Semua orang tentu pernah beli, guna, atau makan ubat. Jadi selepas ubat habis, apa kita akan buat? Buang dalam tong sampah?
Jom ketahui lebih lanjut apa yang berlaku kepada sampah ubat-ubatan anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, anda juga boleh klik di sini.
Sistem Penjagaan Kesihatan Antara Penyumbang Sampah Terbanyak!
Tahukah anda, di peringkat global sistem penjagaan kesihatan menyumbang kira-kira 5.9 juta tan sisa pepejal kepada tapak pelupusan sampah dan lebih 4% pelepasan karbon.
Anda penghidap asma atau kenal penghidap asma?
Antara sampah yang banyak disumbangkan oleh sistem penjagaan kesihatan adalah alat sedut pelega asma, yang sering dibuang sebelum ia habis digunakan sepenuhnya.
Alat ini mengandungi bahan yang merupakan gas rumah hijau yang menyumbang kepada pemanasan global.
Setiap satu penyedut berkenaan berpotensi melepaskan gas rumah hijau yang boleh memenuhi 300 belon.
Bila digabungkan dengan mana-mana sisa perubatan lain, boleh menyebabkan kebakaran dan menyebabkan pencemaran alam sekitar.
Selain itu, yang paling banyak menyumbang kepada sisa tapak pelupusan sampah adalah pembungkusan pek ubat yang digunakan untuk penyimpanan ubat.
Ubat yang tidak dihabiskan di dalam pek tersebut mendatangkan bahaya kepada alam apabila larut dan meresap ke dalam tanah atau saluran air.
Jadi, pelupusan teratur bahan sisa atau sampah yang menyumbang kepada penjagaan kesihatan anda ini adalah sangat penting.
GSK Malaysia Lancarkan Kempen #GiveBack Fasa 2 sempena Hari Alam Sekitar Sedunia
Menyedari keadaan ini, pihak GSK Malaysia telah megambil inisiatif untuk mengambil peranan penting dalam pelupusan sampah perubatan atau sisa perubatan ini.
Ini dilakukan menerusi pelancaran fasa kedua kempen #GiveBack di seluruh negara, sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
Kempen ini merupakan usaha Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di seluruh Malaysia.
Ia bertujuan untuk mengumpul alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai, tamat tempoh atau tidak diingini untuk pelupusan yang teratur dan selamat.
Projek ini akan diperluaskan jangkauannya dengan meningkatkan bilangan pusat pengumpulan untuk memudahkan penglibatan orang awam.
Turut bersama dalam program ini adalah Persatuan Farmasi Malaysia (MPS).
Presiden persatuan tersebut, Profesor Amrahi Buang, menyatakan bahawa kempen #GiveBack GSK ini sejajar dengan kempen ‘Memulangkan Ubat’ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kita sebagai rakyat Malaysia perlu menyokong usaha ini dengan membawa alat sedut pelega asma dan pek ubat terpakai ke mana-mana pusat pengumpulan untuk dilupuskan dengan teratur.
Jika anda telah habiskan ubat anda, atau dapati ubat anda telah tamat tempoh, jangan buang ke dalam tong sampah.
Kunjungi farmasi terdekat anda dan masukkan ke dalam kotak pelupusan sampah ubat yang disediakan.
Farmasi yang mengambil bahagian dalam projek ini termasuklah Alpro Pharmacy, AM PM Pharmacy, BIG Pharmacy, CARiNG Pharmacy Group, FirstCare Pharmacy, Health Lane Family Pharmacy, Mega Kulim Pharmacy, Park@city Pharmacy & Medical Supplies, Straits Pharmacy dan Sunway Multicare Pharmacy.
Jadi, kunjungi cawangan farmasi yang disenaraikan berdekatan anda untuk melupuskan sampah sisa perubatan anda.
Hasil Seni Daripada Sisa Ubat
Lebih menarik lagi, GSK telah menugaskan pemasangan seni kreatif menggunakan sisa pek ubat dan alat sedut pelega asma yang dibuang.
Hasil seni tersebut, yang direka oleh pelajar dari The Design School di Taylor’s University.
Rekaan tersebut memaparkan kepentingan pelupusan sisa atau sampah perubatan yang teratur dan kesannya terhadap alam sekitar.
Ini turut memberi peluang kepada generasi akan datang untuk terlibat dalam usaha pemulihan alam sekitar.
Oleh itu, jika anda seorang pesakit, penjaga pesakit atau kenal seorang pesakit, sebarkan pengetahuan tentang kempen ini. Lupuskan ubat anda dengan betul.
Bersama kita hargai alam sekitar. Seperti slogan kempen ini, “Jangan biarkan apa yang mengubati anda, menyakiti tempat anda tinggal”.
[embed-health-tool-bmi]