Apabila anda berada dalam ketegangan, terdapat pelbagai cara untuk mengatasinya, malahan, makan juga merupakan satu cara yang dapat membantu. Pilihan makanan yang dimakan boleh sama ada membuatkan tekanan anda semakin berkurangan atau meningkatkan lagi tekanan. Jadi, apakah alternatif makanan sihat yang boleh diambil ketika tertekan?
Sudah pastinya ia bukanlah makanan segera seperti burger atau kentang goreng, kerana ia hanya akan menimbulkan rasa bersalah dan kebimbangan. Sebaliknya, cuba pilih makanan di antara 7 jenis makanan yang di senaraikan dibawah:
Avokado, pisang
Kedua pilihan buah-buahan ini mengandungi kandungan potasium yang tinggi, iaitu mineral penting bagi menurunkan tekanan darah.
Oren
Buahan ini penuh dengan kandungan vitamin C, yang dapat membantu menurunkan kortisol dan tekanan darah. Ia juga baik untuk sistem imunisasi. Kajian menunjukkan dos besar vitamin C dapat mengurangkan tekanan sama ada mental atau fizikal.
bayam
Ia bukan sejenis makanan yang anda gemari, walau bagaimanapun, bayam dan sayuran berdaun hijau lain mempunyai kandungan magnesium yang tinggi, mineral yang memainkan peranan untuk lebih 300 reaksi kimia dalam tubuh. Magnesium juga digunakan untuk mencegah kegelisahan dan ADHD.
Yogurt
Termasuk dalam makanan probiotik, ia membantu tubuh untuk bertindak balas terhadap tekanan dan kegelisahan. Masalah pencernaan sering berkaitan dengan kegelisahan, dan probiotik membantu mengurangkan kerengsaan dalam usus yang memberikan kelegaan.
Salmon
Merupakan makanan yang terkenal dengan asid lemak omega-3. Ia membantu mengekalkan hormon tekanan pada tahap rendah dan melawan kerengsaan, supaya tubuh dalam menyingkirkan kegelisahan.
Kacang
Pistachio dan walnut kaya dengan lemak sihat dan mengandungi banyak mineral dan vitamin termasuk B12 dan E, yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh. Nutrien ini juga mungkin dapat menguatkan kesihatan mental anda apabila anda cemas, tertekan atau kemurungan.
Biji bunga matahari, chia
Keduanya mempunyai kandungan trytophan yang tinggi, sejenis asid amino yang mengawal pembebaskan serotonin di otak dan memberikan rasa tenang dan membantu menghilangkan mengantuk. Ada kajian yang mengatakan trytophan dapat membantu mengurangkan kegelisahan,
Diet yang berkhasiat dan makanan sihat adalah sangat baik dan ia adalah lebih dari sekadar membantu anda menangani tekanan dan kegelisahan. Walau bagaimanapun, sentiasa dapatkan bantuan perubatan jika anda memerlukan rawatan alternatif untuk mengubah diet anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.