backup og meta

Apakah itu IQ? Adakah ia Penting?

Apakah itu IQ? Adakah ia Penting?

IQ sering disebut sebagai pengkur kepada tahap kecerdasan seseorang. Mereka yang mendapat mata tinggi dalam ujian IQ dianggap sebagai genius dan mempunyai masa depan cerah. Adakah dakwaan ini benar?

Memahami maksud IQ

Intelligence quotient adalah istilah penuhnya. Ia mengukur potensi seseorang dalam membuat sesuatu pertimbangan. Dalam bahasa lain, ia melihat bagaimana seseorang itu mampu menggunakan maklumat serta logik untuk menjawab persoalan dan membuat jangkaan. Memori dan potensi menyelesaikan teka-teki juga mungkin diambil kira.

Markah purata adalah antara 85 hingga 114. Ujian banyak boleh didapati secara atas talian di internet.

Mungkin ada golongan atau ibu bapa yang begitu obses dengan IQ. Sebenarnya, adakah bacaan yang tinggi membolehkan mereka menjadi seperti Albert Einstein atau Stephen Hawking? Belum tentu. Terdapat banyak faktor lain yang menentukan nasib hidup seseorang selain tahap kecerdasan seseorang.

Bagaimana IQ diukur?

Terdapat ujian dengan set soalan yang khusus dan ia mungkin berbeza mengikut negara, bidang dan umur. Ada yang direka untuk kanak-kanak, ada juga untuk dewasa atau kumpulan tertentu seperti tentera dan polis.

Tidak kira bagaimana teliti pun soalan yang dibuat, sentiasa akan ada kecenderungan ke arah mana-mana kumpulan. Tiada satu set ujian yang sesuai untuk semua orang. Sebagai contoh, mengenali siapa George Washington mungkin satu penanda aras penting di Amerika Syarikat. Walau bagaimanapun, di Jepun mungkin berbeza.

Ujian IQ juga kadangkala merangkumi soalan-soalan yang rumit dan teliti. Contohnya, perbezaaan maksud antara cuaca dan iklim atau istilah-istilah penting dalam perlembagaan negara. Ada juga yang menguji tahap memori seseorang dan potensi menyelesaikan teka-teki atau soalan matematik.

IQ adalah penting tetapi mungkin tidak seperti yang anda fikirkan

Mereka yang terlalu mengambil berat soal IQ mungkin tidak faham sepenuhnya tentang kejayaan di dalam hidup. Ia tergantung kepada banyak faktor termasuk cita-cita, kegigihan, peluang, kebolehan merancang dan mungkin nasib.

Tidak kira betapa bijak seseorang itu, jika tiada peluang untuk mencipta sesuatu dalam kehidupan, markah ujian yang tinggi tidak akan menatijahkan kejayaan dalam hidup mereka. Kejayaan itu sendiri perlu disingkap dengan lebih luas dan bukan sekadar akademik kerana kertas ujian tidak sepenuhnya menggambarkan kebolehan seseorang.

Masih terdapat ramai orang yang mungkin gagal mengikuti sistem akademik tetapi sangat berjaya dalam kehidupan. Apa yang penting adalah kegigihan dan mencari peluang yang ada.

Kata Albert Einstein, “Jika kamu menilai seekor ikan melalui kemampuannya memanjat pokok, ia akan hidup selamanya memikirkan bahawa dirinya adalah bodoh.”

IQ adalah pembantu, bukan penentu kejayaan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What is IQ and How Much Does it Matter? – https://www.sciencenewsforstudents.org/article/what-iq-and-how-much-does-it-matter

Versi Terbaru

14/06/2023

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Moon Face, 7 Punca Ini Sebabkan Muka Jadi Bulat & Kelihatan Bengkak, Bahaya!

Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Bagaimana Laporkan Kepada Pihak Berkuasa?


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 14/06/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan