backup og meta

Apa yang Patut Dilakukan Jika Nafas Berbau?

Apa yang Patut Dilakukan Jika Nafas Berbau?

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan nafas berbau. Mempunyai nafas berbau membuatkan kita berasa kurang yakin. Berikut adalah beberapa tips mudah yang boleh gunakan untuk memperbaik nafas anda.

Kerap menggosok dan flos gigi

Plak dan bakteria di dalam mulut anda adalah punca utama yang menyebabkan nafas berbau. Sebahagian besar daripada kita menggosok gigi dua kali sehari, selepas bangun daripada tidur dan sebelum tidur. Walau bagaimanapun, jika anda bimbang tentang nafas anda, berus gigi anda lebih kerap. Sebagai contoh selepas makan makanan yang berbau kuat seperti keju biru, bawang putih, bawang merah atau ikan. Selain itu, anda juga perlu flos gigi anda sekurang-kurangnya sekali sehari. Kerana ada tempat di dalam mulut yang berus gigi yang tidak boleh mencapainya, menggunakan flos membantu mengeluarkan makanan yang terperangkap di antara gigi.

Gunakan pencuci mulut

Selain memberi anda nafas yang segar, pencuci mulut yang baik melindungi kesihatan mulut anda dengan menyingkirkan bakteria. Terdapat pelbagai ubat yang akan membantu anda melawan nafas berbau. Walau bagaimanapun, jangan pilih yang mengandungi alkohol kerana ia akan mengeringkan.

Elakkan makan makanan yang berbau kuat

Bawang putih dan bawang merah adalah musuh terbesar nafas kerana menggosok tidak boleh melawan bau makanan ini. Selepas makan bawang putih atau bawang, bahan-bahan yang menyebabkan bau busuk masuk ke dalam aliran darah anda dan pergi ke paru-paru, apabila anda menghembus nafas. Oleh itu, penyelesaiannya adalah berhenti memakannya atau mengelakkan memakannya sebelum pergi ke tempat kerja atau berjumpa rakan anda.

Berhenti merokok

Kita semua sedar bahawa secara umum merokok tidak baik untuk kesihatan, terutama bagi paru-paru. Namun, ia juga sangat tidak baik untuk kesihatan mulut. Selain menyebabkan kanser, merosakkan paru-paru, merokok akan mengotorkan gigi dan merosakkan nafas anda. Walau bagaimanapun, berhenti merokok adalah sentiasa satu cabaran kepada perokok. Jika anda ingin berhenti merokok, buat temu janji dengan doktor anda untuk mendapatkan cara terbaik untuk berhenti merokok.

Minum air  

Minum air adalah kaedah yang paling mudah untuk mengelakkan nafas berbau. Anda boleh mengalami kerosakan gigi dan nafas berbau jika anda tidak mendapatkan air yang cukup untuk membuat air liur.

Berus lidah

Semasa menggosok gigi, jangan lupa untuk memberus lidah anda juga. Walaupun lidah anda mungkin kelihatan cantik tidak berbahaya, ia boleh menjadi rumah berjuta-juta bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan nafas berbau.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

What You Can Do About Bad Breath http://www.webmd.com/oral-health/healthy-mouth-15/your-healthy-mouth/get-rid-bad-breath?page=2 Assessed January 5, 2017.

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Farah Aziz

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Ringan, Malas Gosok Gigi Boleh Sebabkan Penyakit Kronik Ini!

12 Cara PALING Berkesan Untuk Hilangkan Rasa Sakit Gigi Bergoyang, Boleh Cuba Di Rumah Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan