Kalkulator Tambah Berat Badan Ketika Hamil

Seiring dengan perkembangan bayi, ia adalah normal untuk anda menambahkan berat badan semasa kehamilan, tetapi berapakah berat badan yang sihat untuk anda dan bayi?
START

Indeks Tubuh Badan Anda

Kalkulator ini boleh digunakan untuk wanita yang mahu tahu pertambahan berat badan sihat semasa kehamilan berdasarkan berat badan mereka sebelum hamil

1

Ketika hamil, wanita mungkin perlu menambah berat badan mereka, terutamanya semasa 3 bulan terakhir kehamilan. Doktor mencadangkan agar wanita hamil menambah berat badan mereka menurut kadar yang dicadangkan ini:

  • Trimester pertama – sekitar 100g – 2 kg
  • Trimester kedua dan ketiga – sekitar 1 – 2 kg/sebulan, kerana berat badan yang ideal adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan bayi

Anda juga perlu ingat bahawa angka ini adalah sekadar purata sahaja. Jadi, temui doktor anda terlebih dahulu untuk mendapatkan nasihat berkenaan berat badan yang ideal ketika hamil.

Total amaun berat badan yang anda perlu tambah semasa kehamilan, sesuai dengan nasihat doktor, bergantung kepada berat badan anda ketika hamil. Wanita yang berada dalam lingkungan berat badan sihat sebelum hamil perlu menambah antara 25 hingga 35 pound semasa hamil. Sementara itu, wanita yang gemuk perlu mengurangkan atau menaikkan berat badan dalam amaun yang minimun. Wanita yang kurus pula perlu menambah berat badan lebih tinggi amaunnya berbanding wanita yang mempunyai berat badan sihat.

enEnglish

info
Penafian

Alatan ini tidak menyediakan nasihat perubatan dan hanya boleh digunakan untuk mendapatkan informasi sahaja. Ia bukan pengganti kepada nasihat profesional, diagnosis atau rawatan. Jangan sesekali mengabaikan nasihat pakar dalam mencari rawatan hanya disebabkan oleh pembacaan laman sesawang Hello Doktor. Jika anda tiba-tiba sahaja mengalami kecemasan perubatan, segera hubungi talian kecemasan di 999 atau 112 jika mendail dari telefon pintar.