backup og meta

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Rahsia Di Sebalik 7 Warna Hingus, Kalau Hitam Kena Jumpa Doktor Segera!

Rimas hingus meleleh setiap kali mengalami selesema? Pernahkah anda terfikir bagaimana hingus terhasil dan apakah kaitannya dengan warna hingus?

Hingus atau mukus nasal terhasil untuk membantu menjaga sistem pernafasan agar kekal sihat.

Ia mempunyai beberapa tugas atau fungsi utama iaitu:

  • Memerangkap debu atau habuk yang memasuki lubang hidung
  • Melembapkan udara agar lebih mudah untuk bernafas
  • Memastikan dinding hidung dan sinus kekal lembap
  • Melawan jangkitan kuman, virus dan bakteria

Ia akan dihasilkan kira-kira 1 ke 2 quart sehari dan anda mungkin menelannya sepanjang hari tanpa sedar.

Ada yang percaya bahawa warna hingus boleh menjadi petunjuk kepada tahap kesihatan kita, sama seperti warna tinja atau air kencing.

Adakah ia benar? Kenapa hidung berhingus? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk tahu dengan lebih mendalam lagi!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan ENT, anda boleh klik di sini.

Bagaimana hingus terhasil?

Kenapa hidung berhingus?

Menurut Pakar Telinga, Hidung dan Tekak dari New York University Langone Medical Center iaitu Dr. Richard Lebowitz, hingus terhasil daripada kelenjar mukosa yang terdapat dalam saluran pernafasan.

Seperti yang diperkatakan pada awal artikel ini, ia dihasilkan bagi membantu menjaga sistem pernafasan agar kekal sihat.

bagaimana hingus terhasil
Masalah pernafasan yang sering berlaku kepada kanak-kanak.

Ramai yang berpendapat bahawa kewujudannya menandakan anda sedang demam atau selesema, ia adalah kurang tepat.

Ini kerana ia tetap akan dihasilkan secara berulang kali walaupun kalian sudah menghembus dan membuangnya keluar dari lubang hidung.

Dalam erti kata yang lebih mudah, hingus adalah sesuatu yang normal namun sila berjumpa doktor jika ia terhasil dengan terlalu sedikit atau terlalu banyak.

Apa rahsia di sebalik warna hingus?

Meskipun doktor tidak akan mengambil kira warna mukus sebagai diagnosis utama, namun ia boleh dijadikan petunjuk.

Berikut merupakan bagaimana hingus terhasil menjadi 7 warna dan rahsia di sebaliknya:

#1. Hingus jernih

Ini adalah petanda bahawa tubuh badan anda berada dalam kondisi yang sihat.

Mukus yang berwarna jernih menunjukkan ia mengandungi air, protein, antibodi dan larutan garam serta dihasilkan secara berkala dengan kerap.

Mungkin kalian tidak akan selalu perasan hingus yang berwarna jernih kerana ia kebiasaannya akan mengalir masuk dan larut di dalam perut.

#2. Hingus putih

Ini adalah petanda yang anda mengalami hidung tersumbat.

Mukus yang berwarna putih disebabkan oleh keradangan atau kebengkakan pada tisu hidung sekali gus memperlahankan aliran mukus.

Akibatnya, ia akan hilang kelembapan lantas menyebabkan hingus menjadi agak pekat dan likat – simptom utama demam atau selesema.

#3. Hingus kuning pekat

bagaimana hingus terhasil
Contoh hingus berwarna kuning.

Ini adalah petanda anda mungkin mengalami demam selesema.

Hingus berwarna kuning ini disebabkan oleh sel melawan jangkitan seperti sel darah putih memasuki kaviti hidung untuk melawan jangkitan mikrobial.

Ia seterusnya akan menyebabkan mukus berubah warna seakan kuning dan mula mengalir keluar melalui hidung yang akan hilang selepas 10 ke 14 hari.

#4. Bagaimana hingus terhasil menjadi warna hijau?

Ini adalah petanda bahawa anda masih mengalami demam selesema.

Mukus yang berwarna hijau disebabkan oleh sel melawan jangkitan seperti sel darah putih yang memasuki kaviti hidung telah tewas kepada jangkitan mikrobial.

Jika anda masih sakit selepas 12 hari, sila berjumpa doktor segera kerana ia mungkin petanda jangkitan bakteria sinusitis yang perlu dirawat dengan ubatan.

#5. Mukus merah

Ini adalah petanda bahawa hingus anda telah bercampur dengan darah.

Mukus yang berwarna merah disebabkan oleh kecederaan pada tisu hidung – mungkin disebabkan oleh kekeringan, kerengsaan atau apa-apa impak.

Jika ini berlaku, sila periksa sama ada wujud sesuatu yang tersekat di dalam lubang hidung atau segera berjumpa doktor untuk konsultasi.

#6. Bagaimana hingus terhasil menjadi oren?

Ini adalah petanda hingus anda sudah bercampur dengan darah.

Mukus yang berwarna oren disebabkan oleh kecederaan pada tisu hidung – sama seperti yang terjadi jika hingus anda berwarna merah.

Apa yang berbeza adalah ia mungkin disebabkan oleh sesuatu yang anda sedut seperti kotoran, tembakau, paprika dan sebagainya.

#7. Bagaimana hingus terhasil menjadi hitam

bagaimana hingus terhasil
Hingus juga boleh berwarna hitam!

Ini adalah petanda bahawa anda mungkin terkena jangkitan yang serius.

Fakta

Mukus yang berwarna hitam disebabkan jangkitan kuman serius yang biasa berlaku kepada individu perokok, penagih dadah atau penderita penyakit sistem imun.

Jika anda termasuk dalam kategori di atas, anda mungkin sudah berjumpa doktor lebih awal.

Jika tidak, segera dapatkan konsultasi dengan doktor.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. What is the color of your snot. https://health.clevelandclinic.org/what-the-color-of-your-snot-really-means/. Accessed Apr 12, 2022.
  2. What is the color. https://newsnetwork.mayoclinic.org/discussion/mayo-clinic-q-and-a-nasal-mucus-color-what-does-it-mean/. Accessed Apr 12, 2022.
  3. What your nasal discharge says about your health. https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2020/march/what-your-nasal-discharge-says-about-your-health. Accessed Apr 12, 2022.
  4. Don’t judge your mucus by its colour. https://www.health.harvard.edu/blog/dont-judge-your-mucus-by-its-color-201602089129/. Accessed Apr 12, 2022.
  5. Understanding Mucus in Your Lungs. https://www.lung.org/blog/lungs-mucus. Accessed Apr 12, 2022.

Versi Terbaru

02/08/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Aduh, Tak Selesanya Bila Hidung Tersumbat Sebelah! Atasinya Dengan 5 Cara Ini

Hidung Tersumbat Buat Anda Susah Untuk Bernafas, Ikut Cara Berkesan Ini Atasinya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 02/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan