backup og meta

Sudah Mencarum Insurans Perubatan, Tapi Ada Ke 'Cover' Khidmat Kaunseling & Mental?

Sudah Mencarum Insurans Perubatan, Tapi Ada Ke 'Cover' Khidmat Kaunseling & Mental?

Buat pemilik insurans perubatan yang mungkin mengalami masalah jiwa dan perlukan bimbingan, adakah caruman anda itu termasuk kaunseling individu?

Ini merupakan antara persoalan yang selalu pencarum terfikir dan tertanya kerana kurangnya pengetahuan umum mengenai perkara yang agak penting ini.

Jika anda juga merupakan salah seorang daripada individu tersebut, sila teruskan membaca artikel ini untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.

Bukan hanya kemahuan tapi kepentingan!

Simpanan di dalam tabung atau bank adalah mungkin tidak memadai serta mencukupi jika berlaku kecemasan kesihatan kerana ia telah digunakan terlebih dahulu.

Selain itu, kita juga mungkin tidak akan tahu apa dan bila kita berisiko mengalami sebarang penyakit yang memerlukan pembiayaan sama ada dari aspek fizikal atau mental.

Maka dengan itu, kita semua harus mencarum dalam sebuah insurans perubatan dengan tujuan menampung segala belanja yang harus ditanggung di saat kita jatuh sakit kelak.

Namun, benarkah kebanyakan insurans perubatan kini lebih fokus pada fizikal berbanding mental?

kaunseling individu

Insurans lebih fokus pada fizikal daripada mental

Apabila berbicara mengenai kesihatan, kita semua sering hanya berfokuskan pada kesihatan fizikal manakala kesihatan mental pula seperti dianaktirikan.

Buktinya adalah di mana pelbagai jenis penyakit fizikal termasuk yang kronik telah termaktub di dalam senarai penyakit yang akan dibiaya oleh insurans.

Namun, bagaimana pula dengan penyakit mental seperti kemurungan, kegelisahan dan lain-lain? Ramai yang tidak tahu jika ia turut termaktub dalam senarai.

Ia juga mungkin disebabkan oleh faktor di mana aspek kesihatan mental ini kurang diberikan perhatian berbanding kesihatan fizikal individu di Malaysia.

Jadi, di sini kami akan mencuba untuk menjawab persoalan yang masih ramai belum tahu.

Insurans perubatan & masalah berkaitan mental

Sekiranya berlaku sebarang masalah berkaitan kesihatan mental pada individu, apa yang perlu dilakukan tentu sahaja berjumpa dengan doktor untuk bantuan.

Selain mendapatkan rawatan dan ubatan untuk merawat kondisi tersebut, ada satu lagi perkara yang sebenarnya sama penting iaitu kaunseling individu.

Sebagaimana yang kita semua sudah tahu, insurans perubatan memang akan membiaya segala kos untuk rawatan dan ubatan yang diberikan kepada anda.

Pun begitu, bagaimana pula dengan terapi-terapi yang tidak termasuk di dalam rawatan atau ubatan seperti kaunseling individu? Ia masih menjadi tanda tanya.

Hakikatnya, ia mungkin agak berbeza bergantung kepada polisi insurans perubatan anda itu.

kaunseling individu

Insurans akan @ tidak cover kaunseling individu?

Jawapan mudahnya adalah majoriti daripada pelan insurans perubatan di dunia dan negara kita ini mungkin tidak akan membiayai sebarang kos untuk masalah mental.

Hal ini demikian kerana kebanyakan masalah mental seperti kemurungan dan kegelisahan ini mungkin adalah sedikit sukar untuk dibuktikan secara klinikal.

Sebagai contoh, pesakit depresi itu mungkin tidak nampak simptomnya namun mereka sedang bertarung di dalam otak dan jiwa yang memerlukan bantuan.

Disebabkan ketiadaan diagnosis yang mampu menyokong penderita penyakit mental itu, maka kebanyakan insurans perubatan mungkin tidak akan ‘cover‘.

kaunseling individu

Mungkin akan ada pengecualian?

Pun begitu, mungkin akan ada pengecualian di sini kerana telah wujud serta akan wujud banyak polisi baharu berkaitan insurans perubatan dengan kesihatan mental.

Apa yang lebih menarik adalah di mana polisi tersebut mungkin akan membiaya setiap kos rawatan dan ubatan termasuk kaunseling individu yang tidak bernasib baik.

Terima kasih juga patut diucapkan kepada Mental Health Parity and Addiction Equity Act and the Affordable Care Act yang menekankan agar kesemua syarikat dan ejen insurans agar tidak hanya berfokuskan kepada kesihatan fizikal sahaja malahan kesihatan mental juga.

Jadi, anda perlu lebih bijak untuk memilih dan mencarum di dalam mana-mana polisi yang akan memberi manfaat terhadap kesihatan fizikal serta mental anda.

Ia perlu untuk lebih sihat!

Sesuai dengan saranan pelbagai pakar dan organisasi agar kesihatan mental juga dapat dibela, ia adalah suatu langkah yang akan memicu kemajuan kesihatan dunia.

Dengan adanya polisi sebegini, maka penderita penyakit mental tidak lagi perlu malu dan takut untuk mendapatkan bantuan daripada pakar seperti kaunseling individu.

Di negara kita juga, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik inisiatif syarikat insurans di negara ini yang menawarkan polisi perlindungan insurans untuk penyakit berkaitan mental, bagi mengurangkan beban kos pembiayaan pesakit berkenaan.

Konklusinya, insurans perubatan mungkin tidak akan membiayai masalah dan penyakit berkaitan mental namun perkara ini dilihat akan berubah pada masa akan datang.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mentalhealth.gov/get-help/health-insurance
  2. https://www.medicare.gov/coverage/mental-health-care-outpatient
  3. https://www.nami.org/Blogs/NAMI-Blog/March-2020/Health-Insurers-Still-Don-t-Adequately-Cover-Mental-Health-Treatment
  4. https://www.mhanational.org/what-do-i-need-know-about-my-insurance-benefits
  5. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6482696/

Versi Terbaru

03/11/2021

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Ada Insurans Nyawa, Kalau Mati Siapa Boleh Claim Ya? Semak Fakta Penting Ini Dahulu

Bolehkah Mencarum Lebih Daripada 1 Insurans Perubatan? Bakal Pencarum Perlu Tahu Ini


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 03/11/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan