Kenali Najis Bayi Anda

Kebanyakan ibu bapa baru mesti agak hairan melihat najis si manja! Ini kerana ia mempunyai banyak warna dan tekstur yang tidak pernah langsung dilihat oleh mereka.
Ketahui

Najis Bayi Berwarna Hijau Terang

Deskripsi

Ketidakseimbangan Susu Awal/Susu Akhir

Jika anda perasan najis yang berwarna hijau terang dan berbuih pada pampers si manja, yang kelihatan seakan alga, dia mungkin mengambil terlalu banyak susu awal – susu rendah kalori yang diproses semasa awal penyusuan, dan kurang mengambil susu akhir – susu tinggi lemak yang bernutrisi tinggi. Ini mungkin bermakna anda tidak menyusukannya dalam tempoh yang sepatutnya bagi setiap payudara.

Apa perlu saya lakukan?

Untuk membetulkan keadaan ini, mulakan penyusuan seterusnya dengan susukan bayi sehingga habis susu pada sebelah payudara terlebih dahulu sebelum menukarkannya ke sebelah payudara yang lain.