backup og meta

Nak Rasa Gembira Walaupun Sekejap? Buat 7 Perkara Ini, Tak Sampai 30 Saat, Hidup Anda Riang!

Nak Rasa Gembira Walaupun Sekejap? Buat 7 Perkara Ini, Tak Sampai 30 Saat, Hidup Anda Riang!

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk berasa gembira dan hidup gembira. Mahukah anda jika kami ajarkan tip untuk gembira dalam masa hanya 30 saat? Lihat apa yang kami kongsikan di bawah ini. 

Pentingkah untuk hidup gembira?

Seperti mana perasaan lain, perasaan hidup gembira juga memberikan impak yang besar kepada kehidupan kita.

Mereka yang hidup gembira akan mencapai lebih banyak kejayaan dalam hidup mereka seperti dalam perhubungan dan pekerjaan.

Selain itu, rasa gembira yang dialami juga boleh mengurangkan risiko seseorang individu tersebut untuk jatuh sakit.

Orang yang gembira juga mempunyai lebih ramai rakan dan sokongan yang baik daripada pihak lain.

Jika disebut satu persatu, pastinya kesan hidup gembira ini amat banyak.

Namun, tidak ramai yang tahu bagaimana untuk mengecapi rasa gembira dalam tempoh yang singkat.

Ini cara untuk hidup gembira dalam 30 saat sahaja

hidup gembira

Tip untuk gembira 1: Menarik nafas

Nampak mudah tetapi ia amat berkesan. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menarik nafas yang dalam dan tahan sebentar sebelum menghembuskannya kembali.

Buat beberapa kali dan anda akan dapat merasai ketenangan yang boleh membuatkan anda lebih gembira. 

Tip untuk gembira 2: Cari sesuatu dalam hidup anda yang membuatkan anda rasa bersyukur

Ini juga merupakan salah satu daripada tip yang paling mudah. Cuba fikirkan sesuatu yang membuatkan anda rasa bersyukur pada hari ini.

Sebagai contoh, anda rasa bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan pada waktu pandemik seperti ini.

Anda juga rasa bersyukur kerana masih sihat dan tidak mempunyai masalah besar yang berlaku pada hari tersebut.

Rasa syukur yang muncul dari hati anda akan membuatkan anda lebih positif dan berasa gembira. 

Tip untuk gembira 3: Senyum

hidup gembira

Senyum adalah salah satu kebajikan yang paling mudah. Melalui senyum, anda bukan hanya menceriakan hari anda, tetapi juga anda menyebarkan keceriaan tersebut kepada individu di sekeliling anda.

Senyum akan memberikan kesan positif kepada otak anda yang membuatkan anda berasa gembira dengan lebih lama. 

Tip untuk gembira 4: Duduk dengan postur yang baik

Tahukah anda, postur badan yang kurang elok sebenarnya boleh menyebabkan emosi yang negatif.

Kajian ada menunjukkan, mereka yang kerap duduk membongkok lebih cenderung untuk mempunyai mood yang kurang baik.

Selain itu, mereka juga didapati kurang keyakinan diri berbanding mereka yang duduk menegak dengan postur badan yang baik.

Duduk menegak boleh menggalakkan rasa yakin diri yang lebih tinggi selain menjaga fizikal tubuh anda dengan lebih baik. 

Tip untuk gembira 5: Raikan setiap perkara kecil dalam hidup anda

Kebanyakan daripada kita tidak begitu menyedari setiap perkara kecil yang baik dalam hidup kita.

Oleh sebab kita sentiasa melihat pencapaian yang besar sebagai satu kegembiraan, maka kita terlupa bahawa ada juga beberapa perkara kecil yang membuatkan kita gembira.

Sebagai contoh, kenderaan anda dalam keadaan yang baik, anak tidak meragam atau tugas kerja disiapkan tepat pada masanya.

Kesemua ini adalah contoh perkara kecil yang menyumbang kepada kegembiraan kita hari ini. 

Tip untuk gembira 6: Hargai pencapaian anda

tip untuk gembira

Cuba fikirkan apakah kejayaan kecil anda pada hari ini.

Sebagai contoh, anda bangun awal daripada tidur, anda berjaya menyiapkan tugas yang diberikan awal waktu, atau anda berjaya mencapai setiap rancangan yang ingin dibuat pada hari ini.

Ini adalah antara pencapaian dan kejayaan kecil anda yang boleh mempengaruhi mood anda pada hari ini.

Hargai diri anda dengan cara yang anda gemari disebabkan pencapaian anda pada hari ini. 

Tip untuk gembira 7: Cari hikmah dalam perkara yang negatif

Ada masanya, beberapa perkara boleh membuatkan anda sedih atau rasa tidak bersemangat.

Cuba fikirkan atau anggap bahawa perkara yang anda tidak inginkan itu sebagai satu cabaran, bukannya kegagalan.

Daripada satu cabaran, akan muncul sesuatu perkara positif lain yang pastinya memanfaatkan anda.

Jika anda mampu untuk berfikir dengan cara seperti ini, maka anda akan dapati bahawa anda adalah seorang yang beruntung.

Ini kerana anda memperoleh satu hikmah yang tidak diperoleh orang lain.

Kongsikan cara untuk hidup gembira ini

Sebenarnya, tidak sukar untuk anda hidup gembira jika tahu caranya. Ada individu yang ingin berasa gembira, namun tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.

Jika anda ada menemui sesiapa yang ingin berasa gembira, kongsikan artikel ini untuk bacaan mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://positivepsychology.com/what-is-happiness/

https://www.verywellmind.com/how-to-be-happy-an-introduction-3144720 

https://www.psychologytoday.com/us/blog/changepower/201607/10-ways-make-yourself-happier-in-30-seconds-or-less

Versi Terbaru

11/06/2021

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Fatin Zahra


Artikel Berkaitan

Nak Jadi Bapa Mithali? Bakal Ayah Kena Sedia Dengan Perubahan Ini, Anak Terjaga, Isteri Gembira!

Tidak Perlu Banyak Wang, Ini 12 Cara Menikmati Hidup Dengan Gembira


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 11/06/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan