backup og meta

6 Mitos Penjagaan Gigi Sihat: Benar atau Salah

6 Mitos Penjagaan Gigi Sihat: Benar atau Salah

Sebarang prosuder gigi di klinik mungkin menggusarkan hati anda. Oleh itu, mencegah sebarang keperluan untuk berjumpa doktor gigi mungkin pilihan yang lebih baik. Sebelum itu, terdapat beberapa mitos yang anda perlu perbetulkan tentang apa yang anda fahami tentang gigi sihat.

Mitos 1: Gigi Putih lebih Sihat

Salah: Gigi anda mungkin berwarna putih tetapi ini tidak menunjukkan tiada jangkitan atau rongga antara gigi. Gigi putih tulen tidak sama dengan gigi yang sihat, walaupun gigi sihat sepatutnya cerah. Warna semula jadi gigi berlainan daripada orang ke orang lain. Orang dengan gigi sihat mungkin mempunyai gigi yang lebih gelap berbanding orang lain.

Lebih-lebih lagi, semakin tua usia anda, gigi semakin berubah warna. Ini juga waktu gigi mula rapuh. Inilah sebabnya mengapa seseorang sering mengaitkan perubahan warna gigi dengan gigi yang tidak sihat.

Mitos 2: Pemutihan Gigi Adalah Berbahaya

Salah: Pelunturan adalah perkhidmatan popular yang digunakan sepanjang tahun-tahun  kebelakangan ini dengan teknologi yang membolehkan pesakit mendapatkan senyuman lebih cerah dengan selamat. Sebelum tahun 1990, bahan-bahan yang digunakan untuk melunturkan gigi adalah berasid dan sebenarnya akan merosakkan enamel, tetapi sekarang bahan pemutihan ini adalah ber-pH neutral dan tidak menunjukkan kerosakan pada enamel atau akar gigi.

Apabila anda melunturkan warna gigi anda, anda sebenarnya hanya mengoksida gigi menggunakan karbida peroksida supaya cahaya terbias lebih baik pada enamel. Apa yang boleh membahayakan adalah konsentrasi gel pemutih yang tinggi yang boleh merengsa atau mengejutkan gigi. Penggunaan peluntur yang berpanjangan boleh menyebabkan sensitiviti, tetapi apabila seseorang berhenti menggunakan, rasa sakit akan hilang.

Mitos 3: Jangan memberus gusi yang berdarah 

Salah: Memberus bukan hanya baik pada gigi, tetapi juga pada gusi dan lidah anda. Memberus bahagian-bahagian ini membantu menghilangkan plak yang menyebabkan keradangan, gingivitis, dan juga penyakit gusi. Plak ini boleh menyebabkan gusi menjadi radang dan berdarah jika ia tidak dikeluarkan.

Jika anda mempunyai gusi yang sensitif, jangan berus terlalu keras. Berus pada sudut untuk mengelakkan kerengsaan gusi. Berus dan flos di sekitar kawasan akan membantu membersihkan tisu gusi bersih.

Mitos 4: Lebih banyak gula yang anda makan, lebih teruk gigi anda

Mungkin: Gula tidak baik untuk gigi anda, tetapi sebenarnya bukan gula yang menjejaskannya. Bakteria dalam mulut memerlukan gula yang diproses untuk bertahan, tetapi jika anda tidak mengambil gula tetapi mempunyai tabiat penjagaan gigi yang lemah, anda akan terdedah kepada kerosakan yang sama. Juga, jika anda makan banyak gula yang diproses, anda lebih cenderung untuk mengalami sejumlah kerosakan gigi.

Oleh itu, sebab sebenar kerosakan gigi adalah gabungan bakteria, gula, dan asid. Gusi anda boleh merengsa jika gula terperangkap di antara gigi anda. Adalah penting untuk berus atau bilas selepas makan, terutamanya selepas makan gula-gula, untuk menghilangkan gula dan asid yang boleh merosakkan enamel.

Mitos 5: Meletakkan aspirin sebelah gigi akan mengurangkan kesakitan

Mungkin: Walaupun aspirin hanya berfungsi apabila dalam darah, jika rasa sakit berpunca daripada gusi, aspirin boleh melegakan beberapa kesakitan sementara. Walau bagaimanapun, jika ia berpunca daripada struktur gigi yang sebenar, aspirin perlu memasuki aliran darah kerana ia tidak boleh melalui enamel untuk masuk ke saraf. Anda tidak dinasihatkan untuk menggunakan terlalu banyak aspirin atau gel oral untuk melegakan kesakitan gusi kerana ia boleh menyebabkan rasa terbakar pada gusi.

Mitos 6: Flossing tidak penting

Palsu: Flossing adalah langkah tambahan yang kebanyakan kita cenderung abaikan selepas memberus gigi tetapi ini boleh membawa kepada pembentukan bakteria. Jika anda tidak mengamalna flossing, ini tidak membersihkan hampir 33% permukaan gigi mereka yang biasa.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.medicaldaily.com/oral-hygiene-6-dental-care-myths-may-be-killing-your-pearly-whites-306697

Versi Terbaru

05/07/2023

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Jangan Ambil Ringan, Malas Gosok Gigi Boleh Sebabkan Penyakit Kronik Ini!

12 Cara PALING Berkesan Untuk Hilangkan Rasa Sakit Gigi Bergoyang, Boleh Cuba Di Rumah Nanti!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 05/07/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan