home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Fibroadenoma Payudara

Fibroadenoma Payudara

Pernahkah anda dengar mengenai fibroadenoma payudara? Jika ya, pasti anda tertanya-tanya apa itu fibroadenoma payudara. Sebenarnya, penyakit ini merupakan satu ketulan yang banyak berlaku kepada wanita yang berusia 15 hingga 35 tahun.

Apa itu fibroadenoma payudara?

Fibroadenoma ialah ketulan benigna biasa ditemui dalam payudara wanita muda. Ia tidak berbahaya dan sering akan hilang dengan sendiri tanpa rawatan.

Fibroadenoma bukan ketumbuhan kanser, jadi ia tidak akan merebak ke organ lain. Kebiasaannya fibroadenoma bersaiz kecil, keras apabila disentuh tetapi tidak menyakitkan.

Terdapat dua jenis fibroadenoma:

  • Fibroadenoma biasa tidak meningkatkan risiko kanser payudara dan kelihatan seragam di bawah mikroskop.
  • Fibroadenoma kompleks mengandungi makrosista dipenuhi cecair yang dapat dilihat dengan mata kasar dan deposit kalsium (calcifications)

Mengapa anda mendapat ketulan payudara?

fibroadenoma payudara

Para saintis tidak dapat menjelaskan mengapa fibroadenoma terbentuk. Walau bagaimanapun, mereka percaya bahawa hormon (estrogen, sebagai contoh) mungkin memainkan peranan.

Selain itu, mereka yang mengambil pil pencegah kehamilan sebelum umur 20 lebih cenderung untuk mendapat fibroadenoma berbanding yang lain. Ketulan payudara mungkin membesar semasa mengandung dan mengecil semasa menopaus.

Bagaimana anda tahu jika anda mempunyai ketulan payudara?

Doktor akan melakukan pemeriksaan fizikal payudara. Anda mungkin perlu menjalani ujian pengimejan atau mamogram.

Untuk menentukan sama ada ketumbuhan adalah kanser atau tidak, anda memerlukan biopsi di mana sebahagian kecil ketumbuhan dikeluarkan untuk diuji di makmal.

Bolehkah saya menghilangkan fibroadenoma?

fibroadenoma payudara

Walaupun fibroadenoma tidak akan menyebabkan sebarang masalah kesihatan, anda boleh memilih untuk menyingkirkan ketumbuhan ini jika anda mahu atau jika anda mempunyai sejarah keluarga yang lebih berisiko terhadap kanser payudara.

Pembedahan biasanya disyorkan jika:

  • Ketumbuhan menjejaskan bentuk payudara anda.
  • Ketumbuhan menyebabkan anda sakit.
  • Anda mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser payudara.
  • Hasil daripada biopsi anda membimbangkan.

Walau bagaimanapun, sebaik fibroadenoma dikeluarkan, ia mungkin berlaku semula.

Jika fibroadenoma tidak membesar atau jika mengecut sendiri, mungkin lebih baik untuk membiarkannya kerana mengeluarkannya bermakna membuang sebahagian besar tisu payudara.

Ini boleh meninggalkan parut dan merosakkan payudara anda, menyebabkannya berbentuk pelik.

Hidup dengan fibroadenoma

fibroadenoma payudara

Wanita dengan fibroadenoma mempunyai risiko yang lebih tinggi sedikit untuk mendapat kanser.

Oleh itu, jika anda disahkan menghidap fibroadenoma, anda perlu menjalani pemeriksaan kesihatan kerap untuk memantau keadaan anda.

Anda dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan payudara sendiri dengan kerap untuk memeriksa jika terdapat sebarang masalah dengan payudara anda.

Jika anda mendapati sebarang perubahan luar biasa dalam saiz atau bentuk payudara anda, atau perubahan dalam fibroadenoma sedia ada, anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.

Kalkulator Ovulasi

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Memantau kitaran haid, menentukan waktu kesuburan dan lebih membantu anda untuk merancang kehamilan dengan baik.

Kalkulator Ovulasi

Panjang Kitaran

(hari)

28

Objektif

(hari)

7

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Fibroadenomas of the Breast. https://www.cancer.org/cancer/breast-cancer/non-cancerous-breast-conditions/fibroadenomas-of-the-breast.html. Accessed April 21, 2017.
  2. Fibroadenoma. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/fibroadenoma/symptoms-causes/syc-20352752
  3. Fibroadenoma.https://www.breastcancer.org/symptoms/benign/fibroadenoma
  4. Fibroadenomas of the Breast. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15690-fibroadenomas-of-the-breast
  5. Fibroadenomas. https://www.thewomens.org.au/health-information/breast-health/fibroadenomas

 

Gambar penulis
Ditulis oleh Helma Hassan pada 06/04/2018
x