Tolong! Saya Selalu Sesak Nafas, Adakah Ia Asma, Pneumonia Atau COVID-19?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 08/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Sejak wabak COVID-19 semakin tular di seluruh dunia, ramai netizen yang panik apabila mereka mengalami sesak nafas.

Hal ini kerana kita tahu sesak nafas adalah antara tanda2 coronavirus, selain daripada batuk, selsema, demam dan sakit tekak.

Oleh kerana virus coronavirus banyak menjangkiti saluran pernafasan, bagaimana pula dengan asma dan pneumonia?

Kedua-dua penyakit ini juga mempengaruhi keadaan pada paru-paru.

Malah, individu dengan pneumonia dan penyakit kronik lain lebih berisiko dijangkiti virus korona!

Untuk semak apakah tanda2 coronavirus, sila rujuk infografik di bawah:

covid

Sesak nafas: Antara tanda tanda virus corona, asma dan pneumonia – apakah bezanya?

Asma adalah keadaan kronik yang menyebabkan keradangan berkala dan penyempitan saluran udara. Ia menjejaskan bronkus utama, yang merupakan 2 tiub yang dari ttrakea menuju ke paru-paru.

Asma tidak dapat disembuhkan, tetapi anda boleh mengurusnya dengan berkesan. Dan ia juga boleh bertambah baik dari semasa ke semasa.

Manakala pneumonia adalah jangkitan paru-paru. Ia boleh berlaku pada satu atau kedua-dua paru-paru.

Ia menyebabkan keradangan kantung udara dan juga boleh menyebabkan paru-paru anda dipenuhi dengan cecair/bendalir. Pneumonia boleh dirawat dan diubati.

Walaupun simptomnya sama, asma dan pneumonia adalah penyakit yang berbeza yang memerlukan pendekatan rawatan yang berlainan.

Sesak nafas: Apa hubungan antara asma dan pneumonia?

sesak nafas

Pada permulaan, diketahui bahawa penghidap asma berisiko tinggi membangunkan pneumonia malah juga dijangkiti COVID-19!

Selain itu, mempunyai pneumonia dalam asma boleh meningkatkan risiko serangan asma.

Walaupun pneumonia telah sembuh, pesakit asma sering mengalami keadaan pulmonari yang tidak normal untuk beberapa bulan selepas pneumonia hilang.

Terdapat beberapa bukti kecil menunjukkan bahawa penyebab asma dan pneumonia mungkin sama.

Walaupun keadaannya berbeza antara satu sama lain, hubungan sebenar antara kedua-dua itu adalah dalam bentuk peningkatan risiko pneumonia dengan komplikasi lebih besar yang disebabkan oleh pneumonia yang dialami oleh pesakit asma. Ini adalah bagaimana pneumonia dan asma dikaitkan.

Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), penghidap asma lebih cenderung untuk mengalami pneumonia sebagai komplikasi.

Asma penyebab pneumonia

Sesetengah ubat-ubatan asma boleh meningkatkan risiko pneumonia dalam kalangan pesakit. Dalam kajian klinikal, kadar pneumonia didapati lebih tinggi dalam kalangan mereka yang mengambil ubat untuk merawat COPD, berbanding individu yang tidak mengambil ubat yang disedut.

Sebaliknya, kes-kes pneumonia selalunya lebih kerap berlaku pada mereka yang berumur 65 tahun, dan tidak dilihat pada pesakit asma yang lebih muda.

Walaupun terdapat sedikit risiko pneumonia dalam asma, ia tidak sepatutnya menakutkan anda daripada meneruskan pengambilan ubat menguruskan asma kerana komplikasi yang semakin buruk mungkin timbul akibat menghentikan pelan rawatan tanpa kelulusan doktor.

Berbincang dengan doktor tentang risiko pneumonia jika anda mempunyai asma. Jika anda berumur lebih dari 60 tahun, mendapatkan vaksin pneumonia dapat membantu mengurangkan risiko.

Pneumonia penyebab asma

Terdapat beberapa bukti bahawa pneumonia boleh menyumbang kepada asma. Mycoplasma pneumoniae bertanggungjawab untuk perkembangan pneumonia, dan para penyelidik mendapati bakteria ini dapat menyumbang kepada jangkitan kronik dan keradangan kronik paru-paru, yang boleh menyebabkan asma walaupun jangkitan itu akan hilang sendiri.

Mycoplasma pneumoniae sering dikesan pada kanak-kanak dengan asma, dan sehingga 40 peratus kanak-kanak yang dijangkiti dengan mycoplasma pneumoniae akan berdehit dan mempunyai ujian fungsi pulmonari yang tidak normal.

Bolehkan asma dan pneumonia dicegah?

Asma tidak boleh dicegah. Walau bagaimanapun, pengurusan penyakit yang baik boleh mengurangkan serangan asma.

Selain itu, anda boleh mendapatkan vaksin untuk jenis pneumonia bakteria yang dikenali sebagai pneumococcal pneumonia. Doktor mengesyorkan vaksin ini untuk orang yang berisiko untuk membangunkan penyakit ini. Tanya doktor anda jika anda perlu mendapatkan vaksin.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Baca juga:

    Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

    Sering Jatuh Sakit Jika Di Tempat Kerja? Jaga-Jaga, Anda Mungkin Alami Sindrom Bangunan Sakit!

    Sindrom bangunan sakit merupakan penyakit baharu pada alaf ini. Penyakit yang berkait rapat dengan kualiti udara ini buatkan anda sakit dan hilang fokus!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra

    Pneumonia Atau Bronkitis, Mana Satu Lebih Berbahaya Untuk Paru-paru Anda?

    Jangkitan kuman paru-paru berpotensi membawa maut jika tidak dirawat segera. Penyakit bronkitis dan pneumonia kerap diperkatakan, namun apakah perbezaannya?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nana Muhammad

    Jaga-Jaga Penghidap Asma & Alahan, Cuaca Juga Boleh Buatkan Anda Diserang Alergi!

    Alahan dan asma boleh menyerang ketika cuaca sejuk atau panas. Jika anda alami sakit hidung seakan-akan reaksi alahan, cepat jumpa doktor ya!

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Keadaan Alergi/Autoimun, Pusat Kesihatan 20/08/2020 . 3 minit bacaan

    Pilih Bersalin Czer Sebab Tak Nak Sakit? Nanti Dulu, Ibu! Dengarnya Ada Risiko Anak Dapat Asma

    Kajian terbaru menunjukkan terdapat kaitan antara kaedah pembedahan czer dengan kebarangkalian untuk anak mendapat penyakit asma.

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
    Kehamilan, Kelahiran Bayi 12/08/2020 . 3 minit bacaan

    Artikel lain untuk anda

    jangkitan virus

    Ciuman Bibir Ke Bibir Boleh Jadi Punca Terkena Pneumonia? Hati-hati Dengan Sakit Radang Peparu Ini

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 11/11/2020 . 3 minit bacaan
    mitos kanser serviks

    Merungkai Mitos Kanser Serviks, Betul Ke Ini Penyakit Keturunan & Pesakit Tak Boleh Hamil?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Nisreen Nadiah
    Diterbitkan pada 26/10/2020 . 3 minit bacaan
    punca penyakit asma

    Seks Memang Seronok Namun Ada Kajian Kata Ia Boleh Cetuskan Serangan Asma! Benarkah?

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Ahmad Farid
    Diterbitkan pada 08/10/2020 . 3 minit bacaan
    radang paru paru

    Apa Itu Kanser Paru-Paru: Tanda, Punca Dan Rawatan Yang Anda Perlu Tahu

    Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
    Ditulis oleh Fatin Zahra
    Diterbitkan pada 17/09/2020 . 6 minit bacaan