backup og meta

MENGEJUTKAN! Betul Ke Alkohol & Suhu Tinggi Boleh Bunuh Virus Korona Baharu?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/04/2020

    MENGEJUTKAN! Betul Ke Alkohol & Suhu Tinggi Boleh Bunuh Virus Korona Baharu?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

    Seantero dunia kini dalam kebimbangan kerana virus korona di Wuhan (COVID-19) yang semakin merebak ke seluruh pelosok dunia.

    Namun, dikatakan virus ini mampu dibunuh dengan alkohol dan suhu tinggi! Adakah kenyataan ini benar?

    Statistik di Malaysia adalah seperti berikut:

    [covid_19]

    Benarkah alkohol dan suhu tinggi boleh membunuh virus korona baharu?

    Pada mulanya, virus korona di Wuhan ini dianggap tak akan tersebar dengan terlalu cepat dari negara China.

    Namun, kini ternyata virus tersebut telah merebak ke beberapa buah negara lain di seluruh dunia.

    Disebabkan itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akhirnya mendeklarasikan virus COVID-19 ini sebagai kecemasan kesihatan global. 

    Dalam erti kata lain, wabak berbahaya ini bukan lagi satu penyakit yang boleh dipandang ringan oleh masyarakat.

    Apa yang membimbangkan adalah virus  ini masih lagi tidak mempunyai sebarang vaksin untuk merawatnya.

    Ekoran itu, pelbagai kajian telah dijalankan untuk mencari ubatan yang efektif bagi melawan virus korona baharu ini.

    Menurut seorang ahli epidemiologi dari China, Li Lanjuan, ada 2 perkara yang mungkin mampu membunuh virus ini iaitu alkohol dan suhu tinggi!

    virus korona di Wuhan

    Alkohol, pembasmi virus yang sangat kuat

    Menurut WHO, alkohol mampu mengurangkan jumlah virus dalam tubuh badan, terutamanya flu.

    Memandangkan virus ini juga menyebabkan simptom seakan flu, jadi alkohol mungkin boleh membantu.

    Ini kerana 70% ethyl yang terkandung dalam alkohol adalah pembasmi virus yang cukup kuat.

    Disebabkan itu, ia sering digunakan untuk mencuci permukaan barangan yang berukuran kecil seperti termometer suhu dan lain-lain.

    Alkohol berfungsi membunuh virus melalui proses denaturasi – penambahan satu atau lebih bahan kimia pada etanol.

    Alkohol yang sudah melalui proses ini tidak boleh diminum dan hanya boleh diguna untuk kegunaan luaran sahaja.

    Molekul alkohol mengandungi zat kimia amphiphile, yang sangat berkait rapat dengan air dan lemak.

    Baca juga:

    Membran virus pula kebiasaannya juga mengandungi air dan lemak.

    Jadi, penggabungan kedua-dua zat ini akan mengakibatkan kehancuran membran pelindung virus tersebut.

    Dalam kata yang lebih mudah, alkohol mampu mencairkan virus yang terdapat dalam tubuh badan. 

    Jadi, adakah dengan meminum alkohol mampu membunuh virus?

    Tidak, ini kerana virus korona ini tidak mampu dibunuh hanya dengan minum alkohol biasa.

    Sebaliknya, alkohol perlu menjalani proses denaturasi terlebih dahulu sebelum mampu membunuh apa-apa jenis virus.

    Dalam pada itu, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar memastikan jika alkohol yang telah melalui proses denaturasi ini mampu atau tidak membunuh virus korona 2019-nCov.

    virus korona di Wuhan

    Suhu tubuh badan tinggi mungkin mampu membunuh virus korona baharu

    Suhu tubuh badan akan naik sekiranya dijangkiti sebarang virus dan akan menyebabkan demam ekoran kehadiran bahan kimia pirogen.

    Pirogen kemudiannya akan memasuki hipotalamus di otak yang berfungsi mengawal suhu tubuh badan.

    Akibatnya, suhu tubuh badan akan meningkat jika bahan kimia ini mengganggu reseptor yang terdapat dalam otak.

    Kebanyakan virus dapat hidup dengan baik sekiranya suhu tubuh badan anda dalam keadaan normal.

    Namun, suhu yang tinggi mungkin akan mengganggu virus ini kerana sistem imun tubuh badan telah diaktifkan.

    Menurut WHO, hampir kesemua virus, bakteria atau protozoa dalam air akan mati apabila berada pada suhu di bawah 100° C.

    Menurut kajian yang dijalankan, virus yang diletakkan dalam air akan mati apabila suhu air tersebut meningkat sekitar 60° C dan 65° C. 

    Baca juga:

    Jadi, kemungkinan besar virus yang terdapat dalam tubuh badan manusia akan mati sekiranya suhu tubuh badan kita tinggi.

    Persoalannya, bagaimana untuk kita mendapatkan suhu tubuh badan yang tinggi ini? 

    Sama seperti alkohol, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar memastikan bahawa suhu tubuh badan yang tinggi mampu atau tidak membunuh virus korona baharu ini.

    Dalam pada itu, kajian lanjutan masih perlu dijalankan untuk benar-benar memastikan bahawa alkohol yang telah melalui proses denaturasi mampu atau tidak membunuh virus korona baharu ini.

    virus korona di Wuhan

    Virus korona di Wuhan, bagaimana mencegahnya?

    Seperti yang kita tahu, alkohol dan suhu tubuh badan yang tinggi mungkin boleh membunuh virus korona baharu ini. Namun, kedua-dua perkara ini masih belum terbukti keberkesanannya terhadap manusia.

    Jadi, apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya?

    virus korona di wuhan

    Konklusi

    Kesimpulannya, alkohol dan suhu tinggi mungkin merupakan antara perkara yang boleh dititikberatkan dalam usaha merawat virus korona di Wuhan ini pada masa akan datang.

    Akan tetapi, ia masih belum terbukti untuk masa sekarang. Sementara itu, tiada sebarang vaksin yang boleh digunakan untuk merawat virus ini.

    [mc4wp_form id=’115319″]

    Jadi, mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Oleh itu, bersamalah kita mengamalkan langkah-langkah mengelakkan virus ini daripada terus berleluasa!

    Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

    #HelloHealthGroup, #HelloDoktor, #HelloHealthCoronavirus

    https://www.facebook.com/HelloDoktorMY/videos/636390957112360/

    Baca juga:

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/04/2020

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan