Vaksin MMR untuk apa? Vaksin MMR umur berapa patut diberikan? Ada banyak lagi persoalan mengenai vaksinasi MMR? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya.
Vaksin MMR untuk apa? Vaksin MMR umur berapa patut diberikan? Ada banyak lagi persoalan mengenai vaksinasi MMR? Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jawapannya.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Keibubapaan, anda boleh klik di sini.
Bagi anda yang mungkin belum tahu, vaksinasi MMR adalah vaksin wajib di bawah Program Imunisasi Kebangsaan (NIP).
Maksud MMR vaksin adalah daripada singkatan bagi 3 jenis penyakit disebabkan virus iaitu measles, mumps & rubella. Ini bermakna vaksin berfungsi melindungi si manja daripada 3 penyakit serius yang boleh merebak dan berjangkit dengan mudah jika tidak divaksin, iaitu:
Suntikan MMR dapat memberikan perlindungan terbaik melawan ketiga-tiga penyakit ini yang berisiko mengambangkan isu kesihatan serius seperti meningitis, kehilangan pendengaran dan masalah ketika kehamilan.
Setiap vaksin mempunyai tempoh suntikan yang berbeza untuk diberikan kepada si kecil. Jadi vaksin MMR umur berapa ya?
Melalui NIP di Malaysia, 2 dos lengkap suntikan vaksin MMR akan diberikan secara percuma kepada si manja ketika mereka berusia 9 dan 12 bulan.
Bagi dos tambahan untuk vaksin MR (beguk dan rubella) diberikan ketika berusia 7 tahun. Selain itu, di Sabah suntikan tambahan untuk campak turut diberikan kepada bayi yang berusia 6 bulan.
Satu info yang wajib anda tahu mengenai suntikan MMR ini adalah ia merupakan vaksin berbeza jika hendak dibandingkan dengan yang lain.
Kebanyakan vaksin mengandungi virus atau bakteria mati mahupun unsur kuman yang bertujuan merangsang sistem imun badan menghasilkan antibodi berkekalan. Tetapi untuk vaksin MMR, ia terkandung 3 jenis virus hidup yang dilemahkan (live attenuated).
Walaupun terdapat kelainan pada vaksinasi MMR ini, namun anda tidak perlu bimbang kerana vaksin ini sangat selamat.
Kita sudah mengetahui vaksin MMR umur berapa patut diberikan seawal usia 9 bulan. Namun bagaimana pula dengan tempoh ketahanannya?
Individu yang menerima 2 dos vaksin MMR sebagai bayi, biasanya akan terlindung seumur hidup daripada virus tersebut dan tidak memerlukan dos tambahan. Namun dos tambahan mungkin diperlukan jika wujud risiko untuk terkena beguk.
Amnya, 1 dos vaksin MMR berkesan 93 peratus terhadap campak, 78 peratus berkesan pada beguk, dan 97 peratus berkesan terhadap rubella. 2 dos vaksin MMR berkesan 97 peratus ke atas campak dan 88 peratus berkesan pada beguk.

Bila menyebut mengenai suntikan vaksin, pastinya sebagai ibu bapa anda akan risau mengenai kesan sampingan yang mungkin akan dialami si manja nanti.
Secara umumnya, sesetengah bayi mungkin akan menangis dan meragam sejurus selepas suntikan MMR. Namun percayalah, ia adalah satu keadaan normal dan si manja biasanya akan bertambah baik selepas diberikan pelukan hangat oleh si ibu.
Seperti anda sedia maklum, vaksinasi MMR merupakan 3 vaksin berasingan dalam 1 suntikan, jadi kesan sampingan yang berbeza boleh terjadi pada masa berlainan.
Selepas 7-11 hari suntikan, anak mungkin akan mengalami campak ringan. Antara gejalanya seperti:
Dalam tempoh 3-4 minggu selepas suntikan, wujud kemungkinan untuk si manja mengalami beguk ringan, seperti bengkak kelenjar pada bahagian pipi, leher atau bawah rahang yang boleh berterusan sehingga 2 hari.
Untuk vaksin rubella pula, kesan sampingan mungkin akan bermula sekitar 1-3 minggu selepas suntikan. Si kecil mungkin merasai sendi yang menyakitkan, kebas atau bengkak selama 3 hari.
#Tompok seperti lebam
Dalam kes jarang berlaku, anak mungkin mendapat ruam kecil seperti bintik lebam selepas 2 minggu mendapat suntikan MMR.
Keadaan ini dikenali sebagai idiopathic thrombocytopenic purpura (ITP) dan biasanya akan pulih dengan sendiri. Namun sebaiknya, lakukan pemeriksaan doktor.
#Sawan kesan vaksin anak
Ada kemungkinan kecil untuk anak mengalami sawan selepas 6-11 hari vaksin. Ia disebabkan oleh suhu badan tinggi sebagai tindak balas kepada virus vaksin campak.
Ia membimbangkan tetapi amat jarang berlaku – anggaran 1 dalam setiap 1,000 dos suntikan yang diberikan.
Paling penting, sebarang gejala yang dialami si manja tidak akan menjangkiti atau menular kepada bayi tidak divaksinasi.
Walau bagaimanapun, jika kesan sampingan seperti demam atau bengkak tidak surut atau mengalami demam sawan, pastikan anda melakukan pemeriksaan doktor atau pakar kanak-kanak.

Jadi kini persoalan mengenai vaksin MMR untuk apa dan vaksin MMR umur berapa patut diberikan sudah pun terjawab.
Memastikan si manja mendapat vaksin seperti yang ditetapkan sangat penting, kerana tanpanya mereka berisiko mendapat penyakit-penyakit bahaya yang boleh membawa maut. Dalam erti kata mudah, vaksin tidak memudaratkan, malah boleh menyelamatkan nyawa.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
01/07/2025
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid