brand logo

Jaminan Produk Asli 100%

Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Komuniti
Booking Doktor

Iklan

Kongsi

Ada Kesan Pembedahan Cyst Yang Wanita Perlu Tahu, Wujud Risiko Tumbuh Balik?

Sista yang wujud pada ovari itu mungkin perlu dibedah dan dibuang jika perlu. Namun, turut ramai wanita yang takut untuk buat kerana risau akan kesan pembedahan cyst.

Ada Kesan Pembedahan Cyst Yang Wanita Perlu Tahu, Wujud Risiko Tumbuh Balik?

Kenapa? Salah satu sebab yang mungkin akan buat mereka khuatir untuk buat pembedahan ini adalah kemungkinan untuk sista itu kembali semula selepas prosedur operasi.

Selain itu juga, apa lagi kesan pembedahan cyst yang lain? Jom terus baca artikel ini untuk tahu!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan cyst ovari?

Buat anda yang belum tahu, cyst ovari atau ovari cyst adalah kondisi wujud kantung atau poket abnormal yang berisi cecair di dalam atau pada permukaan rahim wanita.

Kebanyakan wanita mungkin akan mempunyai sista pada ovari ketika waktu tertentu sepanjang hidup mereka. Ia boleh jadi bahaya atau tidak tergantung kepada individu.

Kebanyakan sista mungkin akan menyebabkan rasa sakit dan tidak selesa namun tidak berbahaya. Ia juga boleh hilang dengan sendiri tanpa ambil rawatan atau ubatan.

kesan pembedahan cyst

Namun, kondisi ini juga ada risiko untuk jadi lebih bahaya apabila ia pecah atau bocor di dalam rahim wanita. Kesannya, akan timbul tanda, gejala serta komplikasi yang teruk.

Disebabkan itu pula, wanita mungkin perlu mula pertimbang untuk segera buat pembedahan!

Bila sista ovari perlu dibedah dan dibuang?

Meskipun banyak kes sista yang boleh hilang dengan sendiri seiring waktu, masih ada kes di mana wanita perlu bedah dan buang cyst yang ada pada rahim mereka itu.

Caranya, tidak lain dan tidak bukan adalah melalui pembedahan. Ia mungkin perlu jika cyst itu sudah bersaiz besar dan bersifat kanser. Dapatkan diagnosis dari doktor.

Doktor akan melakukan pemeriksaan ultra bunyi terlebih dahulu sebelum memutuskan sama ada anda perlu melakukan pembedahan untuk buang cyst atau tidak.

Berikut adalah diagnosis yang mungkin memerlukan anda untuk melakukan prosedur operasi ini:

  • Sista sudah pecah atau bocor
  • Sista masih tumbuh lepas menopaus
  • Besar sista lebih dari 10 cm
  • Ada karakteristik atau risiko kanser
  • Beri kesan buruk pada ovari
  • Menyebabkan simptom yang teruk

kesan pembedahan cyst

Sekiranya sista itu sudah teruk, maka anda tiada pilihan lain selain buat prosedur pembedahan!

Ada berapa jenis prosedur yang boleh buat?

Ada beberapa jenis prosedur operasi yang wanita mungkin boleh cuba. Ia adalah seperti berikut:

  • Pembedahan laparoskopik – Prosedur ini dilakukan dengan alat laparoskop yang dimasukkan ke dalam belahan kecil di bawah abdomen jika saiz sista tidak lebih 20 cm
  • Pembedahan terbuka – Prosedur ini dilakukan dengan cara membedah dan membuang sista menerusi belahan besar di bawah abdomen jika saiz sista sudah lebih 20 cm
  • Pembedahan rawat parut – Prosedur pilihan ini adalah alternatif ospyenel selepas 2 pembedahan di atas tadi jika individu ingin rawat parut yang ada akibatnya

Dalam erti kata mudah, pembedahan untuk buang cyst akan dibuat bergantung kepada diagnosis dari aspek saiz sista dan karakteristik sama ada ia bersifat kanser atau tidak.

Kesan pembedahan cyst yang mungkin wujud!

Selepas pembedahan itu telah tamat, anda mungkin perlu masa sekitar seminggu atau lebih sebagai langkah pemulihan. Di samping itu, mungkin juga ada ubat atau terapi lain.

Apa yang mungkin mendatangkan rasa risau adalah sama ada wujud kesan pembedahan cyst terhadap wanita. Jawapannya adalah ya kerana memang ada kesan sampingan lain.

Bergantung kepada individu, wanita mungkin akan mengalami kesan dan komplikasi seperti ini:

Bukan itu sahaja, ada juga risiko di mana sista pada ovari ini tumbuh kembali selepas prosedur operasi ini dibuat. Ini adalah kebimbangan dengan kemungkinan yang tinggi.

Menurut kajian, sekitar 10 ke 15 peratus wanita yang telah buat pembedahan itu akan kembali mengalami sista ovari selepas beberapa ketika pembedahan itu telah dibuat.

Jadi, pentingkah prosedur operasi ini?

Meskipun mungkin ada kesan pembedahan cyst, prosedur operasi ini masih penting dalam usaha mengelakkan sista pada ovari menjadi lebih besar, teruk dan risiko kanser.

Sekiranya anda syak diri anda juga ada masalah ini, dapatkan informasi dan nasihat dari doktor.

medical
Panel Perubatan Hello Doktor
Disemak secara perubatan oleh
Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 2 hari lalu