Anda tertanya-tanya apa sebenarnya ubat untuk period cepat?
Anda tertanya-tanya apa sebenarnya ubat untuk period cepat?

Sebenarnya terdapat beberapa sebab yang membuatkan wanita terdesak untuk mengambil ubat untuk cepat period.
Mungkin ada yang sedang merancang untuk beribadah di Mekah atau melakukan aktiviti lain, mengalami kelewatan haid dan juga ingin membetulkan kitaran haid mereka kembali.
Jadi, mari ikuti artikel ini sehingga tamat untuk memahami mengapa kelewatan haid boleh berlaku dan mengetahui beberapa ubat period yang boleh diambil.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Kitaran haid sebenarnya dikira dari haid pertama anda sehingga permulaan haid yang seterusnya.
Secara purata, kitaran haid yang normal bagi wanita adalah 28 hari, namun ia boleh berbeza bagi setiap individu.
Tanda haid yang tidak teratur adalah apabila kitaran menjadi lebih panjang daripada 35 hari atau tidak menentu dan berubah-ubah.
Berikut merupakan beberapa simptom lain bagi period anda yang tidak teratur:
Pengambilan ubat-ubatan merupakan salah satu cara untuk membetulkan semula kitaran haid anda.
Berikut merupakan jenis ubat-ubatan yang boleh anda ambil bagi melancarkan darah haid anda:

Norethindrone merupakan pil pencegah kehamilan dan ubat untuk period.
Ia berfungsi untuk menghentikan telur wanita daripada berkembang sepenuhnya setiap bulan.
Bukan itu sahaja, norethindrone juga digunakan untuk merawat amenorea, endometriosis, dan haid tidak teratur yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon.
Norethindrone juga digunakan untuk membawa kitaran haid yang normal pada wanita yang pernah haid secara normal pada masa lalu tetapi tidak mengalami menstruasi selama sekurang-kurangnya 3 bulan dan yang tidak hamil atau mengalami menopaus.
Walau bagaimanapun, anda dikehendaki untuk mendapatkan nasihat doktor dan ahli farmasi terlebih dahulu sebelum mengambil ubat ini.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan ubat norethindrone:
Medroxyprogesterone merupakan sejenis ubat tablet iaitu ubat hormon wanita (progestin) dan digunakan untuk merawat (amenorea) dan pendarahan rahim yang tidak normal.
Ia biasanya diambil sekali sehari pada hari-hari tertentu kitaran bulanan biasa.
Malahan, ubat ini juga digunakan untuk wanita yang pernah mengalami kitaran haid yang normal tetapi tidak datang haid dalam tempoh sekurang-kurangnya enam bulan, tidak hamil atau mengalami menopaus.
Medroxyprogesterone juga berfungsi untuk menghalang pertumbuhan lapisan rahim yang berlebihan serta dapat mengurangkan risiko kanser rahim bagi pesakit yang mengambil estrogen.
Namun begitu,anda dinasihati untuk mendapatkan nasihat dari doktor atau ahli farmasi sebelum menggunakan ubat ini.
Berikut merupakan beberapa kesan sampingan pengambilan ubat ini yang ada perlu pertimbangkan:
Metformin juga merupakan salah satu ubat untuk period yang membantu untuk mengawal kitaran haid dan juga menggalakkan penurunan berat badan.
Ubat tablet metformin biasanya dimakan sekali atau dua kali sehari, dan lebih berkesan apabila digunakan dalam kombinasi diet dan senaman yang sihat.
Sesetengah wanita yang mengambil ubat ini juga akan menghadapi kesan sampingan seperti berikut:

Senggugut atau juga dikenali sebagai dysmenorrhoea adalah kesakitan yang dialami di bahagian bawah perut atau pelvis semasa wanita sedang haid.
Wanita yang mengalami senggugut ini akan mengalami simptom seperti sakit perut, sakit kepala, berasa letih, tulang belakang sakit , loya, muntah dan juga cirit-birit.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), terdapat beberapa jenis rawatan period pain yang boleh diambil seperti berikut:
Kesimpulannya, sebelum anda mula mengambil ubat-ubatan di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan konsultasi.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Norethindrone. https://medlineplus.gov/druginfo/meds/a604034.html. Diakses pada Oktober 27, 2023.
Senggugut. http://www.myhealth.gov.my/senggugut/#:~:text=Senggugut%20adalah%20kesakitan%20yang%20dialami,%2C%20senggugut%20dipanggil%20%E2%80%9Cdysmenorrhoea%E2%80%9D. Diakses pada Oktober 27, 2023.
Irregular periods. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14633-abnormal-menstruation-periods. Diakses pada Oktober 27, 2023.
Irregular periods. https://kidshealth.org/en/teens/irregular-periods.html. Diakses pada Oktober 27, 2023.
Medroxyprogesterone (Oral Route). https://www.mayoclinic.org/drugs-supplements/medroxyprogesterone-oral-route/precautions/drg-20146771?.p=1#:~:text=Descriptions,medicine%20is%20a%20progestin%20hormone. Diakses pada Oktober 27, 2023.
Versi Terbaru
22/09/2026
Ditulis oleh Annes Nadia
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor