Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Kehijauan dan Kehitaman Serta Melekit

Deskripsi

Mekonium

Mekonium merujuk kepada bahan yang mengandungi mukus, sel kulit serta cecair amniotik, dan ia kebiasaannya dikeluarkan dalam masa 24 jam pertama selepas kelahiran bayi.

Apa perlu saya lakukan?

Pembuangan najis mekonium kebiasaannya berlaku dalam masa 24 jam selepas kelahiran bayi. Jika bayi anda tidak mengeluarkannya dalam masa 1 hari, atau mengalami masalah membuang mekonium secara berpanjangan, bawa si manja anda ke hospital kerana dia mungkin mengalami meconium ileus (MI). Kelewatan mendapatkan rawatan mungkin akan menyebabkan usus besar pecah.