Setelah sebulan berpuasa Ramadan, hari raya Aidilfitri semua orang seolah-oleh merdeka dan bebas menikmati pelbagai makanan menarik pada hari raya.
Setelah sebulan berpuasa Ramadan, hari raya Aidilfitri semua orang seolah-oleh merdeka dan bebas menikmati pelbagai makanan menarik pada hari raya.

Jadi, bagaimana untuk memastikan kebersihan mulut terjaga dan boleh mengekalkan kesegaran nafas serta gigi yang bersih? Sila baca artikel ini.
Dapatkan maklumat lanjut tentang Kesihatan Mulut di sini.
Makanan yang tinggi gula seperti biskut atau makanan goreng, bukan saja berkandungan lemak yang tinggi, tapi ia juga akan menyebabkan pengumpulan plak.
Plak yang banyak boleh merosakan gigi anda jika anda tidak memberi perhatian kepada kebersihan mulut selepas makan makanan tersebut.
Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, kerana makanan ini akan kekal di dalam mulut, dan mudah untuk mengalami hakisan asid gigi.
Makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek juga perlu dihadkan.
Buah-buahan segar bukan sahaja mengandungi banyak serat dan antioksidan, ia juga adalah pengganti yang baik untuk makanan bergula dan berlemak tinggi.
Pilih buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut. Bila menghidangkan tetamu, hidangkan buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut.
Minuman berkarbonat atau minuman bergas sangat popular semasa hari raya kerana ia sangat mudah disediakan.
Jika anda tidak dapat mengelakannya, hadkan diri anda atau anak anda supaya minum tidak melebihi daripada satu cawan.
Sebaiknya gunakan penyedut minuan (straw), ini boleh mengurangkan minuman berasid terkena pada permukaan gigi dan mengurangkan kerosakan gigi.
Namun, ia hanya boleh mengurangkan risiko kerosakan gigi, untuk melindungi gigi anda sepenuhnya, lebih baik untuk tidak mengambil minuman soda atau bergas.
Selepas minum minuman berasid ini, anda tidak dinasihat memberus gigi dalam masa 30 minit.
Ini kerana untuk memberi masa bagi gigi meneutralkan asid di dalam mulut dan proses membaiki kesan kehausan gigi.
Banyakkan meminum air kosong semasa hari raya Aidilfitri kerana air kosong bukan sahaja memulihkan kandungan air dalam badan, tetapi juga berfungsi mengurangkan kerosakan gigi.

Air kosong membantu mencuci sisa bakteria di dalam mulut. Jika sisa bakteria ini tidak dicucikan selalu, bakteria ini akan membiak cepat dengan kehadiran gula yang dibekalkan kepadanya.
Minum air kosong juga boleh menghalang kesan pigmen warna dari makanan, snek atau minuman pada gigi yang boleh menjadikan gigi berwarna kuning.
Selepas menikmati makanan atau kuih-muih, anda perlu ingat untuk berkumur dengan air biasa.
Walaupun ia tidak boleh membersihkan mulut sepenuhnya, tetapi ia boleh mengurangkan sisa makanan, dan keasidan sisa makanan yang dihasilkan. Ini boleh mengelakkan hakisan gigi dan kerosakan gigi.
Walaupun hari raya, anda boleh mencuba minuman teh hijau.
Teh hijau mengandungi antioksida dan fluorida semula jadi yang merupakan mineral penting dalam proses membaiki gigi, ini membolehkan hakisan yang baru sahaja terjadi dibentuk balik semula dengan dentin-mineral.
Anda boleh membeli gula-gula getah yang mengandungi xylitol sebagai bekalan pada hari raya.
Selepas mengunjungi rumah saudara mara atau rakan, anda boleh mengunyah gula-gula getah.
Ini kerana ia membantu membersihkan sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, dan juga menambahkan pengeluaran air liur yang boleh membantu membaiki gigi dan mengelakkan kerosakan gigi.
Jangan lupa untuk menggosok gigi selepas sehari mengambil pelbagai makana dan minuman pada hari raya.
Ia sangat penting supaya makanan yang terkumpul di dalam mulut khususnya celah-celah gigi dapat dibersihkan.
Sambutan Hari Raya tidak seharusnya menjadi alasan untuk mengabaikan kesihatan gigi.
Penjagaan gigi yang konsisten bukan sahaja membantu mengekalkan kesihatan gigi, malah memastikan senyuman anda kekal sihat dan menawan sepanjang musim perayaan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Taking Care of Your Teeth and Mouth, https://www.nia.nih.gov/health/taking-care-your-teeth-and-mouth, Accessed May 23 2018.
Dental care – adult, https://medlineplus.gov/ency/article/001957.htm, Accessed May 23 2018.
Oral health: Brush up on dental care basics, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/dental/art-20045536, Accessed May 23 2018.
Oral health: A window to your overall health, https://www.mayoclinic.org/healthy-lifestyle/adult-health/in-depth/dental/art-20047475, Accessed May 23 2018.
Caring for my teeth and gums, https://www.dentalhealth.org/caring-for-my-teeth, Accessed May 23 2018.
Versi Terbaru
06/03/2026
Ditulis oleh Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor