backup og meta

Pernah Jalani Pembedahan? Cuba Senaman Kuatkan Otot Pelvis, Baik Untuk Lelaki & Perempuan

Pernah Jalani Pembedahan? Cuba Senaman Kuatkan Otot Pelvis, Baik Untuk Lelaki & Perempuan

Senaman lantai pelvik, yang lebih dikenali sebagai senaman Kegel, dilakukan untuk menguatkan otot yang menyokong pelvis.

Dinamakan sempena Dr. Arnold Kegel, doktor pertama yang mencadangkan senaman ini sebagai cara untuk menguatkan otot-otot pelvis yang lemah.

Bagi yang masih tidak kenal senaman ini, latihan Kegel digunakan untuk menguatkan otot-otot pundi kencing, dinding rektum, dan faraj.

Atas alasan itu, senaman ini amat digalakkan untuk diamalkan, lebih-lebih lagi bagi individu yang telah menjalani pembedahan.

Senaman Kegel, ini manfaatnya…

Untuk makluman, otot di sekitar kawasan pelvis boleh menjadi lemah dek pembedahan, penyakit, kegemukan, kecederaan, kelahiran anak, dan sebab-sebab yang lain.

Antara manfaat senaman Kegel merangkumi:

  • Bagi pesakit pasca pembedahan, senaman lantai pelvik ini dapat dilakukan bagi menguatkan otot yang dilemahkan akibat penyakit atau pembedahan dihadapi
  • Bagi mereka yang mengalami inkontinen urinari atau najis, senaman ini bantu meningkatkan kawalan fungsi tubuh
  • Wanita yang bersalin secara czer sering mengalami inkontinen usai pembedahan, ternyata senaman Kegel bagus dalam menguatkan otot pelvis
  • Selain itu, beberapa pakar bedah mengesyorkan senaman ini untuk lelaki bagi menyembuhkan masalah inkontinen selepas pembedahan prostat
  • Inkontinen stres pula, yang membawa maksud kebocoran air kencing yang terjadi akibat tekanan seperti bersin atau batuk, dapat disembuhkan secara dramatik
  • Menariknya, senaman ini juga bagus untuk meningkatkan kualiti hubungan seks! Beberapa penyelidikan menunjukkan ia meningkatkan vaginal tone saat bersenggama, sekali gus meningkatkan sensasi
  • Kajian lain turut mengesyorkan Kegel sebagai rawatan ejakulasi pramatang dan erection tone yang lemah
  • Prolaps lantai pelvis juga dapat ditingkatkan dengan senaman lantai pelvik

Dengan mengecutkan otot-otot dasar pelvis, ia bantu menguatkan otot selama beberapa minggu atau bulan.

Sebaik-baiknya, anda harus melakukan ulangan sebanyak 15 ke 20 kali, sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali sehari.

Lebih memudahkan apabila senaman ini amat senang diamalkan serta boleh dilakukan di mana sahaja tempat yang sesuai.

Otot lantai pelvis, ini antara kaedah mengesannya!

sakit pundi kencing

Bagi sesetengah orang, cara termudah untuk mengesan otot-otot lantai pelvis, adalah dengan cuba berhenti sekerat jalan semasa kencing.

Jika anda dapat menghentikan dan sambung kencing semula, ini bermakna anda telah pun menggunakan otot-otot lantai pelvis.

Bagi individu lain pula, dengan ‘mengetatkan’ dubur seolah-olah anda cuba mencegah pergerakan usus turut menjadi kaedah yang baik untuk mengesan otot lantai pelvis.

Kecutkan otot lantai pelvis anda…

Setelah anda faham cara-cara mengetatkan otot-otot lantai pelvis, senaman ini pastinya dapat dilakukan dengan mudah!

Sehingga anda membiasakan diri dengan latihan ini, kalian boleh bermula dengan mengosongkan pundi kencing sepenuhnya.

Sekiranya anda tidak pasti sama ada mampu mengawal usus atau pundi kencing saat melakukan senaman Kegel atau tidak, cuba lakukannya semasa duduk di tandas, dengan gaya seolah-olah ingin membuang air kecil.

Setelah anda berjaya mengawal pundi kencing serta usus, senaman lantai pelvik ini boleh kalian lakukan di tempat-tempat lain.

Berbaring secara telentang atau duduk di kerusi, ketatkan otot-otot lantai pelvis anda dan tahan kontraksi ini selama beberapa saat.

Untuk mendapatkan hasil yang optimum, amalkan senaman ini 5 hingga 10 kali bagi setiap set latihan.

Untuk hasil yang terbaik, jangan give up okey!

senaman

Lama-kelamaan, set latihan harus ditingkatkan merangkumi 15 sehingga 20 kontraksi dan berlangsung selama 10 saat.

Untuk hasil yang terbaik, pasang niat untuk melakukannya sekurang-kurangnya minimum 4 set sehari.

Sebaik sahaja anda mencapai tahap ini, anda mungkin mula merasakan lebih mudah untuk mengawal aliran air kencing, atau bahkan pergerakan usus, kerana otot lantai pelvis bertambah kuat.

Bagi sesetengah orang, mereka mungkin memerlukan tempoh masa beberapa minggu atau bahkan berbulan-bulan untuk melihat sebarang perubahan.

Justeru, adalah mustahak untuk terus melakukan senaman ini sebagai sebahagian daripada rutin harian anda kerana hasilnya berlaku secara beransur-ansur.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/mens-health/in-depth/kegel-exercises-for-men/art-20045074
  2. https://www.uclahealth.org/urology/prostate-cancer/kegel-exercises-for-men
  3. https://www.uchicagomedicine.org/forefront/womens-health-articles/kegels-the-30-second-exercise-that-can-improve-incontinence-and-sex
  4. https://medlineplus.gov/ency/patientinstructions/000141.htm

Versi Terbaru

25/07/2021

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

1 Minit Sudah Pancut, Adakah Waktu Singkat Ini Dikira Sebagai Ejakulasi Pramatang?

Kegel: Senaman Untuk Faraj


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 25/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan