backup og meta

Tak Percaya Hubungan Intim Boleh Bantu Legakan Migrain? Ini Jawapannya!

Tak Percaya Hubungan Intim Boleh Bantu Legakan Migrain? Ini Jawapannya!

Seks adalah satu keajaiban yang mampu membuat individu berasa lebih baik dan sihat. Malah ia dikatakan penyelesaian migrain.

Tidak percaya?

Cuba lakukannya dengan pasangan di saat anda sedang runsing, anda pasti setuju dengan kenyataan ini.

Ini kerana seks bersama pasangan tercinta boleh merembeskan hormon endorfin yang akan membuat tubuh badan anda lebih relaks.

Di samping itu, ia akan memberi pelbagai manfaat kepada kesihatan anda.

Ada juga kepercayaan yang mengatakan bersenggama dengan si dia boleh membantu legakan sakit atau pening kepala.

Persoalannya, adakah benar seks dan migrain ini berkaitan?

Jom kita selami artikel ini dengan lebih mendalam untuk tahu jawapannya!

Penyelesaian migrain dengan seks?

seks

Menurut kajian yang dijalankan oleh Stefan Evers, pakar neurologi dari University of Münster di Jerman, didapati seks memang boleh membantu legakan migrain.

Kajian ini adalah berdasarkan kepada 800 pesakit migrain dan 200 penderita sakit kepala kluster untuk melihat kaitan antara seks dan migrain.

Kesannya adalah mengejutkan!

Didapati 60% daripada jumlah pesakit migrain berpendapat seks adalah penawar terbaik untuk melegakan migrain.

Manakala 37% daripada jumlah penderita sakit kepala kluster mengatakan perkara yang sama.

Namun, ia masih dianggap boleh jejaskan migrain!

kegelisahan jejaskan hubungan seks

Tidak semua bersetuju dengan kajian Stefan Evers tersebut.

Ini kerana ramai pakar mempunyai teori yang lain. Teori tersebut adalah seks masih dianggap boleh jejaskan migrain.

Ada yang berpendapat hubungan intim bersama pasangan adalah sama seperti aktiviti senaman yang akan memberi tekanan pada leher dan belakang pesakit migrain.

Selain itu, hubungan kelamin juga dilihat boleh menjadi faktor peningkatan tekanan darah yang akan menjadikan migrain lebih teruk.

Mark W. Green, profesor neurologi dan anestesiologi dari Icahn School of Medicine in Mount Sinai di New York mengatakan, seks hanya akan memburukkan lagi kondisi migrain.

Ini kerana beliau percaya yang seks boleh menyebabkan 3 jenis sakit kepala:

  • Explosive – berlaku ketika individu mencapai orgasma dan mempunyai simptom yang hampir sama dengan pendarahan otak.
  • Tension – disebabkan oleh stres dan kebiasaannya hilang sendiri selepas 20 minit.
  • Positional – jenis sakit kepala biasa dan sederhana serta boleh hilang sendiri selepas 24 jam.

Alexander Mauskop, Pengarah New York Headache Centre pula mempunyai teori yang berbeza.

Beliau mengatakan, orgasma yang berlaku ketika diserang migrain akan membuat tubuh badan melepaskan hormon endorfin – yang akan membantu mengurangkan sakit kepala.

Hormon ini terkenal sebagai ‘ubat tahan sakit’ semula jadi buat manusia.

Namun, teori ini juga disangkal oleh banyak pihak yang lain.

Ini kerana ramai yang berpendapat, pesakit migrain adalah sangat sensitif terhadap sentuhan, bunyi dan cahaya.

Kesannya, mereka mungkin tidak gemar dengan apa-apa aktiviti fizikal termasuklah seks.

Dalam erti kata yang lebih mudah, ada 2 pendapat di sini.

Pertama, ada yang kata seks boleh membantu legakan migrain.

Kedua, ada yang kata seks hanya akan memburukkannya lagi. Yang manakah lebih tepat?

Jadi, adakah seks boleh membantu legakan migrain?

kesilapan seks lelaki

Konklusinya, ada 2 pendapat yang berbeza mengenai perkara ini.

Secara umumnya, migrain semasa seks mungkin boleh dikurangkan akibat perlepasan endorfin di dalam tubuh badan.

Berdasarkan banyak kajian, majoriti responden berpendapat sedemikian.

Namun, segalanya adalah bergantung kepada individu itu sendiri.

Jika anda rasa ia tidak berkesan, mungkin anda boleh cuba aktiviti lain yang merembeskan endorfin pada tubuh badan seperti berjenaka dan ketawa riang bersama kawan-kawan?

Dalam pada itu, janganlah pula anda terus mengabaikan seks bersama pasangan hanya kerana migrain yang dihadapi.

Ia hanya akan menjejaskan kehidupan seksual kalian berdua.

Sebaliknya, cuba cari alternatif bagi penyelesaian migrain yang mampu memperbaiki keadaan anda.

Jika masih tidak mampu mencari jawapan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan pakar bagi diagnosis dan rawatan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Versi Terbaru

14/01/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

5 Punca Migrain Yang SERING Terjadi Dalam Hidup Seharian Anda, Patutlah Pun!

Kerap Diserang Migrain? Cuba Kenal Pasti 5 Perkara Ini Dalam Hidup Anda, Ia Boleh Cegah Migrain!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 14/01/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan