backup og meta

Ketahui 5 Khasiat Anda Boleh Dapatkan Daripada Pisang

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    Ketahui 5 Khasiat Anda Boleh Dapatkan Daripada Pisang

    Pisang boleh ditemui di hampir semua negara di dunia, apatah lagi di negara Asia Tenggara seperti Malaysia di mana buah ini berasal. Ia sesuai dihidangkan pada setiap waktu dan acara. Bukan sahaja cantik dihidangkan, rasanya juga enak. Lebih penting, buah ini kaya dengan pelbagai khasiat!

    Jom lihat apakah khasiat tersebut.

    1. Mengawal kadar gula dalam darah

    Buah pisang kaya dengan serat. Ia membantu melambatkan penghadaman dan penyerapan makanan ke dalam darah. Ini akan mengekalkan gula pada kadar yang lebih stabil dan mengelakkan lonjakan gula secara tiba-tiba. Namun, ini mungkin tidak terpakai untuk penghidap diabetes. Mereka harus mengelakkan mengambil banyak pisang yang masak penuh.

    2. Meningkatkan sistem penghadaman

    Serat di dalam buah ini juga turut membantu mempertingkat keberkesanan sistem penghadaman. Najis akan menjadi lebih lembut dan pergerakan usus bertambah baik. Sembelit dapat dikurangkan.

    3. Membantu penurunan berat badan

    Buah pisang merupakan makanan yang mengandungi rendah kalori dan tinggi serat. Dua faktor ini menjadikan ia pilihan yang baik untuk dimasukkan ke dalam diet and bagi mengurangkan berat badan. Ia membantu memberikan kekenyangan dalam tempoh yang lebih lama. Ini membantu mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.

    4. Sihat untuk jantung

    Buah ini sangat popular dengan kandungan potassium, meskipun terdapat banyak lagi buah lain yang mengandungi potassium lebih tinggi seperti kurma dan durian. Walau bagaimanapun, potassium yang terkandung di dalamnya adalah penting untuk fungsi jantung. Potassium yang mencukupi membantu jantung mengepam darah dengan sihat dan sekata. Namun, elakkan mengambil buah ini secara berlebihan jika mempunyai masalah buah pinggang.

    5. Mengandungi antioksidan

    Antioksidan adalah sangat penting untuk memastikan proses penuaan yang berlaku pada sel-sel di dalam badan tidak berlaku terlalu pantas. Penuaan tidak dapat dielakkan tetapi boleh dikawal. Penuaan bukan sekadar untuk kekal cantik tetapi juga kekal sihat. Bukan sekadar kulit luaran, sel-sel pada organ dalaman turut mengalami penuaan.

    Antioksidan dalam pisang seperti dopamine dan catechins mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik seperti penyakit jantung.

    Tunggu apa lagi? Jadikan pisang hidangan berkala anda hari ini!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 06/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan