihatan global. Laporan tersebut merungkai statistik yang cukup merisaukan tentang beban gangguan penglihatan di seluruh dunia.

Masalah penglihatan mencecah angka bilion

Berdasarkan laporan tersebut, sekurang-kurangnya 2.2 bilion individu mengalami masalah penglihatan ataupun buta. Daripada jumlah tersebut, lebih 1 bilion kes berpunca daripada keadaan yang boleh dicegah. Laporan yang dikeluarkan sebelum Hari Penglihatan Sedunia itu mengenal pasti rabun dekat, rabun jauh, glaukoma dan juga katarak sebagai punca-punca utama yang menyebabkan kebutaan. Masalah-masalah ini menjadi fokus utama strategi pencegahan dan penjagaan mata peringkat kebangsaan. Walau bagaimanapun, WHO turut mengakui bahawa keadaan seperti konjunktivitis tidak boleh dipandang enteng kerana ia merupakan salah satu punca utama pesakit mendapatkan rawatan di semua negara. 

Faktor yang mempengaruhi gangguan penglihatan di seluruh dunia

Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti sebagai pemacu utama kepada statistik dalam laporan ini. Ini termasuklah:

Populasi yang semakin menua – Gabungan populasi yang semakin bertambah dan menua akan meningkatkan beban masalah rabun dan kebutaan pada kadar yang signifikan. Memandangkan prevalens atau beban penyakit berkait terus dengan umur, peningkatan jangka hayat penduduk global akan diterjemahkan kepada peningkatan beban masalah penglihatan secara menyeluruh. 

Perubahan gaya hidup – Masa indoor dan juga aktiviti jarak dekat yang lebih lama mendorong kepada peningkatan jumlah penghidap masalah rabun dekat. Masa outdoor yang lebih banyak berupaya untuk mengurangkan risiko ini. Faktor gaya hidup lain yang penting adalah peningkatan gaya hidup sedentar yang mendorong kepada prevalens kencing manis yang lebih tinggi. Tanpa rawatan awal yang mencukupi, penyakit kencing manis akan menyebabkan masalah mata yang boleh mengakibatkan kebutaan. 

Keterhadan akses terhadap servis penjagaan mata – Apa yang nyata dalam laporan ini adalah beban masalah penglihatan adalah tidak sama untuk semua negara. Negara berpendapatan rendah dan sederhana menanggung beban masalah yang jauh lebih besar. Perbezaan ini disebabkan oleh keterhadan akses untuk populasi dalam negara-negara tersebut. Golongan yang paling teruk terjejas adalah mereka yang tinggal di kawasan luar bandar, wanita, warga emas, penghidap penyakit kronik, etnik minoriti dan juga orang asli. Kawasan berpendapatan rendah dan sederhana di barat dan timur sub-Sahara Afrika dan juga Timur Asia mempunyai kadar kebutaan 8 kali ganda lebih tinggi berbanding negara-negara berpendapatan tinggi.

Strategi pencegahan dan perlindungan

Integrasi servis penjagaan mata yang lebih baik diperlukan dalam kerangka kesihatan negara. Ini termasuklah pada tahap penjagaan kesihatan primer bagi memastikan lebih ramai mendapat servis yang diperlukan termasuk untuk pencegahan, pengesanan awal, rawatan dan juga rehabilitasi. Pemeriksaan mata yang rutin dan kawalan kencing manis yang baik dapat melindungi penglihatan penghidap kencing manis. Selain pencegahan, servis rehabilitasi juga diperlukan untuk mereka yang tidak lagi boleh dirawat.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis ataupun rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

enEnglish

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Jangan Risau! Pembedahan Katarak Adalah Sangat Selamat Untuk Dijalani

    Ramai daripada kita yang memiliki katarak dan bimbang untuk melakukan pembedahan bagi membuangnya. Tahukah anda, ia adalah satu prosedur yang selamat?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 07/01/2020 . 4 mins read

    Skodeng Orang Mandi Tidak Akan Menyebabkan Ketumbit! Ini Punca Sebenar Ia Berlaku

    Ramai orang selalu kata intai orang mandi akan jadi punca ketumbit. Ini adalah mitos semata-mata. Jadi, baca artikel untuk tahu lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mata 13/11/2019 . 4 mins read

    Sejarah Tercipta: Selamat Tinggal Virus Polio Liar Jenis 3!

    Hari Polio Sedunia disambut dengan penuh rasa kemenangan apabila virus polio liar jenis 3 (WPV3) telah diisytiharkan sebagai dibasmi di seluruh dunia.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab
    Berita, Berita Antarabangsa 25/10/2019 . 2 mins read

    Pakai Cermin Mata Akan Buat Mata Lebih Rosak – Fakta Atau Auta?

    Ada satu mitos yang mengatakan kesan pakai cermin mata akan buat mata lebih rosak. Adakah ini benar? Jom baca artikel ini dengan lebih lanjut!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 09/10/2019 . 2 mins read

    Artikel lain untuk anda

    penyakit katarak

    Jika Tidak Dirawat, Katarak Boleh Menyebabkan Buta! Buat 6 Langkah Ini Untuk Elak

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 mins read
    pakai-kanta-lekap-ketika-covid-19

    Pakai Contact Lens Ketika COVID-19? Mungkin Anda Patut Baca Ini Dahulu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/04/2020 . 4 mins read
    lobak-merah-mitos-penglihatan

    Mitos & Fakta Berkaitan Mata – Lobak Merah Paling Popular

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 02/03/2020 . 3 mins read
    isytihar darurat

    Sah, WHO Kini Telah Isytihar Darurat Akibat Novel Coronavirus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
    Diterbitkan pada 31/01/2020 . 4 mins read