Bagaimana cara menghilangkan ketagihan syabu?
Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, memang banyak kesan ketagihan hisap batu atau ais ini. Sehingga individu itu hilang kewarasan dan dipinggirkan oleh ahli keluarga serta rakan.
Sebagai orang yang rapat dengan mereka, apa yang anda boleh buat? Ya, ia memang sukar namun anda tidak harus membiarkan sahaja kerana masih ada sinar di hujung lorong gelap ini.
Bantu mereka kenal cara menghilangkan ketagihan syabu agar dapat kembali ke jalan yang benar. Caranya adalah:
- Berterus terang dengan orang di sekeliling yang sudah pasti boleh bantu anda.
- Jauhi aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan diri ketika cuba menahan atau merawat ketagihan.
- Jauhi kelompok orang yang masih menyalahgunakan dadah tidak kira jenis apa sekali pun.
- Jauhi dari faktor risiko yang boleh memicu stres sama ada yang bersifat mental atau fizikal.
- Amalkan jenis diet dan gaya hidup yang sihat.
- Dapatkan rehat serta tidur yang secukupnya.
- Hadirkan diri ke pusat pemulihan penagihan.

Percayalah bahawa mereka juga masih punya harapan dan pegangan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebaiknya, cuba untuk tidak menghukum dan membantu mereka yang memerlukan.
Anda tidak keseorangan menentang ketagihan!
Sebagai seorang penagih dadah jenis syabu atau lain-lain, jauh di lubuk hati anda juga mesti wujud satu niat untuk mencari dan mengamalkan cara menghilangkan ketagihan syabu ini bukan?
Tiada siapa yang kata ia mudah baik dari sudut individu itu sendiri atau orang di sekeliling. Ya, ia memang sukar namun perjuangan ini harus diteruskan untuk kembali ke jalan yang benar!
Ketahuilah bahawa anda tidak pernah atau akan keseorangan. Dapatkan bantuan daripada doktor, kumpulan sokongan serta insan yang rapat dengan anda. Anda masih mampu mengubahnya!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen