backup og meta

7 Jenama Kuali Non Stick TERBAIK! Bukan Hanya Senang Memasak, Tapi Juga Diakui Selamat

Berikut kami senaraikan beberapa produk yang mungkin bermanfaat untuk anda. Untuk makluman, kami mungkin terima sedikit komisen setiap kali anda membeli melalui link ini. Namun, jangan bimbang! Tiada sebarang caj dikenakan pada anda. Ketahui lebih lanjut tentang proses pemasaran kami di sini.

Ada yang kata, kuali non stick boleh memberikan kesan buruk atau memudaratkan kesihatan jika digunakan. Sebenarnya, ia bergantung kepada jenis dan bahan yang terdapat pada kuali tersebut. Jika kuali tersebut dihasilkan daripada bahan-bahan yang selamat dan diperakui keselamatannya, maka ia boleh digunakan untuk memasak. Berikut adalah cara memilih kuali non stick dan jenama cookware yang selamat digunakan.

7 Jenama Kuali Non Stick TERBAIK! Bukan Hanya Senang Memasak, Tapi Juga Diakui Selamat

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda boleh klik di sini.

5 Cara memilih kuali yang bagus

  1. Redchef
  2. Tefal
  3. Corelle
  4. Rusell Taylors
  5. iGOZO
  6. Dessini
  7. Jeete

Cara memilih kuali yang bagus dan selamat memerlukan pertimbangan beberapa faktor penting.

Pertama, pastikan kuali tersebut bebas daripada bahan kimia berbahaya seperti PFOA dan PFAS yang boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Kedua, periksa jenis lapisan non stick yang digunakan; lapisan yang berkualiti tinggi tidak hanya memastikan pemakanan yang sihat tetapi juga ketahanan dan kemudahan pembersihan.

Ketiga, pertimbangkan reka bentuk dan ergonomik kuali, termasuk pegangan yang selesa dan pengedaran haba yang serata untuk memudahkan proses memasak.

Selain itu, pilih saiz dan bentuk kuali yang sesuai dengan keperluan dapur anda.

Akhir sekali, pertimbangkan juga jenama dan ulasan pengguna untuk mendapatkan gambaran tentang kualiti dan kebolehpercayaan produk.

Dengan mempertimbangkan faktor-faktor ini, anda dapat memilih kuali non stick yang selamat dan ideal untuk keperluan memasak harian anda.

7 jenama cookware yang selamat digunakan

Tidak tahu jenama kuali non stick yang bagus dan selamat digunakan? Anda boleh lihat cadangan jenama non stick pan yang bagus di bawah ini:

1. Redchef, antara jenama cookware terbaik

Jenama Redchef semakin popular kerana menawarkan cookware dengan salutan seramik non-stick yang dikatakan bebas daripada bahan seperti PFAS, PTFE dan PFOA. Ini menjadikan anda mudah untuk mencuci dan memasak tanpa risau makanan akan melekat pada periuk yang digunakan.

Redchef menjadi pilihan para ibu kerana rekaan dan warnanya yang menarik dan praktikal untuk isi rumahnya yang sedikit. Yang seronoknya, jenama cookware terbaik ini mempunyai banyak model detachable handle untuk memudahkan ia disimpan atau dihidangkan terus ke atas meja!

2. Jenama cookware yang selamat digunakan: Tefal

Tefal dikenali sebagai jenama non stick pan yang bagus, yang menawarkan pelbagai jenis peralatan masak antilekat.

Produk mereka biasanya dilengkapi dengan lapisan antilekat yang tahan lama dan direka untuk pengedaran haba secara serata.

Ini memastikan masakan dapat dimasak dengan sempurna.

3. Corelle

Walaupun lebih dikenali sebagai jenama pinggan mangkuk, Corelle juga jenama cookware yang selamat digunakan dan mengeluarkan siri cookware seperti DuraNano yang menggunakan bahan stainless steel dan teknologi non-stick.

Ia menjadikan anda kurang alami risiko coating cepat rosak, pengagihan haba yang sekata ketika memasak dan lebh tahan lama.

Corelle, antara pan yang selamat kerana lebih tahan lasak dan sesuai untuk memasak harian dalam jangka masa panjang namun harganya sedikit mahal.

4. Jenama cookware yang selamat digunakan: Russell Taylors

Russell Taylors menawarkan kuali non stick dengan lapisan marmar yang bukan sahaja estetik tetapi juga berfungsi dengan baik.

Kuali ini dihasilkan daripada aluminium tebal untuk ketahanan dan pengalaman memasak yang mudah.

Keistimewaan lain produk keluaran jenama ini ialah ia dilengkapi dengan lapisan non stick yang berkualiti tinggi.

Ia memudahkan proses pembersihan dan mengurangkan penggunaan minyak masak.

Ia juga direka untuk penyediaan pelbagai jenis masakan, dan sesuai untuk gaya hidup yang sihat.

Produk ini juga bebas daripada PFOA sekali gus menjamin penggunaan yang selamat.

5. Jenama cookware terbaik: iGOZO

iGOZO mengeluarkan kuali non stick granit yang lengkap dengan penutup kaca dan spatula kayu percuma.

Produk ini dilengkapi dengan lapisan non-stick GREBLON C3 daripada teknologi Jerman.

Ia menawarkan ketahanan yang tinggi dan kesan antilekat yang sangat baik.

Kuali ini diperbuat daripada aluminium dengan ketebalan 4mm untuk pengedaran haba yang serata.

Selain itu, ia juga memiliki pemegang bakelite antipanas yang ergonomik untuk keselesaan dan keselamatan pengguna. 

6. Jenama cookware yang selamat digunakan: Dessini

Dessini juga adalah antara salah satu jenama pengeluar peralatan memasak berkualiti tinggi.

Jenama ini turut menawarkan set periuk dan kuali dengan lapisan antilekat yang tahan lama dan mudah dibersihkan.

Produk-produk Dessini biasanya direka dengan fokus kepada praktikaliti dan kualiti yang menjamin pengalaman memasak yang sangat mudah.

7. Jeetee juga antara jenama cookware terbaik

Jeetee pula menawarkan kuali non stick yang terinspirasi daripada chef profesional, namun direka untuk kegunaan setiap hari di rumah.

Setiap produk jenama Jeete menggabungkan teknologi terkini dengan lapisan non stick PFOA-free STAR®+ yang mesra alam.

Lapisan non stick generasi terbaharu ini menawarkan penyebaran haba 30% lebih baik daripada STAR® original.

Ini memudahkan anda untuk memasak dengan menggunakan sedikit atau tanpa minyak.

Kesimpulan

Memilih jenama cookware yang selamat digunakan adalah penting untuk memastikan pengalaman memasak yang mudah dan sihat.

Dengan mengambil kira faktor-faktor seperti:

  • bahan
  • lapisan
  • keselamatan penggunaan

anda boleh mendapatkan kuali yang sempurna untuk dapur anda.

Tip

Jenama-jenama di atas menawarkan pelbagai pilihan dengan kelebihan tersendiri, memudahkan anda untuk membuat pilihan kuali yang tepat.

Kalkulator BMI

health-tool-icon

tahun

Anda berminat dengan rawatan/sokongan turun berat badan?

Adakah anda terbuka kepada rawatan perubatan untuk membantu turunkan berat badan?

Teruskan bersama kami dan turunkan berat badan: Dapatkan kemas kini pakar tentang rawatan & sokongan penurunan berat badan terus ke (peti masuk > inbox) anda.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Safe and Healthy Cookware: What You Need To Know When Choosing Non-Toxic Pots & Pans. https://foodrevolution.org/blog/healthy-cookware/. Diakses pada Disember 12, 2023.

Seven Tips to Choose the Right Cooking Pan for Your Kitchen. https://www.sballiance.org/home/seven-tips-to-choose-the-right-cooking-pan-for-your-kitchen/. Diakses pada Disember 12, 2023.

Non-stick pan suggestions. https://forums.egullet.org/topic/156409-non-stick-pan-suggestions/. Diakses pada Disember 12, 2023. 

Non stick pan preference?. https://www.bogleheads.org/forum/viewtopic.php?t=291601. Diakses pada Disember 12, 2023.

Cookware Buying Guide. https://www.consumerreports.org/home-garden/cookware/buying-guide/. Diakses pada Disember 12, 2023.

Versi Terbaru

13/05/2026

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Ini 2 Resipi Nasi Goreng Terlajak Sedap, Kena Guna Nasi Sejuk Semalaman Baru Jadi!

7 Minuman Untuk Kurus, No. 4 Paling Ramai Orang Suka!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 6 hari lalu

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan