backup og meta

Tip Hilangkan Berat Badan Anda Tanpa Mengembalikannya Semula!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/10/2023

    Tip Hilangkan Berat Badan Anda Tanpa Mengembalikannya Semula!

    Penurunan dan pertambahan semula berat badan (kitaran berat) adalah sangat biasa. Tahukah anda tentang sebab berat badan bertambah semula selepas anda kehilangannya? Ikuti artikel ini sehingga habis untuk mengetahuinya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak informasi lanjut mengenai Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini. 

    Mengapa berat badan bertambah semula selepas kehilangannya?

    Kajian menunjukkan bahawa kebanyakan orang mengalami pertambahan semula berat badan yang dihilangkannya, sama ada cepat atau perlahan. Dan ini boleh mempengaruhi psikologi seseorang.

    Kehilangan berat dan pertambahan berat badan semula adalah kitaran semula jadi berat badan melalui pemakanan, jelas Alexis Conason, ahli psikologi di Manhattan yang pakar dalam makan berlebihan dan imej badan.

    Tambahnya, apabila seseorang mendapat semula berat badan, mereka berdepan dengan rasa malu, kegagalan, harga diri yang rendah dan rasa bersalah.

    Mereka fikir bahawa mereka mempunyai motivasi yang rendah atau tidak mengawal diri yang secukupnya.

    Seseorang yang mengikuti program tertentu yang memaksa mereka untuk sentiasa mengehadkan apa yang mereka makan. Ini jenis diet yang ketat yang sering membuatkan seseorang berasa kurang dihargai.

    Oleh itu, keinginan dan kelaparan yang melampau adalah masalah umum bagi pengamal diet.

    Apabila tabiat diet negatif dan ketat, ia mungkin bersifat sementara. A

    khirnya, seseorang berasa mereka tidak dapat meneruskannya lagi, jadi mereka meninggalkan usaha dan sering mendapat kembali berat badan mereka yang telah hilang.

    Daripada menjalani diet yang ketat, mengamalkan perubahan gaya hidup yang sihat akan menjadi cara yang lebih berkesan untuk menurunkan berat badan, meningkatkan kesihatan dan mengekalkan penurunan berat badan dalam jangka panjang.

    berat badan bertambah

    Cara elak berat badan bertambah tanpa mendapatnya kembali

    Berbeza dengan apa yang difikirkan oleh kebanyakan orang, kitaran kehilangan dan pengembalian berat badan ini tidak meningkatkan risiko seseorang untuk masalah kesihatan.

    Di samping itu, kitaran berat tidak menjadikannya lebih sukar untuk menurunkan berat badan semula. Sebenarnya terdapat beberapa cara turunkan berat badan yang berkesan untuk anda.

    Cara turun berat badan #1. Buat perancangan

    diet sihat

    Langkah pertama yang paling penting untuk mengelakkan berat badan bertambah lagi adalah perancangan. Sebelum anda membuat sebarang perubahan, tetapkan matlamat.

    Mencapai matlamat tersebut mungkin cukup memotivasi anda untuk membantu mengekalkan perubahan anda. Sebaik sahaja anda menetapkan matlamat, fikirkan tentang perubahan gaya hidup yang boleh membantu anda mencapai matlamatnya.

    Anda sepatutnya dapat memasukkan perubahan ini ke dalam kehidupan harian anda, sehingga ia menjadi kebiasaan jangka panjang.

    #2. Ambil tindakan segera

    Kedua, sebaik sahaja anda berasa tergelincir, segera mengambil tindakan.

    Mencegah pertambahan semula yang sedikit daripada yang lebih besar kelihatan kritikal untuk pemulihan dalam kalangan mereka yang berjaya menurunkan berat badan.

    #3. Amalkan gaya hidup sihat

    gaya hidup sihat

    Ubah gaya hidup anda menjadi lebih sihat dengan melakukan banyak senaman. Senaman adalah penting untuk menjaga berat badan, tetapi adakah anda tahu ia lebih daripada sekadar membakar kalori?

    Sesetengah bukti menunjukkan bahawa sesi berpeluh yang kerap mungkin membantu anda mengawal selera makan dan membantu anda berasa lebih puas selepas makan. Ini mungkin amat penting untuk penyelenggaraan berat badan.

    Apabila anda mencapai perubahan tersebut, teruskan membinanya.

    Adalah mungkin untuk mengurangkan kalori, ikuti corak pemakanan yang praktikal dan lazat, dan dalam masa yang sama anda berasa baik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 25/10/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan