backup og meta

Gejala Menopaus & Penyakit Tiroid, Jangan Keliru Dengan Simptom 2 Kondisi Ini

Gejala Menopaus & Penyakit Tiroid, Jangan Keliru Dengan Simptom 2 Kondisi Ini

Mudah marah, berat bertambah dan tidur terganggu… Jika anda berusia pertengahan 40-an atau 50-an, anda mungkin menganggap ia gejala putus haid dan ingin mengambil pil hormon untuk wanita menopause.

Jangan buat kesimpulan dulu kerana ini mungkin tanda kelenjar tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme) atau kurang aktif (hipotiroidisme).

Dalam artikel ini, kita bakal mengupas kaitan antara dua kondisi tersebut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Ketidakseimbangan Hormon Wanita sila dapatkannya di sini.

Pil hormon untuk wanita menopause: tiroiditis pasca menopaus

Tiroid adalah kelenjar dan berbentuk kupu-kupu yang terletak di bahagian depan tekak.

Anda mempunyai kelenjar di seluruh badan, yang berfungsi untuk mencipta dan melepaskan bahan-bahan yang membantu badan melakukan perkara tertentu.

Tiroid anda menghasilkan hormon yang bantu mengawal banyak fungsi penting badan.

Menopaus pula adalah satu tempoh dalam kehidupan wanita di mana haidnya berhenti dan tidak lagi boleh mengandung.

Apabila bercakap mengenai gejala menopaus, orang sering merujuk kepada simptom yang berkaitan dengan pra-menopaus.

Apabila kelenjar tiroid menghasilkan hormon tiroid terlalu banyak atau terlalu sedikit, ia boleh menyebabkan banyak gejala yang berbeza.

Di antaranya pula sangat serupa dengan simptom dialami oleh wanita semasa atau memasuki fasa menopaus.

Maka, inilah yang dikategorikan sebagai, tiroiditis pasca menopaus!

Tiroiditis pasca menopaus, apa puncanya?

pil hormon untuk wanita menopause

Ingin ambil pil hormon untuk wanita menopause? Baca ini dahulu.

Menopaus merupakan satu fasa peralihan semula jadi yang dialami wanita dan bersifat kekal.

Setelah seorang wanita mengalami haid terakhir dan tidak lagi didatangi haid selama 12 bulan berturut-turut, dia dianggap telah mengalami menopaus.

Semasa pra-menopaus dan menopaus, turun naik hormon adalah perkara yang biasa terjadi.

Penyakit tiroid boleh bercirikan kelenjar tiroid yang kurang aktif atau terlalu aktif:

  1. Hipotiroidisme: Disebabkan oleh penurunan aktiviti hormon tiroid.
  2. Hipertiroidisme: Disebabkan oleh berlebihan hormon tiroid.

Ia juga boleh terbentuk dek penurunan aktiviti atau overactivity kelenjar pituitari atau hipotalamus di otak (yang melepaskan hormon yang merangsang kelenjar tiroid).

Pengawal hormon tiroid ini, terutama hipotalamus juga mempengaruhi aktiviti estrogen sepanjang hayat kaum wanita, termasuk semasa dalam fasa pra-menopaus.

pil hormon untuk wanita menopause

Mengikut 1 teori, turun naik kadar estrogen berupaya meningkatkan keradangan, mewujudkan persekitaran yang ideal untuk perkembangan penyakit autoimun seperti tiroiditis Hashimoto, yang boleh menyebabkan hipotiroidisme, jelas Dr. Cheryl Rosenfeld, Profesor Perubatan Touro College of Osteopathic Medicine di New York City.

Pil hormon untuk wanita menopause: faktor-faktor risiko tiroid

Anda mungkin punyai risiko lebih tinggi terkena penyakit tiroid jika:

  1. Mempunyai sejarah keluarga penyakit tiroid.
  2. Mempunyai masalah perubatan (anemia, diabetes jenis 1, lupus, rheumatoid arthritis, sindrom Sjögren dan sindrom Turner).
  3. Ambil ubat tinggi iodin (amiodarone).
  4. Berusia lebih dari 60 tahun.
  5. Pernah menjalani rawatan untuk gangguan tiroid atau kanser (tiroidektomi atau radiasi).

Ini simptom-simptomnya

Gejala menopaus  yang mempunyai persamaan dan boleh dibandingkan dengan tanda penyakit tiroid, merangkumi:

  • Selalu kepanasan
  • Berpeluh malam
  • Kerap membuang air kecil
  • Perubahan haid atau libido (nafsu seks)
  • Kekeringan faraj
  • Sukar tidur
  • Perasaan murung
  • Mudah lupa
  • Berat badan berubah

Namun, tidak bermakna anda mesti ambil pil hormon untuk wanita menopause.

Hipotiroidisme

Kadangkala, sukar untuk membezakan tanda penyakit tiroid yang tidak aktif (hipotiroidisme) dan menopaus kerana ia sangat serupa.

  • Kulit kering
  • Sembelit
  • Perubahan dalam kitaran haid atau libido
  • Perasaan murung
  • Mudah lupa
  • Berat badan berubah

Peralihan ke menopaus sering bermula ketika seorang wanita mencecah umur 45 hingga 55 tahun.

Sementara itu, penyakit tiroid boleh bermula tanpa mengira usia.

Hipertiroidisme

Wanita usia menopaus juga lebih cenderung untuk memperoleh tiroid yang terlalu aktif (hipertiroidisme).

Bagaimanapun, hipertiroidisme lebih kurang cenderung untuk terbentuk berbanding hipotiroidisme.

Seperti hipotiroidisme, ia boleh menghasilkan seakan dengan menopaus, termasuk:

  • Selalu kepanasan
  • Berdebar-debar
  • Tachycardia (istilah perubatan untuk degupan jantung lebih dari 100 denyutan seminit)
  • Insomnia

Gejala hipertiroidisme turut meliputi penurunan berat badan, tiroid membesar dan mata tersembul. Namun tidak bermakna anda mesti ambil pil hormon untuk wanita menopause.

Bagaimana penyakit tiroid didiagnosis & dirawat?

pil hormon untuk wanita menopause

Dignosis penyakit

Kadangkala, penyakit tiroid sukar didiagnosis kerana gejalanya mudah dikelirukan dengan kondisi lain.

Anda mungkin mengalami simptom yang serupa semasa hamil, menopaus, bahkan sebagai tanda penyakit tiroid.

Nasib baik, ada ujian yang dapat bantu menentukan sama ada gejala anda disebabkan oleh masalah tiroid atau sebaliknya. Ujian ini merangkumi:

  1. Ujian darah.
  2. Ujian pengimejan.
  3. Ujian fizikal.

Pilihan rawatan penyakit

Sekiranya anda menghidap penyakit tiroid, anda perlu dirawat mengikut jenis:

  • Hipotiroidisme sering dirawat dengan suplemen hormon tiroid yang dipreskripsikan
  • Hipertiroidisme mungkin perlu dirawat dengan pembedahan atau terapi radiasi

Ketika sedang dirawat, pasukan perubatan akan memantau tahap hormon tiroid untuk menilai kesan rawatan tersebut.

Sudah tentu, memerhatikan gejala sedia ada dan melaporkan simptom baharu juga penting.

Selain itu, tanpa mengambil kira status tiroid, anda mungkin mendapat manfaat daripada terapi penggantian estrogen, yang bantu mengurangkan kesan pra-menopaus atau menopaus.

Sebilangan wanita menggunakan pil hormon untuk wanita menopause yang mengandungi estrogen semasa fasa simptomatik dan dapat menghentikan rawatan, manakala yang lain memerlukan rawatan untuk jangka panjang.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

You Think It’s Menopause, But Could It Be Your Thyroid?. https://health.clevelandclinic.org/you-think-its-menopause-but-could-it-be-a-thyroid-disorder/. Accessed on April 1, 2021.

Thyroid and menopause. https://www.btf-thyroid.org/thyroid-and-menopause. Accessed on April 1, 2021.

Thyroid Disease. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8541-thyroid-disease. Accessed on April 1, 2021.

Thyroid disease. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/thyroid-disease. Accessed on April 1, 2021.

Schindler A. E. (2003). Thyroid function and postmenopause. Gynecological endocrinology : the official journal of the International Society of Gynecological Endocrinology, 17(1), 79–85. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/12724022/. Accessed on April 1, 2021.

Versi Terbaru

19/06/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Kenali 4 Masalah Kesihatan Wanita Yang Selalu Terjadi, Orang Perempuan WAJIB Tahu Ini

Selain Kemurungan Selepas Bersalin, Bakal Ibu Turut Terdedah Dengan Penyakit Tiroid!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 19/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan