backup og meta

Tip Mengatasi Penderaan Domestik

Tip Mengatasi Penderaan Domestik

Penderaan domestik adalah kawalan sistematik terhadap seseorang individu oleh individu lain dalam pelbagai bentuk yang berbeza, termasuk penderaan fizikal, emosi, lisan, seksual dan kewangan.

Penderaan domestik mendatangkan impak terhadap kesejahteraan diri seseorang individu. Hampir 75% individu yang mengalami penderaan domestik disasarkan pada persekitaran tempat kerja. Dan pelakunya akan menggunakan sumber tempat kerja seperti telefon, emel, media sosial, dan pelbagai cara lain untuk mengugut, mengganggu dan mendera sama ada pasangan atau bekas pasangan mereka.

Apakah kesan dari penderaan domestik ini?

Berdasarkan kepada jenis penderaan dan tahapnya, ia mungkin memberikan beberapa kesan sampingan. Ini termasuk serangan panik, kegelisahan, kemurungan, masalah untuk tidur, kerap berpeluh, menggigil dan merasa lemah secara fizikal.

Mangsa penderaan juga mungkin akan menderita akibat hilang atau bertambah selera makan, disfungsi seksual, masalah kesihatan mental seperti harga diri yang rendah, kurang keyakinan diri, hilang tumpuan, sering teringat memori buruk, atau mungkin mencuba membunuh diri.

Terdapat juga mangsa yang berdepan masalah seperti peningkatan pengambilan alkohol dan penggunaan dadah, yang membawa kepada penyalahgunaan, sama ada dengan dadah haram atau preskripsi ubatan.

Statistik menunjukkan satu daripada empat wanita di dunia ini akan mengalami penderaan domestik dalam kehidupan mereka. Ini berkemungkinan bermaksud, hampir setiap persekitaran kerja mempunyai kakitangan wanita yang pernah mengalami atau sedang mengalami penderaan domestik. Setiap mereka yang pernah mengalami penderaan ini seharusnya mendapat sokongan tanpa mengira jantina atau jenis penderaan yang dilalui.

Apa yang perlu dilakukan?

Perkara utama yang perlu adalah untuk anda merasa selamat dan berada di tempat selamat. Masalah ini tidak akan berubah jika anda hanya berdiam diri dan tidak melakukan sesuatu. Namun, menyedari bahawa anda berada dalam hubungan yang menyakitkan adalah langkah pertama.

Berikut adalah beberapa tip berguna untuk mengatasi penderaan ini:

  • Maklumkan kepada keluarga atau rakan tentang apa yang berlaku.
  • Kenal pasti tempat selamat yang boleh anda pergi apabila anda dalam keadaan bahaya.  Pertimbangkan sebuah bilik yang boleh dikunci, dan jika boleh, sembunyikan telefon bimbit di sana supaya anda boleh meminta bantuan.
  • Jangan melakukan sebarang perbuatan membalas dendam.
  • Sentiasa menyimpan rekod tarikh dan masa insiden berlaku di tempat selamat.
  • Dapatkan nasihat perundangan. Undang-undang yang melindungi wanita adalah hampir sama dengan lelaki, tetapi, mendapat nasihat perundangan adalah penting.
  • Laporkan sebarang penderaan atau keganasan kepada doktor perubatan atau polis – pastikan mereka mencatatkan setiap kecederaan dan semua butiran penderaan.

Sentiasa mendapatkan rawatan perubatan untuk sebarang kecederaan yang berlaku – jangan pernah menyembunyikan punca sebenar.

Keinginan untuk menjauhi dan meninggalkan hubungan yang menyakitkan ini mungkin menakutkan dan mendatangkan kebimbangan, tetapi sedarlah, bahawa tiada siapa berhak untuk didera walau dalam apa juga keadaan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Domestic Violence. http://emedicine.medscape.com/article/805546-followup#e1. Accessed December 31st, 2016.

Domestic Violence. http://www.webmd.com/mental-health/tc/domestic-violence-topic-overview. Accessed December 31st, 2016.

Domestic Violence: Checklist of Things to Take When You Leave. http://www.webmd.com/a-to-z-guides/tc/domestic-violence-checklist-of-things-to-take-when-you-leave-topic-overview. Accessed December 31st, 2016.

Versi Terbaru

05/12/2019

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 05/12/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan