Bayi Lahir Kurang Berat Berisiko Untuk Mandul, Kajian

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 minit bacaan

Bukan nak takutkan sesiapa. Almaklumlah, zaman semakin canggih, perasaan ingin tahu manusia memuncak-muncak. Maka dengan ilmu dan teknologi yang sedia ada, kajian yang seperti ini boleh dilakukan bagi meningkatkan kualiti hidup manusia. Kajian yang dijalankan oleh Universiti Aarhus, Denmark telah mendapati bahawa bayi lelaki, dengan berat sewaktu lahir kurang daripada 3 kg, berisiko untuk mandul kelak. Nak tahu dengan lebih lanjut. Baca artikel ini.

Perihal bayi kurang berat

Mesti ada sebab kan kenapa bayi anda kurang berat? Kebanyakan bayi yang mempunyai masalah kurang berat rata-ratanya mengalami kelahiran pramatang. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kelahiran pramatang merupakan fenomena di mana bayi dilahirkan sebelum genap 37 minggu usia kehamilan. Kategori bagi kelahiran pramatang boleh dibahagikan kepada 3 iaitu:

  • Pramatang ekstrem (lahir apabila kandungan berusia 28 minggu atau kurang)
  • Sangat pramatang (lahir apabila kandungan berusia 28 hingga 32 minggu)
  • Pramatang lewat (lahir apabila kandungan berusia 32 hingga 37 minggu)

Berikut merupakan faktor risiko yang boleh meningkatkan kebarangkalian untuk anak anda lahir pramatang. Antaranya:

  • Kelahiran kembar
  • Masalah dengan rahim, serviks atau plasenta
  • Sejarah kelahiran pramatang pada kehamilan sebelumnya
  • Persenyawaan in vitro
  • Tempoh kehamilan kurang daripada 6 bulan
  • Merokok atau menggunakan dadah/ bahan terlarang
  • Jangkitan cecair amniotik atau saluran kencing
  • Keadaan kesihatan kronik seperti hipertensi dan kencing manis
  • Masalah berat badan berlebihan dan masalah kurang berat badan
  • Sejarah keguguran pada kehamilan sebelumnya
  • Mengalami kecederaan fizikal dan trauma
  • Peristiwa yang meningkatkan tekanan fizikal, emosi dan mental (kematian orang tersayang atau keganasan rumah tangga).

Masalah berkaitan bayi kurang berat

Kenapa kita risau dengan bayi yang lahir kurang berat ya? Bukan kalau berat terlebih je ke yang berisiko untuk mendapat masalah kesihatan? Seperti jisim berat badan orang dewasa, bayi yang lahir kurang berat badan mempunyai risiko untuk mendapat pelbagai jenis masalah kesihatan. Mereka yang lahir kurang berat kebiasaannya lahir pramatang, maka senarai komplikasi yang bakal dialami oleh mereka sama seperti komplikasi kelahiran pramatang.

Masalah pernafasan

Sistem pernafasan yang tidak matang akan menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami masalah sukar untuk bernafas. Paru-paru manusia mempunyai sejenis protein yang dipanggil sebagai surfaktan (lung surfactant). Fungsinya adalah untuk merendahkan tekanan permukaan pada paru-paru bagi membolehkan ia mengembang ketika proses pernafasan. Tanpanya, bayi yang lahir berisiko untuk mengalami sindrom sesak nafas (respiratory distress syndrome). Selain itu, bayi yang lahir pramatang juga berisiko untuk mendapat kecacatan pada organ paru-paru atau fenomena berhenti bernafas untuk sementara waktu dipanggil sebagai apnea.

Masalah sistem penghadaman

Mereka yang lahir kurang berat mempunyai risiko untuk mengalami keradangan pada organ usus yang dikenali sebagai necrotizing enterocolitis (NEC). Perkara ini kebiasaannya disebabkan oleh bakteria yang menyebabkan jangkitan dan keradangan pada dinding usus yang lama-kelamaannya menjadi lemah dan rosak. Fenomena ini lazimnya berlaku kepada anak kelahiran pramatang yang diberi makan dengan makanan lain selain susu ibu. Mereka yang diberikan susu ibu eksklusif mempunyai risiko yang rendah untuk mengalami NEC.

Masalah kawalan kognitif otak

Mereka yang lahir kurang berat berisiko untuk mendapat masalah nyahfungsi kawalan kognitif otak. Ini bermaksud mereka mempunyai masalah berkaitan dengan fleksibiliti otak untuk menzahirkan emosi, mengatur tindakan dan berfikir di luar kotak. Bagi bayi pramatang pula, semakin awal mereka lahir, semakin tinggi kebarangkalian mereka untuk mendapat pendarahan di dalam otak. Ini boleh menyebabkan kecederaan otak kekal.

Sindrom bayi mati mengejut (SIDS)

Bayi yang berusia kurang daripada 1 tahun yang kelihatan sihat boleh mati secara mengejut tanpa sebab yang jelas. Masalah ini dikenali sebagai sindrom bayi mati mengejut (SIDS) atau kematian di dalam buaian (crib death). Walaupun ahli akademik tidak menjumpai punca sebenar kepada kematian tersebut, secara teorinya, ia berkemungkinan disebabkan oleh kecacatan pada bahagian otak yang mengawal keupayaan untuk bernafas dan rangsangan sewaktu tidur. Bayi pramatang dan bayi lahir kurang berat mempunyai risiko tinggi untuk mengalami SIDS.

Bayi lelaki kurang berat berisiko untuk mandul?

Kajian yang dijalankan di Universiti Aarhus di Denmark telah menunjukkan bahawa bayi lelaki yang lahir dengan berat kurang daripada 3 kg (6 paun 9 oz) berisiko untuk mendapat masalah ketidaksuburan kelak. Kajian tersebut melibatkan pemeriksaan rekod kesihatan 10,936 subjek lelaki dan wanita yang lahir di antara tahun 1984 hingga 1987. 

Setelah faktor-faktor lain termasuk status sosioekonomi dan jisim berat badan sebelum kehamilan ibu telah dikawal, dapatan kajian tersebut menunjukkan bahawa bayi lelaki yang lahir kurang berat badan mempunyai 55% kebarangkalian untuk mandul. Masalah ketidaksuburan tersebut diukur pada rekod rawatan kesuburan yang berlaku semasa individu tersebut berusia 18 tahun ke atas sehingga awal 30-an. 

Sebahagian daripada jumlah subjek tersebut lahir dengan kecacatan genital. Apabila mereka tidak dikira dalam pengiraan statistik tersebut, kebarangkalian untuk mandul turun daripada nilai 55% kepada 37%. Mekanisme ketidaksuburan ini masih lagi tidak diketahui namun secara amnya, bukan semua lelaki dengan masalah berat kelahiran yang rendah mempunyai masalah ketidaksuburan.

Ms Thorsted yang merupakan salah seorang daripada pengkaji daripada Universiti tersebut memberitahu bahawa dapatan kajian ini berkemungkinan disebabkan oleh kesan daripada masalah kriptorkidisme (testis tidak turun ke dalam kantung) dan hipospadia (bukaan salur kencing tidak berasa di hujung penis). 

Persekitaran tidak optimum ketika kehamilan yang boleh dipengaruhi oleh kesihatan dan gaya hidup wanita mengandung mungkin menyebabkan kecacatan pada pengeluaran sperma dan kecacatan pada organ reproduktif. Berbanding dengan lelaki, dapatan daripada kajian tersebut terhadap subjek wanita tidak menunjukkan sebarang kaitan ketidaksuburan dengan berat kelahiran rendah.

Konklusi

Kajian tersebut menunjukkan terdapat kaitan di antara bayi kurang berat, lahir dengan kemandulan. Namun, apabila dibuang data mereka yang mengalami kecacatan genital, risikonya tidak mencapai nilai signifikan dari sudut statistik. Terdapat beberapa limitasi yang telah dikenal pasti dalam kajian ini dan kebanyakannya berkaitan dengan protokol kajian tersebut. Sebagai contoh, definisi yang digunakan untuk meletakkan seseorang itu sebagai tidak subur adalah berbeza daripada definisi yang kebiasaannya digunakan. 

Justeru, kajian lain perlu dilakukan bagi meneliti kesahihan kajian tersebut di samping mengenal pasti mekanisme terhadap masalah ketidaksuburan tersebut.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"
    Rujukan

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wanita Ada 2 Rahim? Masih Boleh Hamil TAPI Ini Risiko Perlu Tahu

    Biasanya wanita dilahirkan dengan 1 rahim, tetapi ada juga yang mempunyai rahim berganda. Wanita dua rahim ini dipanggil didelphys uterus dan ada risikonya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa

    AWAS! Baby Lahir Tak Cukup Berat Boleh Beri Kesan Hingga Mereka Besar, Ini Komplikasinya

    Tahukah anda, berat bayi lahir rendah boleh berikan kesan kepada mereka ketika besar nanti? Jom ketahui komplikasi tidak cukup berat yang boleh berlaku.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 24/04/2020 . 3 minit bacaan

    Ibu Hamil Positif COVID-19 Berdepan RISIKO Besar? Jaga Diri, Mama!

    Wanita hamil positif COVID-19 dikatakan berkemungkinan berdepan risiko untuk bersalin awal dan melahirkan bayi pramatang. Adakah ia benar?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Coronavirus, COVID-19 02/04/2020 . 3 minit bacaan

    Mengapa Ibu Hamil Perlu Mengandung Cukup Bulan? Ini Sebabnya!

    Fasa mengandung 9 bulan bermaksud tempoh 40 minggu kehamilan. Jom luangkan sedikit masa untuk memahami tempoh kehamilan penuh. Penting!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Perkembangan Kehamilan 20/03/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    perkembangan bayi

    Jangkitan Kuman, Serebral Palsi; Ada Lagi 13 Komplikasi Jika Bayi Lahir Pramatang

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Diterbitkan pada 03/07/2020 . 3 minit bacaan
    kaitan-kebersihan-gigi-dan-kesuburan

    Sukar Hamil? Mungkin Anda PERLU Berjumpa Doktor Gigi! Nak Tahu Kenapa? Baca Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 09/06/2020 . 3 minit bacaan
    vitamin-ibu-mengandung

    Nutrisi Dah Cukup Jika Ibu Hamil Makan Vitamin Pranatal, Betul Ke? Ini Yang Anda Patut Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 05/06/2020 . 3 minit bacaan

    Dah Bersedia Untuk Anak Kedua Tapi Susah Nak ‘Lekat’? Mungkin INI Sebabnya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 14/05/2020 . 3 minit bacaan