Tak Perlu Bedah, Ikut Cara Semula Jadi Ini Sahaja Untuk Kecilkan Payudara Anda!
Anda berasa tidak selesa dengan saiz payudara anda yang besar? Adakah sebenarnya terdapat cara mengecilkan payudara selain melakukan pembedahan?

Usah bimbang! Kami akan kongsikan kepada anda tip semula jadi untuk mengecilkan payudara anda dengan cepat dan berkesan dalam artikel ini. Ikuti artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Bagaimana cara mengecilkan payudara dengan sangat cepat?
Tidak dinafikan lagi bahawa wujud sesetengah wanita yang menyukai saiz payudara mereka yang besar kerana ia kelihatan seksi dan menarik.
Walaupun begitu, terdapat juga wanita yang tidak menggemari saiz payudara yang besar kerana ia membebankan dan membuatkan mereka berasa tidak selesa.
Malah, memiliki payudara yang besar juga kadang kala menyukarkan wanita untuk kekal aktif dalam aktiviti fizikal.
Menurut kajian saintifik, memiliki payudara yang bersaiz besar berkait rapat dengan sakit bahu dan juga sekitar leher.
Untuk makluman anda, saiz payudara yang besar boleh terjadi disebabkan oleh beberapa faktor tersebut juga:
- Berat badan seseorang
- Sedang mengandung atau menyusukan bayi
- Kesan sampingan ubat-ubatan
- Perubahan hormon
- Genetik
- Usia
Pun begitu, bagaimana cara mengecilkan payudara yang berkesan untuk anda cuba?
Cara mengecilkan payudara dalam waktu 1 hari

Sebenarnya, cara mengecilkan payudara tidak terhad kepada pembedahan dan menggunakan ubat kecilkan payudara di farmasi sahaja.
Sebaliknya, anda boleh memilih bra yang sesuai untuk mendapatkan ukuran saiz buah dada yang anda idamkan.
Untuk pengetahuan anda, bra untuk mengecilkan payudara tidak dapat mengubah saiz payudara secara kekal, tetapi penggunaannya yang betul boleh membuatkan payudara kelihatan lebih kecil.
Bra yang sesuai bukan sahaja dapat mengurangkan ketidakselesaan buah dada anda, malahan ia juga dapat membuatkan bentuk payudara anda kelihatan rata dan tinggi. Payudara anda juga tidak akan kendur.
Ini kerana, terdapat pelbagai jenis bra minimizer yang dijual di pasaran terkini yang menawarkan lebih banyak ‘tali sokongan’ yang dapat mengurangkan sakit belakang dan leher anda.
Berikut merupakan kesan sekiranya pemakaian bra anda tidak sesuai dan betul:
- Sakit belakang, bahu dan leher – Bra yang terlalu besar atau kecil akan menyebabkan banyak tekanan berlaku pada tali yang akan menarik bahu dan leher anda
- Payudara berasa sakit – Bra yang terlalu ketat boleh menyebabkan kesakitan kerana ruang yang terlalu padat
- Sakit kepala – Bra yang terlalu kecil boleh menyebabkan ketegangan pada bahu dan belakang anda, dan secara tidak langsung menyebabkan anda sakit kepala
- Ketidakhadaman – Bra yang terlalu ketat akan menyekat aliran sistem penghadaman anda
- Tindak balas negatif pada kulit – Geseran daripada bra minimizer yang tidak sesuai boleh menyebabkan kulit anda melecet
Apa pula cara mengecilkan payudara dalam 1 minggu?
Mengubah gaya hidup anda dengan sihat juga merupakan antara cara mengecilkan payudara yang terbaik sekali. Berikut merupakan senarai tip tersebut:
#1. Elakkan daripada mengguna alat kontraseptif
Tahukah anda bahawa alat kontraseptif juga boleh menjadi penyebab payudara anda menjadi semakin besar?
Ya! Ini kerana, alat tersebut sebenarnya mengandungi hormon estrogen dan progesteron yang boleh menjadikan payudara seseorang membesar lagi.
Kebiasaannya, kesan tersebut akan hilang semula apabila anda berhenti mengambil ubat.
Oleh itu, cubalah berhenti daripada menggunakan kaedah kontraseptif tersebut untuk mendapatkan saiz buah dada idaman anda.
#2. Rajinkan bersenam
Bersenam dengan konsisten dapat membantu anda untuk mengurangkan lemak dada dan menguatkan otot di bawah payudara anda. Berikut merupakan senarai senaman yang anda boleh cuba:
- Senaman aerobik (menaiki tangga, berbasikal, berjalan kaki) – meningkatkan metabolisme badan
- Tekan tubi – menguatkan otot dada dan mengubah penampilan dada
- Angkat kaki – dapat mengurangkan saiz payudara, menegangkan otot perut serta mengelakkan payudara kendur
- Senaman kardio – mengurangkan saiz payudara dengan menegangkan otot dada dan mengurangkan lemak di bahagian dada
- Berenang – Teknik ayunan tangan ke depan dan belakang yang digunakan semasa berenang membantu membakar lemak berlebihan di sekitar payudara
Namun begitu, anda masih perlu mendapatkan nasihat doktor mengenai senaman yang sesuai untuk anda. Pastikan juga anda tidak terlalu memaksa diri untuk bersenam secara berlebihan.
#3. Diet yang sihat sebagai cara mengecilkan payudara

Diet yang berkhasiat dan rendah kalori dapat membantu mengurangkan lemak yang terkumpul pada buah dada anda.Ia juga merupakan salah satu cara mengecilkan payudara yang paling berkesan untuk anda cuba!
Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, ikan berlemak seperti salmon dan daging tanpa lemak seperti ayam panggang. Makanan jenis ini juga membantu anda untuk berasa kenyang dengan lebih lama dan menurukan berat badan anda.
Kesimpulannya, anda perlu melatih diri untuk sentiasa konsisten dengan cara mengecilkan payudara di atas bagi mendapatkan saiz payudara yang ideal untuk anda. Namun, jangan terlalu memaksa diri dan sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memulakan tip tersebut.
