Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Kecoklatan Serta Pekat

Deskripsi

Najis Bayi Yang Menyusu Susu Formula

Bayi yang menyusu susu formula akan mengeluarkan najis yang mempunyai tekstur seperti mentega kacang. Ia mempunyai pelbagai warna yang seakan coklat – coklat kehijauan atau coklat kekuningan. Ia juga mempunyai bau yang lebih busuk berbanding najis bayi yang menyusu badan namun kurang kuat berbanding bayi yang makan makanan pejal.

Apa perlu saya lakukan?

Anda tidak perlu risau kerana najis jenis ini adalah normal malah merupakan tanda yang sihat bagi bayi yang menyusu susu formula.