backup og meta

Susah Nak Hamil? Cuba Check Mungkin Obesiti Salah Satu Puncanya!

Susah Nak Hamil? Cuba Check Mungkin Obesiti Salah Satu Puncanya!

Ramai pasangan yang merancang untuk mendapatkan zuriat memberi fokus kepada kesihatan reproduktif seperti kesihatan rahim atau kualiti sperma. Namun, satu faktor penting yang sering dipandang ringan ialah berat badan. Obesiti bukan sekadar memberi kesan kepada penampilan fizikal, malah ia boleh memberi impak besar terhadap subur wanita dan lelaki. 

Dengan keadaan gaya hidup yang kian berubah, ia memberi kesan dan menyebabkan kadar obesiti semakin meningkat. Persoalannya, bagaimana obesiti boleh menjejaskan peluang untuk hamil? Mari kita fahami dengan lebih mendalam.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Betul ke obesiti akan ganggu subur wanita? 

Ya, individu obesiti atau mengalami berat badan berlebihan akan menyukarkan peluang anda untuk hamil dan menyebabkan anda tidak boleh bergantung sepenuhnya pada kiraan waktu subur dan tidak subur wanita. 

Menurut Dr Starck, sel-sel lemak sering menghasilkan paras estrogen yang lebih tinggi, yang boleh bekerja melawan badan anda apabila ia cuba untuk ovulasi.

Ini bermakna, obesiti boleh mengganggu kesihatan reproduktif anda, yang boleh menyukarkan untuk hamil.

Kesan obesiti terhadap subur wanita 

Gangguan hormon

Lemak badan berlebihan menghasilkan hormon seperti leptin yang boleh mengganggu keseimbangan hormon reproduktif. Ini menyebabkan:

1. Kitaran haid tidak teratur

Adakah haid tidak teratur boleh hamil? Haid yang tidak teratur berlaku disebabkan hormon yang tidak menentu melalui lebihan estrogen dari tisu lemak, insulin yang tinggi dan ketidakseimbangan hormon pembiakan. Ini yang menyebabkan anda sukar untuk hamil. 

2. Ovulasi terganggu atau tidak berlaku

Apabila ovulasi tidak berlaku secara teratur, peluang persenyawaan akan menjadi lebih rendah. Malah, ada sesetengah wanita obes yang mengalami anovulasi, iaitu keadaan di mana ovulasi tidak berlaku langsung.

Tidak dinafikan, ramai wanita yang mempunyai berat badan berlebihan mengalami ovulasi, tetapi kualiti telur yang mereka hasilkan berkurangan. Perkara ini dibuktikan dengan setiap wanita yang mengalami ovulasi, yang mempunyai BMI di atas 29 mempunyai peluang yang kurang 4% untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. 

Mudah kata, jika semakin tinggi lemak badan (terutamanya lemak perut), semakin tinggi risiko masalah kesuburan yang anda alami. 

Walaupun pasangan mengambil kira bila perlu bersama untuk hamil, kehamilan masih sukar berlaku kerana tiada telur yang dilepaskan untuk disenyawakan.

Kesan obesiti terhadap kesuburan lelaki 

Di dalam hal ini, bukan wanita sahaja yang terjejas. Lelaki yang mengalami obesiti juga boleh menghadapi masalah kesuburan.

Berikut ialah kesan obesiti terhadap kesuburan lelaki:

1. Kualiti dan jumlah sperma menurun

Tahukah anda, obesiti boleh menjejaskan bilangan, bentuk dan pergerakan sperma? Keadaan ini boleh menyebabkan jumlah sperma yang dikandung rendah atau tiada sperma langsung. 

Secara tidak langsung, keadaan ini akan mengurangkan peluang untuk persenyawaan. 

2. Penurunan hormon testosteron

Lemak badan yang berlebihan boleh menurunkan tahap hormon testosteron dalam badan lelaki. Apabila situasi ini terjadi, penghasilan sperma akan terganggu dan libido serta fungsi seksual boleh menurun. Walhal, hormon ini penting untuk penghasilan sperma yang sihat.

3. Mempunyai sperma yang rosak

Kegemukan yang dialami akan menyebabkan keradangan dalam badan yang boleh merosakkan sperma. Ia juga boleh mengubah kualiti genetik yang dibawa oleh sperma. 

Kesemua faktor ini boleh mengurangkan peluang pasangan untuk mendapatkan zuriat.

8 Komplikasi yang berlaku jika anda mempunyai BMI yang tinggi ketika hamil 

Wanita yang mempunyai BMI yang tinggi ketika hamil, anda berisiko mempunyai masalah kesihatan seperti berikut:

subur wanita
Pening kepala antara tanda preeklamsia.

  1. Kehilangan kandungan akibat keguguran atau kelahiran mati. Terdapat juga risiko keguguran berulang.
  2. Kencing manis semasa hamil (gestational diabetes) .
  3. Preeklampsia (tekanan darah tinggi). 
  4. Keadaan jantung.
  5. Apnea tidur, di mana pernafasan berhenti dan bermula berkali-kali semasa tidur.
  6. Pembedahan C-section untuk melahirkan bayi akan diutamakan. 
  7. Bayi bersaiz besar.
  8. Kelahiran pramatang.

Komplikasi ini bukan sahaja memberi kesan kepada ibu, malah boleh menjejaskan kesihatan bayi yang sedang berkembang dalam kandungan.

Obesiti dan subur wanita boleh diperbaiki 

Obesiti bukan sekadar isu penampilan, tetapi ia juga boleh memberi kesan besar terhadap kesuburan lelaki dan wanita. Ketidakseimbangan hormon, ovulasi tidak teratur serta kualiti sperma yang rendah merupakan antara faktor utama yang boleh menyukarkan pasangan untuk mendapatkan zuriat. 

Subur wanita dan lelaki dapat diperbaiki jika anda bersama-sama di dalam perjalanan ini. Salah satunya dengan mendapatkan berat badan yang ideal dalam mendapatkan zuriat. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Does Having Excess Weight Affect Your Chances of Getting Pregnant? . https://health.clevelandclinic.org/getting-pregnant-if-overweight . Accessed on Mac 17,2026

Pregnancy and obesity: Know the risks. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/pregnancy-week-by-week/in-depth/pregnancy-and-obesity/art-20044409 . Accessed on Mac 17,2026

How weight can impact male fertility. https://www.healthymale.org.au/health-article/obesity-overweight-can-impact-male-fertility . Accessed on Mac 17,2026

Overweight and fertility when planning a pregnancy. https://www.tommys.org/pregnancy-information/planning-a-pregnancy/are-you-ready-to-conceive/overweight-and-fertility-when-planning-pregnancy . Accessed on Mac 17,2026

How does being overweight affect my fertility?.  https://www.yourfertility.org.au/latest-news/how-does-being-overweight-affect-my-fertility . Accessed on Mac 17,2026

Itriyeva K. (2022). The effects of obesity on the menstrual cycle. Current problems in pediatric and adolescent health care52(8), 101241. https://doi.org/10.1016/j.cppeds.2022.101241 . Accessed on Mac 17,2026

Versi Terbaru

10/04/2026

Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Nak Merancang Kelahiran Selepas Isteri Bersalin C-Section? Ada 6 Perkara Perlu Tahu!

Penting Ke Merancang Kehamilan Bagi Pasangan Yang Baru Kahwin?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Norhanan Abdul Latip · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan