backup og meta

Hubungan Toksik

Hubungan Toksik

Selain daripada cinta, persahabatan dan hubungan keluarga, terdapat banyak hubungan yang membuatkan anda tertekan dan letih, merasa terdesak untuk keluar tetapi tidak tahu bagaimana. Artikel ini akan memberikan anda beberapa langkah untuk keluar daripada hubungan yang toksik.

Apakah itu hubungan toksik?

Hubungan toksik adalah hubungan tidak sihat yang susah dileraikan. Ia membuatkan anda lupa siapa diri anda dan apa yang terbaik untuk anda. Dalam beberapa kes, anda langsung tidak dapat berbincang dengan sihat dalam hubungan tersebut.Senarai berikut menunjukkan tanda-tanda biasa hubungan toksik.

Menerima kritikan yang menyakitkan

Lebih dekat hubungan anda kepada seseorang, lebih besar ketidaksempurnaan yang kelihatan. Tidak salah jika kritikan membantu anda menjadi lebih baik dengan cara yang positif. Walau bagaimanapun, jika kritikan yang diberikan sentiasa bersifat menyinggung perasaan atau menghina, anda tidak perlu meneruskan hubungan itu.

Berhujah tanpa komunikasi

Ada kalanya konflik timbul dan pasangan mula berhujah. Itu adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun, jika hujah-hujah berlaku dari masa ke masa dan mereka mengubah semua perbualan untuk menyerang anda, pasti terdapat masalah mendasari hubungan tersebut.

Kehilangan diri sendiri

Terima perubahan diri anda dalam hubungan jika ia membuatkan anda menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Sebaliknya, jika anda merasa seperti anda kehilangan diri dan tidak dapat mengenali siapa anda lagi, ia adalah tanda hubungan yang tidak sihat.

Sentiasa mengambil, tidak memberi

Sebarang hubungan di mana anda penat memberi tanpa sedikit pun penghargaan oleh pasangan boleh memberi kesan kepada diri anda. Selain itu, terdapat kes-kes apabila pasangan mengambil kesempatan atas kebaikan anda tanpa menunjukkan rasa terima kasih.

Kurangnya kepercayaan

Hubungan yang telah lama terbina kebiasaannya membina kepercayaan dan kesetiaan. Sebaliknya, ini tidak terjadi dalam hubungan toksik walaupun lama. Anda tidak perlu tinggal dalam hubungan tanpa kepercayaan kerana ia tidak akan ke mana-mana.

Kekurangan autonomi

Sesiapa sahaja dalam sebarang hubungan harus mempunyai hak untuk mengatakan tidak. Jika pasangan anda terus memainkan peranan yang dominan, memaksa anda menerima segala apa yang mereka mahukan, anda mungkin berada dalam hubungan yang toksik.

Penyelesaian untuk hubungan toksik

  • Percaya pada diri sendiri
  • Berbincang dengan pasangan anda secara serius
  • Baiki hubungan jika boleh
  • Mengenal pasti kesan hubungan ini
  • Kelilingi diri anda dengan rakan-rakan positif
  • Berehatlah seketika
  • Mengambil minat baru

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

13 signs you’re in a toxic relationship and it’s ruining your time, http://elitedaily.com/dating/13-signs-youre-toxic-relationship-ruining-life/966801/  Accessed 18 March, 2017.

30 Signs you’re in a toxic relationship, http://www.health.com/health/gallery/0,,20976691,00.html Accessed 18 March, 2017.

35 signs you’re in a toxic relationship, http://www.inc.com/lolly-daskal/35-signs-youre-in-a-toxic-business-relationship.html  Accessed 18 March, 2017.

You deplete me: 10 steps to end a toxic relationship, https://psychcentral.com/blog/archives/2010/03/15/you-deplete-me-10-steps-to-end-a-toxic-relationship/  Accessed 18 March, 2017.

 

Versi Terbaru

29/11/2019

Ditulis oleh Helma Hassan

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Wazir Aiman Mohd Abdul Wahab


Artikel Berkaitan

Selain Curang, Apa Lagi Punca Penceraian Di Malaysia? Kalau Sayang, Berubah!

6 Rahsia Menjadi Isteri Solehah, Bukan Hanya Jaga Makan & Pakai Suami Ya!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Helma Hassan · Disemak pada 29/11/2019

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan