backup og meta

Ini 5 Manfaat Berbogel Terhadap Kesihatan, Namun Lakukan Di RUMAH Sahaja, Ya!

Ini 5 Manfaat Berbogel Terhadap Kesihatan, Namun Lakukan Di RUMAH Sahaja, Ya!

Ramai yang mungkin sudah tahu manfaat mandi bogel terhadap kesihatan. Namun, jangan hanya berhenti setakat itu kerana berbogel pada ketika lain juga ada kelebihan yang tersendiri.

Teruskan baca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut lagi tentang kebaikan berbogel di rumah!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Umum, sila dapatkannya di sini.

Berbogel kena pada tempat dan masa!

Selain mandi bogel, ramai individu yang menetapkan situasi untuk bertelanjang bulat cuma ketika di rumah untuk tidur dan seks. Ini adalah pilihan tepat berlandaskan budaya dan agama.

Bayangkan jika anda tidak berpakaian di luar rumah atau di khalayak ramai? Ia bukan sahaja akan memalukan diri sendiri malahan menjatuhkan maruah dan merendahkan tertib individu.

Tidak dinafikan mungkin wujud banyak manfaat mandi bogel dan sebagainya. Pun begitu, pilihlah tempat dan masa yang sesuai agar kesopanan serta tata susila sebagai seorang manusia normal itu dapat dipertahankan malah diperjuang dengan sebaiknya!

Usah lupa juga, negara kita sangat popular dengan gelagat orang ‘pemalu’ dan ini wajar untuk dikekalkan. Jangan angkara trend kesihatan, kita alpa akan budaya dan agama masing-masing.

mandi bogel

Kenapa anda perlu lebih kerap berbogel?

Meskipun begitu, bertelanjang itu masih perlu dan boleh dilakukan ketika anda berada di rumah sama ada seorang diri atau bersama pasangan tercinta. Kenapa mesti rasa malu? Wujud banyak manfaat kepada lelaki dan perempuan bogel di kediaman!

#1. Manfaat jika anda mandi bogel

Logiknya, individu akan memilih untuk mandi bogel memandangkan ia adalah saat di mana anda membersihkan setiap ceruk dan celah tubuh badan termasuk kawasan yang tersembunyi.

Pilihan ini mungkin tepat kerana ia akan membenarkan individu membersihkan segenap ‘pelosok’ kulit untuk menghilangkan kotoran berupa peluh, daki dan lain-lain dengan lebih mudah.

Lebih indah lagi jika anda mandi dengan pasangan. Mungkin di sini akan bermula episod asmara?

#2. Kelebihan seks berbogel

Sama juga dengan aktiviti di atas tadi, seks sudah tentu adalah situasi yang memerlukan lelaki dan perempuan bogel di ranjang! Kerana jika tidak, maka ia akan membantutkan keghairahan.

Mungkin juga ada pasangan yang memilih untuk tidak menanggal pakaian sepenuhnya atas sebab tertentu. Ia tidak salah, seks itu penuh dengan fantasi dan variasi yang boleh direalisasikan.

Cuma, anda mungkin kehilangan sedikit kehangatan atau kenikmatan aktiviti seksual maksimum!

#3. Kebaikan tidur berbogel

mandi bogel

Memastikan suhu badan anda itu nyaman adalah sangat penting untuk tidur yang sihat lagi cukup. Alasannya, suhu badan yang agak rendah (sejuk) itu akan buat individu tidur lebih mudah.

Menurut National Sleep Foundation, suhu persekitaran yang terbaik untuk anda lebih selesa tidur adalah sekitar 16 darjah celcius. Namun, ini tertakluk kepada masing-masing.

Dengan berbogel, anda akan dapat membantu suhu badan turun sedikit agar selesa untuk berehat!

Baca lagi artikel berkaitan:

#4. Membantu menurunkan berat badan

Untuk pengetahuan anda semua, sumber utama sel lemak baik terletak di sekitar bahu dan leher. Apabila ia banyak terdedah terutama pada suhu rendah, maka ia bertambah jumlah kuantiti.

Jangan salah faham, pertambahan sel lemak baik ini akan membantu anda membunuh sel lemak jahat yang mendorong penurunan berat badan. Atas sebab ini, anda disyorkan untuk bertelanjang atau lebih tepat kurang pakai baju agar diri lebih kurus.

#5. Membantu meningkatkan sistem imun

Manfaat lelaki dan perempuan bogel yang terakhir adalah ia dipercayai membantu meningkatkan sistem imun. Bagaimana? Rahsianya adalah pada pendedahan dengan sumber vitamin D.

Jika anda belum tahu, sumber vitamin ini yang paling utama adalah cahaya matahari. Berbogel di kawasan sinaran ini (di dalam rumah) akan membantu anda meningkatkan sistem imun sekali gus mencegah segala jangkitan virus atau bakteria yang biasa.

mandi bogel

Sesuaikan dengan budaya dan agama masing-masing

Konklusinya, memang wujud banyak manfaat mandi bogel atau bertelanjang khususnya ketika di rumah. Apa yang anda perlu beri perhatian adalah tempat dan masa untuk ia dilakukan.

Jangan menggunakan alasan untuk berbogel di luar rumah atau khalayak ramai untuk lebih sihat. Jika anda salah seorang daripada individu ini, maka mungkin anda sendiri yang bermasalah.

Patuhi segala syarat serta syarak di dalam budaya dan agama masing-masing. Petua di atas hanya suatu perkongsian yang boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan anda namun tidak perlu diikuti jika ia melanggar apa yang anda pegang dan percaya!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. 10 Reasons Why You Should Get Naked More Often, https://www.lifehack.org/articles/lifestyle/10-reasons-why-you-should-get-naked-more-often.html, Accessed Jun 21 2022.
  2. Getting naked around strangers improves your body image, study finds, https://www.psypost.org/2020/10/getting-naked-around-strangers-improves-your-body-image-study-finds-58209, Accessed Jun 21 2022.
  3. Getting Naked: It’s Not Just About the Sex, https://www.goodtherapy.org/blog/getting-naked-not-just-about-sex-0123134, Accessed Jun 21 2022.
  4. Benefits of Sleeping Naked, https://www.sleepfoundation.org/sleep-hygiene/sleeping-naked, Accessed Jun 21 2022.
  5. Why We Don’t Walk Around Naked, https://www.desiringgod.org/articles/why-we-dont-walk-around-naked, Accessed Jun 21 2022.

Versi Terbaru

22/06/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

5 Posisi Senggama Dalam Bilik Air Paling Syok Yang Suami Isteri Mesti Cuba!

6 Sebab Mengapa Anda Perlu Tidur Telanjang, #5 Itu Pasti Buat Tersenyum!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 22/06/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan