backup og meta

Kesan Ketagihan Syabu Sampai Hilang Kewarasan, Ini 7 Cara Hilangkan Ketagih Ice!

Kesan Ketagihan Syabu Sampai Hilang Kewarasan, Ini 7 Cara Hilangkan Ketagih Ice!

Penyalahgunaan dadah jenis ais mungkin sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Sekiranya anda kenal dengan individu yang hisap batu, bantu mereka kenal cara menghilangkan ketagihan syabu di dalam artikel ini kerana tiada istilah terlambat!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Realiti penyalahgunaan meth crystal di Malaysia!

cara menghilangkan ketagihan syabu
Contoh syabu dalam paket.

Meskipun memiliki banyak nama, ia tetap sejenis dadah yang sama. Jika anda belum pernah lihat, ia mempunyai bentuk seperti kristal dengan warna seakan lutsinar serta tidak berbau.

Menurut data pada tahun 2012, Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dengan kes tangkapan individu yang menyalahgunakan syabu di benua Asia Tenggara dan kekal hingga kini.

Dengan jumlah tangkapan hampir 75 ribu kes, maka dapat kita simpulkan bahawa memang sangat ramai individu yang mengedar dan mungkin menggunakan dadah jenis methamphetamine.

10 tahun selepas itu pula, adakah masih ada individu yang hisap ais? Sebenarnya, angka ini boleh turun atau naik namun tidak begitu signifikan. Hakikatnya, tetap ada mereka yang ketagih.

Walaupun anda hanya kenal seorang penagih, namun bertindaklah membantu mereka kenal cara menghilangkan ketagihan syabu ini!

Apa implikasi membiarkan ketagihan syabu?

Ramai individu yang hisap ais atau batu ini mengaku bahawa ia dapat membantu mereka untuk merelakskan diri ketika sedang stres. Ini adalah hasil daripada efek high yang dibawanya.

Menurut Pakar Penyelidikan Penagihan Dadah, Dr Nicole Lee, pengambilannya sama ada dihisap atau diminum akan membuat individu berasa khayal lagi mabuk dan keluar dari realiti.

“Kesan pengambilan syabu itu bergantung kepada bentuk, cara serta jumlah ia dihisap sebagai pepejal atau diminum sebagai cecair. Hipotesisnya, lebih banyak anda ambil, efek high itu mungkin lebih lama dan bahaya,” jelas beliau lagi.

Ketika individu sedang di dalam efek dadah ini, beberapa gejala yang berikut biasa akan berlaku:

  • Depresi
  • Halusinasi
  • Isolasi
  • Paranoid
  • Sukar berkomunikasi
  • Susah berfikir
  • Selera makan akan meningkat
  • Tidur lama dan mengantuk
  • Mood yang tidak menentu
  • Kecenderungan bunuh diri

Apabila mereka sedang di dalam ketagihan syabu pula, beberapa gejala berikut mungkin berlaku:

  • Kecelaruan
  • Sakit kepala
  • Kulit pucat
  • Badan rasa ngilu
  • Badan cepat penat
  • Pergerakan yang lambat
  • Perlakuan yang ekstrem
cara menghilangkan ketagihan syabu
Syabu membahayakan kesihatan anda.

Jika ketagihan ini dibiarkan dan tidak dipedulikan, sistem serta fungsi tubuh badan individu akan rosak dan mereka akan jadi seperti mayat hidup. Jadi, jangan ambil mudah dan segera amalkan cara menghilangkan ketagihan syabu dari sekarang!

Bagaimana cara menghilangkan ketagihan syabu?

Seperti mana yang kami nyatakan di atas tadi, memang banyak kesan ketagihan hisap batu atau ais ini. Sehingga individu itu hilang kewarasan dan dipinggirkan oleh ahli keluarga serta rakan.

Sebagai orang yang rapat dengan mereka, apa yang anda boleh buat? Ya, ia memang sukar namun anda tidak harus membiarkan sahaja kerana masih ada sinar di hujung lorong gelap ini.

Bantu mereka kenal cara menghilangkan ketagihan syabu agar dapat kembali ke jalan yang benar. Cara berhenti ketagihan adalah:

  1. Berterus terang dengan orang di sekeliling yang sudah pasti boleh bantu anda.
  2. Jauhi aktiviti yang boleh memudaratkan kesihatan dan keselamatan diri ketika cuba menahan atau merawat ketagihan.
  3. Jauhi kelompok orang yang masih menyalahgunakan dadah tidak kira jenis apa sekali pun.
  4. Jauhi dari faktor risiko yang boleh memicu stres sama ada yang bersifat mental atau fizikal.
  5. Amalkan jenis diet dan gaya hidup yang sihat.
  6. Dapatkan rehat serta tidur yang secukupnya.
  7. Hadirkan diri ke pusat pemulihan penagihan.
cara menghilangkan ketagihan syabu
Rutin harian yang baik untuk menghilangkan ketagihan.

Percayalah bahawa mereka juga masih punya harapan dan pegangan untuk berubah ke arah yang lebih baik. Sebaiknya, cuba untuk tidak menghukum dan membantu mereka yang memerlukan.

Cara berhenti ketagihan: Anda tidak keseorangan!

Sebagai seorang penagih dadah jenis syabu atau lain-lain, jauh di lubuk hati anda juga mesti wujud satu niat untuk mencari dan mengamalkan cara menghilangkan ketagihan syabu ini bukan?

Fakta

Tiada siapa yang kata ia mudah baik dari sudut individu itu sendiri atau orang di sekeliling.

Ya, ia memang sukar namun perjuangan ini harus diteruskan untuk kembali ke jalan yang benar!

Ketahuilah bahawa anda tidak pernah atau akan keseorangan. Dapatkan bantuan daripada doktor, kumpulan sokongan serta insan yang rapat dengan anda. Anda masih mampu mengubahnya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Methamphetamine (Meth) Addiction, https://www.hazeldenbettyford.org/addiction/types-of-addiction/methamphetamine, Accessed Jun 23 2022.
  2. Meth (Methamphetamine), https://recovered.org/stimulants/meth-methamphetamine, Accessed Jun 23 2022.
  3. Crystal Meth Addiction Treatment, https://lastdoor.org/resource/crystal-meth-addiction-treatment/, Accessed Jun 23 2022.
  4. Meth Addiction, https://igniterecovery.org/treatment/meth-addiction/, Accessed Jun 23 2022.
  5. About the Crystal Meth Anonymous 12-Step Recovery Program, https://recovery.org/support-groups/crystal-meth-anonymous/, Accessed Jun 23 2022.

Versi Terbaru

11/07/2024

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Gangguan Kegelisahan

Selain Ubat, Ini Cara Lain Yang Berkesan Berdepan Masalah Depresi & Kegelisahan!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 11/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan