backup og meta

Oh...Dalam Diam Pasangan TENGOK Pornografi, Ketahui Apa yang Patut Anda Lakukan

Oh...Dalam Diam Pasangan TENGOK Pornografi, Ketahui Apa yang Patut Anda Lakukan

Perasaan anda mungkin bercampur aduk tidak keruan apabila secara tak sengaja mendapati pasangan anda sedang menonton pornografi. Rasa marah kerana berasa ‘diduakan’, serta rasa sedih dan kecewa mahupun tertanya apa yang membuatkan pasangan anda tergamak berbuat sedemikian. Jadi, bagaimanakah cara bijak untuk menghadapi keadaan ini?

Tahan emosi sewaktu menemui pasangan menonton pornografi

Hal pertama yang perlu anda lakukan setelah pasangan anda tertangkap menonton filem lucah adalah tetap tenang dan jangan panik. Jika ada rasa ingin mengamuk, segera redakannya dengan memejamkan mata dan menarik nafas perlahan dalam hitungan 10 secara perlahan-lahan.

Ledakan amarah anda hanya akan membuat pasangan semakin defensif dan beralasan hingga akhirnya dia pun turut menjadi marah. Dengan demikian, masalah tidak akan selesai dan anda tidak akan mendapat jawapan yang anda inginkan.

Ingat bahawa anda bukanlah sedang menyiasat dan menghukum pencuri yang tertangkap. Pada pasangan anda, anda yang salah datang pada waktu yang kurang tepat. Meskipun geram, ingat, bahawa dia tetap pasangan anda dan anda berdua sudah pun berjanji melalui susah dan senang bersama.

Luahkan perasaan anda dengan tenang

Meskipun begitu, tetap tenang bukan bererti anda hanya mendiamkan diri dan bersikap seolah tidak mengetahui apa-apa hingga akhirnya memendam rasa. Setelah meminta pasangan mengemas diri, ajak dirinya untuk berbicara dari hati ke hati.

Anda boleh bertanyakan apa puncanya menonton porno dan meminta jawapan jujur. Anda juga berhak menyampaikan kepada pasangan anda bahawa anda berasa sakit hati, kecewa, atau sedih melihatnya berbuat sedemikian.

Cuba untuk menyampaikan pertanyaan dan keluh kesah anda dengan tenang, bukan bertujuan provokasi. Jangan pula tunjukkan raut wajah yang penuh emosi meluap-luap, meskipun anda mungkin kecewa separuh mati.

Dengarkan baik-baik jika pasangan anda ingin membela dirinya, tanpa memotong perbicaraannya. Sampaikan padanya keinginan anda untuk membincangkan hal ini untuk meminta penjelasan darinya dan sekaligus untuk mencari solusi terbaik demi kebahagiaan bersama.

Pasangan menonton porno, bukan salah anda

Malangnya, menonton porno telah menjadi sesuatu perkara yang normal bagi lelaki (serta wanita) zaman moden. Bahkan sesetengahnya tidak lagi segan silu mengaku menonton filem lucah serta beranggapan orang lain juga melakukan perkara yang sama.

Keinginan seksual adalah dorongan manusia yang normal. Dengan kemudahan internet, godaan untuk melihat aktiviti seksual ini menjadi kian dipermudahkan. Tetapi hanya kerana manusia mempunyai dorongan seksual, tidak bermakna semua orang patut menonton porno dan kegiatan ini sihat untuk mereka.

Meskipun normalisasi pornografi sangat melata dalam masyarakat, anda dan pasangan anda patut tahu bahawa ini bukanlah budaya sihat, bahkan menurut kajian sains sekalipun. “Porn kills love”, pornografi membunuh cinta, demikianlah tema yang pernah ditekankan dalam gerakan anti-pornografi Fight The New Drug.

pornografi

Pornografi tidak menunjukkan sentuhan penuh cinta, kasih-sayang dan persetujuan untuk hubungan seksual. Sebaliknya pornografi kebiasaannya dipenuhi keganasan, aksi menyakitkan dan orgasma yang dibuat-buat.

Anda perlu menyatakan dengan jelas bahawa perkara ini tidak sepatutnya berulang dan anda mahu pasangan anda meninggalkannya. Sebagai permulaan, meskipun menyakitkan, anda mungkin perlu bersedia jika pasangan anda mengambil masa untuk meninggalkan tabiatnya. Mereka juga mungkin memahami kekecewaan anda tetapi tetap melakukannya di belakang anda sebelum perlahan-lahan meninggalkannya. Nyatakan kepada pasangan anda bahawa ini menyukarkan anda mempercayainya dan anda mahu kepercayaan tersebut dibina kembali dengan usaha pasangan anda untuk meninggalkannya.

Anda juga boleh mencadangkan pelbagai aktiviti luar bersama yang boleh anda lakukan dengan pasangan untuk mengalihkan perhatiannya daripada hasrat menonton pornografi, di samping menghabiskan waktu berduaan.

Ketagihan pornografi perlu dirawat

Filem porno tidak semestinya menjadi petanda bahawa rumah tangga anda bermasalah. Namun, jika pasangan sudah menunjukkan “simptom-simptom” seperti ini:

  • Pasangan lebih memilih menonton pornografi berbanding berhubungan seks dengan anda.
  • “Hobinya” membuatkannya culas dalam tanggungjawab harian.
  • Pasangan sukar terangsang tanpa video porno.
  • Pasangan selalu menyembunyikan sesuatu dan menggunakan pelbagai alasan untuk menonton video porno.
  • Pasangan menolak untuk membicarakan tentang video porno yang ditontonnya.

Anda mungkin perlu bantuan dengan ahli terapi atau konsultan rumah tangga untuk menyelesaikan masalah ini. Jangan menyembunyikan masalah ketagihan pornografi kerana ia boleh merosakkan rumah tangga anda.

Ingat, menyukai hubungan seksual dan intimasi adalah normal sedangkan menggemari pornografi bukanlah normal. Jangan terkeliru antara keduanya.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

I’m upset my partner watches porn – what should I do?

https://www.independent.co.uk/life-style/love-sex/im-upset-my-partner-watches-porn-what-do-i-do-a6988976.html accessed on October 5th 2018

What to Do When Your Husband Won’t Stop Watching Pornography

https://www.verywellmind.com/husband-wont-stop-watching-pornography-2303586 accessed on October 5th 2018

Is Watching Pornography a Form of Cheating? It Depends

https://www.psychologytoday.com/intl/blog/women-who-stray/201802/is-watching-pornography-form-cheating-it-depends accessed on October 5th 2018

KC. 10 Reasons Why You Should (Not) Let Your Partner Watch Porn [Internet]. Fight the New Drug. 2018 [cited 2019 Jan 24]. Available from: https://fightthenewdrug.org/10-reasons-why-you-should-not-let-your-boyfriend-watch/

 

Versi Terbaru

29/07/2020

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Amy Kor

Diperbaharui oleh: Nurul Halifah


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Amy Kor

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/07/2020

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan