Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Coklat Serta Keras

Deskripsi

Sembelit

Jika bayi anda mengeluarkan najis yang keras dan kelihatan batu kecil, si manja anda mungkin mengalami sembelit. Tambahan itu, anda juga mungkin boleh perhatikan jika bayi anda berasa tidak selesa ketika sedang membuang air besar, ataupun najisnya bercampur dengan darah akibat iritasi pada anus.

Apa perlu saya lakukan?

Jika hanya terdapat 1 atau 2 ketulan najis keras pada lampin bayi, anda tidak perlu terlalu risau. Namun jika si manja mengeluarkan lebih daripada 3 ketulan najis keras (atau berdarah), maka anda perlu berjumpa doktor segera. Sembelit biasa terjadi kepada bayi ketika sedang diperkenalkan dengan makanan pejal. Ia mungkin menunjukkan petanda bahawa dia sensitif terhadap protein susu atau soya, ataupun kurang toleransi terhadap sesuatu di dalam susu badan atau susu formula.

Jika ia berlaku, segera bawa si manja berjumpa doktor, yang mungkin akan mencadangkan anda memberi lebih banyak minum air kepada bayi. Untuk bayi yang lebih tua, sediakan mereka dengan amaun susu badan atau susu formula yang banyak. Jika bayi anda sudah boleh makan makanan pejal, berikan dia makanan yang tinggi serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Namun, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengubah diet si manja anda.