Alam Semula Jadi Bawa Manfaat Kesihatan Kepada Manusia

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 23/06/2020 . 4 mins read

Tekanan yang dilalui setiap hari boleh mendatangkan masalah kepada kesihatan kita. Tetapi adakah anda percaya bahawa alam semula jadi boleh memberikan manfaat kesihatan secara keseluruhan kepada manusia?

Alam semula jadi dan manfaat kesihatan

Terdapat satu kajian saintifik yang menunjukkan bahawa meluangkan masa ‘bersama’ alam seperti berada di tengah-tengah pokok boleh memberikan manfaat fizikal dan psikologi yang berlipat ganda. 

Antaranya, ia dipercayai dapat membantu mengurangkan kemurungan, memperbaiki tumpuan mental bagi individu belia dan lebih berusia. Bukan sekadar itu sahaja, alam semula jadi juga dikatakan dapat membantu mengatasi masalah kesihatan seperti demensia serta isu berkaitan tingkah laku remaja.

Berdasarkan manfaat kesihatan fizikal dan mental yang bakal diperolehi, pelbagai program kesihatan berdasarkan alam sekitar telah dibangunkan. Antara contoh utamanya seperti kepelbagaian aktiviti yang dijalankan di The National Arboretum di Westonbirt.

Memanfaatkan alam semula jadi

Hutan Gloucestershire seluas 600 hektar, di bawah penjagaan Forestry England ini adalah rumah kepada lebih 2,500 spesis pokok yang berbeza. Untuk tempoh lebih daripada empat tahun, hutan ini telah mewujudkan skim komuniti untuk individu kanak-kanak yang mengalami masalah perkembangan serta kepada individu dewasa yang lebih berusia yang berdepan dengan masalah tekanan.

Lebih daripada 5,000 individu telah mengambil bahagian dalam kursus yang ditawarkan di The National Arboretum. Antaranya adalah seperti belajar kemahiran tradisional kraftangan kayu sehinggalah kepada kursus merasai teh yang diperbuat daripada pelbagai pokok dan tumbuhan yang berbeza.

Menurut pegawai komuniti arboretum, Karen Price memberitahu, maklum balas kursus yang diterima memberangsangkan. Antaranya melibatkan kumpulan pesakit demensia yang menyertai salah satu program ‘memberikan komuniti bercakap antara satu sama lain’ (yang kebiasaannya adalah sukar untuk dilakukan). Impak daripada program tersebut telah berjaya membuatkan pesakit demensia terlibat bercakap mengenai program tersebut walaupun setelah beberapa minggu berlalu.

Manfaat kepada mental

Kesan yang diperolehi itu adalah daripada manfaat ketenangan mental kepada pesakit demensia yang hadir apabila ‘berinteraksi’ dengan alam semula jadi. Kesan ini telah diketengahkan dalam satu analisis penyelidikan yang dijalankan oleh ahli psikologi dari Bournemouth University, dua tahun lalu.

Dalam laporan penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Dementia menyatakan alam semula jadi dapat meningkatkan mood, tingkah laku dan proses pemahaman mental, meningkatkan fungsi motor serta merangsang deria.

Walau bagaimanapun, para penyelidik memberitahu, kebanyakan individu yang mengalami demensia sering mengabaikan manfaat ini. Keadaan ini berlaku disebabkan mereka berhenti untuk melawat tempat-tempat semula jadi, seperti hutan kerana bimbang golongan ini akan hilang, tersesat atau mengalami kekeliruan.

Kesan kursus yang dijalankan

Dalam satu kursus yang berlainan di bawah program Arboretum’s Nurtured by Nature, ia menawarkan kursus kepada individu belia kurang bernasib baik dan bergelut dengan keadaan keluarga yang sukar. Antara program yang dijalankan dalam kursus ini adalah seperti meditasi, kemahiran pengurusan hutan tradisional dan memasak menggunakan unggun api.

Karen berkongsi komen daripada salah seorang remaja yang pernah mengikuti kursus tersebut, di mana remaja terbabit memberitahu “Saya percaya saya boleh membayangkan saya berada di sini dan mengingati bahawa saya gembira.”

Impak kursus tersebut tidak terhenti di situ sahaja. Sebaliknya ia telah menjadikan penduduk di Britain untuk aktif menanam lebih banyak pokok bagi mewujudkan suasana lebih hijau serta pengumpulan derma untuk membolehkan penanaman lebih banyak pokok dalam hutan.

Berhubung dengan alam 

Kawasan hutan pokok juga dipercayai dapat menawarkan manfaat tertentu dalam membantu individu menangani tekanan. Sebagai contoh, terdapat satu analisis Denmark yang terdiri lebih daripada 130 kajian mengenai manfaat ketenangan daripada hutan. Analisis tersebut menyatakan individu dewasa yang terdedah kepada alam semula jadi dapat mengurangkan tahap tekanan fizikal dan emosi yang dialami dengan ketara. 

Penemuan ini disokong oleh pengasas Nature & Therapy UK, Stefan Batorijs yang pernah mengendalikan program dalam hutan bersama pasukan kakitangan yang bertugas dalam perkhidmatan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja.

Antara aktiviti yang dilakukan dalam program tersebut adalah melibatkan berjalan di sepanjang laluan sambil melakukan latihan minda dan fokus untuk menghubungkan peserta dengan alam semula jadi. 

Sebagai contoh aktiviti, peserta diminta untuk memberikan tumpuan kepada bunyi terdekat yang paling kecil boleh didengari. Selepas itu mereka diminta untuk cuba mendengar bunyi atau perkara yang lebih jauh.

Menurut Stefan yang juga merupakan psikoterapi dan pensyarah psikologi di Plymouth University, aktiviti ini memberikan kesan yang kuat kepada individu yang sangat tertekan. Ia dapat membantu mereka untuk mendapatkan kembali ketenangan dan fokus. 

Antara kajian berkaitan alam semula jadi

Sememangnya kesan alam kepada tahap kesihatan seseorang indvidu boleh diukur secara fizikal. Sebagai contoh, dalam kajian dilakukan pada 2010, terdapat 280 responden yang sihat menunjukkan individu yang berjalan kaki melalui hutan atau pokok mempunyai tahap hormon stres yang jauh lebih rendah. 

Malahan, berdasarkan jurnal Environmental Health and Preventative Medicine, mereka  ini juga mempunyai tahap tekanan darah dan kadar nadi yang rendah. 

Dalam satu kajian lain yang diterbitkan dalam Journal of Biological Regulators & Homeostatic Agents pada tahun 2008, mendapati individu wanita yang melawat hutan akan memperolehi manfaat yang lebih tinggi dalam peningkatan sel darah putih yang melawan jangkitan.

Pakar perubatan yang menjalankan kajian tersebut berpendapat bahawa peningkatan itu bukan sahaja disebabkan oleh keadaan responden yang berasa kurang tertekan. Tetapi ia turut melibatkan sistem imun yang melonjak naik kerana mereka bernafas dalam udara yang mengandungi bahan semula jadi hutan, dikenali sebagai phytoncides.

Phytoncides – merupakan bahan kimia pembunuh mikro yang dikeluarkan oleh pokok sebagai pertahanan terhadap jangkitan. Penyelidik percaya apabila seseorang individu terdedah kepada bahan ini, ia secara tidak langsung turut akan menguatkan sistem imun badan.

Kesimpulan 

Terdapat banyak lagi kajian lain yang boleh membuktikan mengenai kebaikan alam semula jadi kepada manusia, sama ada secara fizikal mahupun mental. Tetapi pada akhirnya, ia tetap bergantung kepada individu itu sendiri.

Kebaikan mahupun manfaat yang ditawarkan tidak mungkin dapat diperolehi jika anda tidak mempunyai inisiatif untuk melakukannya. Segalanya bermula daripada diri anda sendiri. Kebaikan itu tidak akan turun dari langit semata-mata.

Marilah mulakan untuk kembali mendekatkan diri anda dengan alam. Letakkan ke tepi segala gajet dan nikmatilah ciptaan Tuhan. Berikan badan anda peluang untuk kembali menghirup udara segar, siapa tahu mungkin anda akan lebih bertenaga dan bersemangat selepas itu. Selamat mencuba!

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

    Adakah artikel ini membantu anda?
    happy unhappy"

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Wajib Skor Straight A Punca Anak Stres, Dorong Plagiarism? Jangan Terkejut, Penyebabnya Ibu Bapa

    Tekanan ibu bapa untuk mendapatkan prestasi cemerlang dalam akademik merupakan salah satu punca stres anak. Ketahui 5 tip untuk atasinya.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Gaya Hidup Sihat, Fakta Menarik 27/05/2020 . 4 mins read

    Bila Meroyan Akan Berakhir? Awas! Usah Biarkan, Ia Boleh Berlanjutan Jika Tak Dirawat

    Meroyan atau kemurungan selepas bersalin, perkara yang boleh berlaku kepada setiap wanita melahirkan anak. Mengendahkannya boleh menyebabkan ia berlanjutan.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 15/05/2020 . 3 mins read

    6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu – Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

    Perkara utama yang dipentingkan oleh setiap ibu bapa sudah tentu kesihatan anak-anak. Adakah itu bermakna penjagaan kesihatan ibu bapa tidak penting?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 13/05/2020 . 3 mins read

    Kerap Diserang Migrain? Apa Kata Anda Cuba 5 Langkah Ini Untuk Atasinya

    Individu yang mengalami serangan migrain, biasanya tugasan harian akan terjejas. Jadi berikut 5 cara mengawal masalah migrain untuk anda cuba.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Tips Kesihatan, Gaya Hidup Sihat 28/04/2020 . 3 mins read

    Artikel lain untuk anda

    gangguan emosi

    Gelisah & Sedih: Emosi Rasa Terganggu Selepas Seks? Mungkin Ini Puncanya

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Joseph Tan
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 22/06/2020 . 3 mins read
    pokok lidah jin

    ALAMAK! Pusat Racun Negara Dedahkan Pokok Lidah Jin @ Lidah Mentua Beracun?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 17/06/2020 . 3 mins read
    gejala diabetes

    Nyanyuk Sampai Makan Pun Lupa? Penjaga Pesakit Alzheimer Perlu Buat 5 Perkara Ini!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Wazir Aiman
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 10/06/2020 . 3 mins read
    persekitaran-dan-tahap-kesihatan-manusia

    Nak Keluarga Sihat & Bahagia? Jaga 5 Aspek Persekitaran Penting Ini: Hari Alam Sekitar Sedunia -5 Jun

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Asyikin Md Isa
    Diterbitkan pada 04/06/2020 . 3 mins read