Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 17/07/2020 . 3 minit bacaan

Rimas hingus meleleh setiap kali mengalami selesema? Pernahkah anda terfikir bagaimana hingus terhasil?

Hingus atau mukus nasal terhasil untuk membantu menjaga sistem pernafasan agar kekal sihat.

Ia mempunyai beberapa tugas atau fungsi utama iaitu:

  • Memerangkap debu atau habuk yang memasuki lubang hidung
  • Melembapkan udara agar lebih mudah untuk bernafas
  • Memastikan dinding hidung dan sinus kekal lembap
  • Melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria

Ia akan dihasilkan kira-kira 1 ke 2 quart sehari dan anda mungkin menelannya sepanjang hari tanpa sedar.

Ada yang percaya bahawa warna hingus boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan kita, sama seperti warna tinja atau air kencing.

Adakah ia benar? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Bagaimana hingus terhasil?

Sebelum pergi dengan lebih lanjut, wajarlah untuk kita tahu bagaimana hingus terhasil terlebih dahulu.

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari New York University Langone Medical Center iaitu Dr. Richard Lebowitz, hingus terhasil daripada kelenjar mukosa yang terdapat dalam saluran pernafasan.

Seperti yang diperkatakan pada awal artikel ini, ia dihasilkan bagi membantu menjaga sistem pernafasan agar kekal sihat.

Ramai yang berpendapat bahawa kewujudannya menandakan anda sedang demam atau selesema, ia adalah kurang tepat.

hingus

Ini kerana ia tetap akan dihasilkan secara berulang kali walaupun kalian sudah menghembus dan membuangnya keluar dari lubang hidung.

Dalam erti kata yang lebih mudah, hingus adalah sesuatu yang normal namun sila berjumpa doktor jika ia terhasil dengan terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Apa rahsia di sebalik warna hingus?

Dalam pada itu, ramai yang percaya bahawa warna mukus nasal ini mungkin boleh memberitahu tahap kesihatan tubuh badan kita.

Meskipun doktor tidak akan mengambil kira warna hingus sebagai diagnosis utama, namun ia boleh dijadikan petunjuk.

Berikut merupakan 7 warna hingus dan rahsia di sebaliknya:

#1. Hingus jernih

Ini adalah petanda bahawa tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sihat.

Mukus yang berwarna jernih menunjukkan ia mengandungi air, protein, antibodi dan larutan garam serta dihasilkan secara berkala dengan kerap.

Mungkin kalian tidak akan selalu perasan hingus yang berwarna jernih kerana ia kebiasaannya akan mengalir masuk dan larut di dalam perut.

#2. Hingus putih

Ini adalah petanda yang anda mengalami hidung tersumbat.

Mukus yang berwarna putih disebabkan oleh keradangan atau kebengkakan pada tisu hidung sekali gus memperlahankan aliran mukus.

Akibatnya, ia akan hilang kelembapan lantas menyebabkan hingus menjadi agak pekat dan likat – simptom utama demam atau selesema.

hingus

#3. Mukus kuning

Ini adalah petanda anda mungkin mengalami demam selesema.

Mukus yang berwarna kuning disebabkan oleh sel melawan jangkitan seperti sel darah putih memasuki kaviti hidung untuk melawan jangkitan mikrobial.

Ia seterusnya akan menyebabkan mukus berubah warna seakan kuning dan mula mengalir keluar melalui hidung yang akan hilang selepas 10 ke 14 hari.

#4. Mukus hijau

Ini adalah petanda bahawa anda masih mengalami demam selesema.

Mukus yang berwarna hijau disebabkan oleh sel melawan jangkitan seperti sel darah putih yang memasuki kaviti hidung telah tewas kepada jangkitan mikrobial.

Jika anda masih sakit selepas 12 hari, sila berjumpa doktor segera kerana ia mungkin petanda jangkitan bakteria sinusitis yang perlu dirawat dengan ubatan.

#5. Mukus merah

Ini adalah petanda bahawa hingus anda telah bercampur dengan darah.

Mukus yang berwarna merah disebabkan oleh kecederaan pada tisu hidung – mungkin disebabkan oleh kekeringan, kerengsaan atau apa-apa impak.

Jika ini berlaku, sila periksa sama ada wujud sesuatu yang tersekat di dalam lubang hidung atau segera berjumpa doktor untuk konsultasi.

#6. Mukus oren

Ini adalah petanda hingus anda sudah bercampur dengan darah.

Mukus yang berwarna oren disebabkan oleh kecederaan pada tisu hidung – sama seperti yang terjadi jika hingus anda berwarna merah.

Apa yang berbeza adalah ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang anda sedut seperti kotoran, tembakau, paprika dan sebagainya.

hingus

#7. Hingus hitam

Ini adalah petanda bahawa anda mungkin terkena jangkitan yang serius.

Mukus yang berwarna hitam disebabkan jangkitan kuman serius yang biasa berlaku kepada individu perokok, penagih dadah atau penderita penyakit sistem imun.

Jika anda termasuk dalam kategori di atas, anda mungkin sudah berjumpa doktor lebih awal. Jika tidak, segera dapatkan konsultasi dengan doktor.

Baiklah, sekarang kita sudah tahu bagaimana hingus terhasil dan rahsia di sebalik warna hingus.

Namun, ini cumalah sekadar petunjuk dan doktor sendiri tidak akan melakukan diagnosis berdasarkan perkara ini.

Akhir kata, sila berjumpa doktor untuk pemeriksaan yang lebih lanjut dan sahih!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

9 Isu Utama Berkaitan Kesihatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT), #8 Paling Biasa!

Apa itu ENT? Buat anda yang belum tahu, ia adalah bidang perubatan berkaitan telinga, hidung & tekak. Berikut adalah 9 isu paling utama tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Pusat Kesihatan, Keadaan Telinga, Hidung/Tekak 15/07/2020 . 3 minit bacaan

Ibu Menyusu Badan JANGAN Terus Ambil Paracetamol Kalau Demam, Baca Ini Dulu!

Ibu yang sedang menyusu badan, perlu berhati-hati sebelum mengambil sebarang jenis ubat. Bagaimana dengan paracetamol ketika sedang demam?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Penyusuan Badan 25/06/2020 . 3 minit bacaan

Kenapa Mustahil Untuk Kita Bersin Sambil Mata Terbuka? – Ini Jawapan Pakar!

Pernahkah anda terfikir mengapa mustahil untuk kita bersin sambil mata terbuka? Ada sebabnya. Jom sama-sama kita ikuti artikel dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
Ditulis oleh Ahmad Farid
Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 06/05/2020 . 2 minit bacaan

8 Soalan Lazim Kenapa Vaksin Influenza Perlu Diambil Ketika Wabak COVID-19 Ini

Tidak ramai yang sedar akan kepentingan vaksin bagi virus influenza semasa musim wabak. Artikel ini melampirkan 8 soalan lazim berkenaan dengannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli

Artikel lain untuk anda

ubat sakit tekak

Siapa Yang Ada Masa Untuk Sakit Tekak? Selain Lozeng, Ini 5 Ramuan Boleh Cuba!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 03/08/2020 . 3 minit bacaan
apa itu flu

Influenza Bukan Penyakit Biasa, Jom Ikrar Cegah Flu Menerusi Norma Baharu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
flu adalah

Anak Dr Say Jatuh Sakit Akibat Influenza, Seru Ibu Bapa Ambil Berat Keperluan Vaksinasi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 27/07/2020 . 3 minit bacaan
mukus adalah

Nampak Sama Tapi Bukan Dia, Ini Kami Jelaskan 4 Perbezaan Kahak & Hingus!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 21/07/2020 . 3 minit bacaan