backup og meta

Hakisan Gigi

Hakisan Gigi

Definisi

Apa itu hakisan gigi?

Hakisan gigi (dentl erosion) adalah kerosakan enamel yang disebabkan oleh asid. Lebih terperinci, enamel adalah lapisan pelindung gigi yang keras, yang melindungi dentin sensitif di bawahnya. Tanpanya, anda mudah mengalami kesakitan dan gigi yang sensitif.

Hakisan gigi boleh berpunca daripada:

  • Pengambilan minuman ringan yang tinggi asid fosforik dan sitrik secara berlebihan
  • Asid dalam minuman buah-buahan
  • Diet (tinggi gula dan kanji)
  • Mulut kering atau aliran saliva yang rendah (xerostomia)
  • Penyakit refluks asid (GERD)
  • Masalah gastrousus
  • Ubat-ubatan (aspirin, antihistamin)
  • Genetik 

Apakah tanda-tanda dan simptom hakisan gigi?

Tanda-tanda hakisan gigi adalah kehilangan permukaan gigi, ini akan menyebabkan kelihatan berkilat:

  • Sakit gigi, nafas berbau, sakit
  • Gigi sensitif terhadap makanan panas, manis, sejuk atau berasid
  • Lubang yang kelihatan atau lubang di dalam gigi anda
  • Coklat, hitam atau putih di atas permukaan gigi

Mungkin terdapat beberapa tanda atau simptom yang tidak disenaraikan di atas. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan tentang simptom, jumpa doktor atau ahli farmasi anda.

Rawatan

Apakah yang perlu saya lakukan?

Terdapat beberapa tip yang anda boleh cuba lakukan bagi meredakan kesakitan jika mengalami tusukan atau sakit semasa makan.

  • Bilas mulut dengan air suam untuk membersihkan makanan yang boleh terperangkap di dalam kaviti. Gunakan juga flos gigi untuk mengeluarkan apa-apa makanan yang mungkin terperangkap dalam kaviti atau di antara gigi.
  • Jangan letakkan aspirin pada gigi yang sakit atau tisu gusi.

Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Anda perlu berjumpa doktor gigi secepat mungkin jika anda melihat keadaan tidak normal berlaku pada gigi anda atau sebarang tanda yang disenaraikan sebelum ini.

Pencegahan

Bagaimanakah untuk mencegahnya?

Terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk melindungi enamel gigi:

  • Minum dengan cepat, tanpa menahan minuman di mulut anda atau ‘swishing’ di sekitar mulut anda. Selain itu, gunakan penyedut (straw) untuk membantu minuman pergi ke bahagian belakang mulut dan elakkan sentuhan lama dengan gigi anda.
  • Akhiri hidangan dengan keju atau susu kerana ini akan membantu menghalang pengeluaran asid.
  • Gula-gula tanpa gula selepas makan membantu menghasilkan lebih banyak air liur, yang menghalang penghasilan asid terbentuk di mulut anda selepas makan.
  • Gosok gigi selepas satu jam makan atau minum apa-apa yang berasid sebelum ini. Ini memberikan masa gigi anda untuk membina kandungan mineralnya semula.
  • Gosok gigi pada waktu malam dan sekurang-kurangnya sekali pada masa lain di siang hari dengan ubat gigi fluorida. Juga, flos sekurang-kurangnya sekali sehari.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Dental erosion. https://www.dentalhealth.org/tell-me-about/topic/mouth-conditions/dental-erosion#faq_83. Accessed August 30, 2016.

Oral care – tooth enamel erosion and restoration. http://www.webmd.com/oral-health/guide/tooth-enamel-erosion-restoration?print=true. Accessed August 30, 2016.

Dental erosion. http://www.betterhealth.vic.gov.au/bhcv2/bhcarticles.nsf/pages/Dental_erosion. Accessed August 30, 2016.

Oral care. http://www.webmd.com/oral-health/guide/handling-dental-emergencies. Accessed August 30, 2016.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Fakta Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel

Diperbaharui oleh: Mohammad Nazri Zulkafli


Artikel Berkaitan

Sakit Gigi Sampai Berdenyut? Ini 8 Punca Dan Cara Untuk Atasinya, Cubalah!

6 Petua Hilangkan Sakit Gigi Tradisional, Ada 2 Jenis Herba Anda Boleh Amalkan!


Fakta Disemak oleh

Hello Doktor Medical Panel


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan