backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan

5 Petua untuk Senyuman Menawan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/07/2020

5 Petua untuk Senyuman Menawan

Pesona mata dan senyuman menawan boleh mencairkan hati sesiapa jua. Benarlah pendapat yang mengatakan bahawa senyuman yang indah boleh menakluk dunia, bagaimana pun, untuk memeliharanya memerlukan usaha berterusan.

Terdapat banyak langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk mendapatkan senyuman menawan.

Dalam artikel ini, kita akan melihat 5 petua mudah tetapi berkesan.

Petua-petua untuk senyuman yang menawan

senyum

Menggunakan gula-gula getah tanpa gula boleh memberikan senyuman menawan

Terdapat banyak ubat-ubatan, terutamanya ubat preskripsi untuk tekanan darah, yang mempunyai kesan sampingan seperti mulut dan bibir kering, menyebabkan senyuman tidak menawan.

Ia juga boleh menyebabkan mulut kurang menghasilkan air liur, menyebabkan kerosakan gigi dan gigi berlubang.

Untuk mengelakkan masalah gigi, cuba kunyah gula-gula getah tanpa gula. Kerana tindakan ini boleh menghantar isyarat ke otak anda untuk menghasilkan lebih banyak air liur.

Ramai yang mengambil produk bergula seperti jus, gula-gula, ais krim, air soda setiap hari hanya semata-mata kerana kebosanan.

Tabiat ini akan merosakkan gigi anda dengan pelbagai cara, antara yang paling jelas adalah menjejaskan enamel gigi anda, menyebabkan risiko untuk gigi berlubang lebih tinggi.

Oleh itu, kunyah sekeping gula-gula getah tanpa gula bukan sahaja membantu gigi anda tetapi juga menghadkan pengambilan kalori anda dan mampu berikan senyuman menawan.

Elakkan produk yang mengotorkan gigi

Terdapat banyak sebab mengapa gigi kita mungkin kelihatan kekuningan walaupun telah memberus dan flos 2 kali sehari.

Faktor genetik, keadaan kesihatan dan umur memainkan peranan. Walau bagaimanapun, jika anda masih dalam usia dua puluhan, tidak mempunyai masalah kesihatan, seluruh keluarga anda mempunyai gigi berkilat tetapi anda satu-satunya tidak, ini mungkin disebabkan oleh pemakanan atau minuman.

Banyak kajian menunjukkan bahawa kopi, wain dan teh menjejaskan gigi anda. Sebarang benda yang boleh mengotorkan permaidani anda,  boleh mengotorkan permukaan gigi anda.

Oleh itu, hentikan pengambilan kopi, tukar dari teh hitam ke teh hijau dan cuba untuk memberus gigi anda selepas minum minuman tersebut untuk mengelakkan kesan.

Cuba produk pemutihan gigi

Untuk menghasilakan senyuman menawan, banyak produk pemutihan telah diperkenalkan kepada pasaran.

Berdasarkan kepada keinginan, bajet, dan tujuan, anda boleh memilih salah satu yang sesuai untuk anda. Yang paling popular adalah dalam bentuk jalur atau dulang.

Produk ini cenderung menyebabkan perasaan mencucuk sedikit kepada mereka yang mempunyai gusi sensitif.

Sekiranya anda terlalu takut untuk melakukannya sendiri, hubungi dan aturkan temujanji dengan doktor gigi untuk perkhidmatan pemutihan gigi yang profesional.

Menjalani pemeriksaan setiap 6 bulan

Walaupun anda menjaga gigi anda sebaik mungkin, menjalani pembersihan gigi setiap 6 bulan  akan memudahkan anda mendapatkan senyuman menawan.

Proses ini bukan sahaja akan mengeluarkan tartar tetapi juga boleh mencerahkan gigi anda.

Kesihatan mulut yang tidak terjaga boleh membawa kepada pelbagai penyakit seperti serangan jantung, strok, kencing manis, obesiti, dan yang paling penting sekali, nafas berbau.

Minum air dengan banyak

terlebih minum air

Air adalah sumber penghidratan terbaik yang boleh anda ambil untuk badan. Selain itu, air mengandungi fluorida yang boleh melindungi gigi daripada pereputan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 20/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan